Yus Design 2008 Allright Reserved

Aku Yang Rebel !

1Tawau 1Malaysia...
Photobucket
Just Joke...
Nama saya Yus Dur.. adik beradik dengan bekas Presiden R.I, Gus Dur.. bersepupu dengan Calon Presiden R.I Yussut Kalla!

Hadapi dengan senyuman.. Semua yang terjadi, biarlah terjadi. Bila jiwa tenang semuanya pasti akan baik baik saja... Bilamana ketetapan tuhan sudah ditetapkan maka tetaplah sudah.. Tak ada manusia yang bisa merubahnya kerna ianya memang tak akan bisa berubah...Relakanlah saja ini bahawa semua ini adalah yang terbaik, terbaik untuk kita semua.. Berserah dan menyerahlah untuk menang.. bukan untuk kalah.. walau memang bukan senang untuk menang. Hakikatnya, hidup ini indah bila aku ada disisi-Mu setiap waktu, hingga aku hembuskan nafas yang terakhir, saat itu aku pasti akan bertemu dengan-Mu. Maafkanlah semua kesalahanku, kerna Engkau memang pemaaf, dan aku hanyalah manusia yang tidak akan lepas dari kesilapan...

TAWAU - MUSIKA
30 mei 2009 | sabtu | MPT Parking Lot | 10.00am till boring and --->

1. Yeahsterday (Rock and Rolla) - website Boy.Akmal.Alai.Awang
2. SickRoll (Punk Rawk) G-Pok.Chandra
3. Symphonize (Core Metal) Along.Aned.Nuar.Zue.Burn
4. T-Shirt Lama (Bundle Rom ?) Adam.Wiwiek.Lhan.Haidir

5. Awan Merah (Indie Rawk) - website Mejan.Celang.AP.Awang
6. Tawau All Star Lens.Mir.Aby.Rico.Guntur
7. Melody & Memories
Pojiek.Syawal
8. Ox Blood Oi! (Oi!) DrRingDing.Boots.Ask.GG.
9. Back To My Roots (Psychodelic Garage) Azwan.Aleq.L-My.Aco
0. x28 days Laterx Eko.Ejam.Owen
1. Noisy Crush (Grunge) Eluk.Pak Tam
2. EVA (Indie) Fandi.Kilix.Juice.Tam
3. The Green Light (Indie Traffic) Fazli.Lan.Wan.Zam
4. The Purnama ( Patriotik Romantik) - paling di nanti ?!

p/s: Haha!! Kalah dua kosong, saya menang dua ribu serba serbi...

akisum & itiffarg

Pop 'Ikon' Art ... Psst!!

Meneliti Autoriti Mentaliti -: Mentaliti orang kita masih lagi berada pada tahap yang tidak enak di makan begitu saja, barangkali masih ada yang tidak faham akan maksud anjakan paradigma dan beranjak gede, sebab itu masih ada orang kita yang berfikiran ortodoks yang paradoks, masih ada yang bilang "Elleh! Apa lah tu? Mau jugak.. Ndak payahlah..Sudahlah!!", masih ada lagi yang berasa sungguh selesa di zon yang sebenarnya kurang, malah tidak selesa sebenarnya yang paling tepat,masih ada lagi yang bekerja hanya asal dapat cukup makan pagi dan petang, malam pula diet.. jimat, masih ada lagi yang.... ada lagi dan ada lagi tetapi sudah tiada.. Tok! Soalan saya apakah ini adalah sejenis penyakit mental atau sosial yang sudah menjadi budaya orang kita yang perlu dijaga sebaik mungkin dan wajib di perturunkan kepada anak kita bila dia sudah tahu cara untuk berfikir ? Itu saja soalan saya. Tak jawab pun tak apalah. Sekian Terima Kasih.

RenDol..


Tolong ! Tolong !

Flyers Versi Black & White
merangkap poster dan borang penyertaan

MUSIK & GRAFITI
Ber 1 Belia Tawau Menuju Satu Malaysia. Beri Ruang dan Peluang ...

Photobucket

Klik Gambar untuk Tumbesaran dan juga mendapatkan kod HTML nya dan tolong di sebarkan ke setiap pelusuk dunia alam maya. Kalau ada yang baik hati lagi pemurah bolehlah sekiranya di print kemudian difotokopikan untuk diedarkan ke alam realiti. Sekian, Terima Kasih.
TEMPAT : PERKARANGAN MPT
PERASMI : DATUK GHAPUR

1Tawau : Mencipta & Mewujudkan

Harap Maklum. 1 Malaysia : 190 (kedua terakhir) dan 191 (paling akhir). Ingat ! Tanpa 190 dan 191 tiada 1 Malaysia. Menurut kaedah sistem pengiraan matematik, 190 dan 191 terletak di tangga paling tercorot sekali, yakni dibawah sekali jika disalin dalam kertas kajang atau buku kira kira. Menurut hukum fizik pula kedua angka ini agak sukar untuk menembusi kelompok kelompok angka lain untuk menuju ke-1, malah mustahil sekali. Kecuali menggunakan teori otak kiri yang kreatif lagi fantastik; dengan melakukan kiraan songsang bermula dari bawah ke atas.

Di sini dapat di simpulkan, jika kita ingin memanjat ke atas perlulah pemikiran yang kreatif dan perlu bermula dari bawah dengan menakluk serta menguasai dahulu hati dan pemikiran masyarakat setempat untuk menerima atau menghayatinya agar mudah melonjak keatas (contoh: dalam konteks seni dan budaya) untuk ke peringkat lebih tinggi atau peringkat antarabangsa.
(Sekadar renungan buat perbandingan dan tidak bermaksud apa apa.)


Photobucket

Memahami Local Taste
Local Taste bermaksud citarasa penduduk setempat, yakni di Tawau yang berbagai kaum, suku dan ras. Pelbagai adat, banyak pantang banyak juga larangnya. Tetapi citarasanya tetap sama. Seleranya tetap dipengaruhi dengan perkembangan yang selaras dengan kemajuan. Apa yang menjadi masalah ialah tidak semua penduduk peka dengan kemajuan semasa apatah lagi akan perkembangan dunia luar. Sebab itulah hanya dangdut yang nombor satu. Terima atau tidak,inilah hakikatnya, bila masyarakat malas membaca hanya suka mendengar, dari mata ke mulut, dari mulut ke otak lalu membeku menjadi pemikiran dalam budaya berfikir masyarakat kita. Skop inilah yang perlu difahami oleh seorang pencipta dan pengkarya dalam bidang seni atau apapun yang berkaitan dengan inventor.

Dalam Berkarya
Mudah sahaja untuk memahaminya secara ringkas, sumber inspirasi dalam mencetus idea ialah alam semesta dan manusia sekeliling, mengapa harus pergi jauh sedangkan Tawau juga banyak sumber alam dan manusia yang tidak pernah ditonjolkan mahupun di kupas subjek dan objeknya ? Sebagai contoh dalam seni muzik mengapa tidak menggunakan lirik dalam bahasa local ? Mengapa tiada lirik yang dekat dengan rona kehidupan masyarakat setempat ? Dalam seni lukis mengapa tidak menggunakan masyarakatnya sebagai subjek? (bukan objek).

Melahirkan Local Genius
Jika ada tidak mustahil ianya boleh diterima jika ianya sarat dengan pengisian, didikan, pengajaran dan apapun yang boleh membuka jalan mencetuskan minda. Malahan secara tidak langsung melahirkan local genius dalam masyarakat setempat yang menjadi idola kerana karyanya mahupun produknya terasa dekat dengan Tawau, atau bahasa popnya Made in Tawau.

Selain amplang dan pitik.. Apalagi yang boleh dibanggakan? Tolong bagi...

Kreatif Yang Tak Hanya Konsumtif
Kini masyarakat lebih mudah untuk mendapatkan maklumat dan informasi, secara tidak langsung perkara yang mudah didapati ini membuatkan kita menjadi malas merancang, berkarya mahupun berfikir malah terasa cukup senang dengan keadaan sekarang. Generasi muda yang sebegini senang menjadi pengikut dengan bangga kerana merasakan diri up to date, maju dari orang lain walau hanya pada fesyen dan pakaian sahaja. Sifat mencipta sesuatu yang baru sudah tidak wujud dalam diri, ada pula yang bersifat sedemikian awal awal lagi sudah dipatahkan semangatnya oleh generasi generasi muda yang tiada berdaya saing ini, dengan kritikan yang lebih kepada kutukan. Itulah yang dikatakan dengan masyarakat yang konsumtif dan primitif cara pemikirannya, yang memang wujud dalam kelompok masayarakat setempat. Orang dangdut dia berdangdut, orang shuffle diapun shuffle. Orang indie diapun indie.. Orang bodoh diapun ah !! pandai pandailah....

Ringkasnya
Sebagai contoh, masyarakat Jepun lebih maju kerana mereka banyak meniru kemajuan daripada Barat, tetapi mereka tidak meniru sebulat bulatnya apa teknologi mahupun ciptaan baru itu, tetapi mereka bijak mengadaptasikannya agar sesuai dengan citarasa penduduk setempat malah menjalankan kajian untuk memajukannya, malah TV hitam putih yang asalnya dari Barat telah diambil untuk dimajukan sehinggalah berwarna malah kini Jepun saat ini adalah pengeluar TV terbesar dunia. Begitu juga dengan teori Al-Jabar yang berasal dari Arab bila sampai ke Barat mereka mengkajinya untuk diperluaskan sehingga dikenali sebagai Algebra.

Kesimpulan Terakhir
Apapun masa sudah semakin suntuk dan malah sudah tidak ada masa untuk menghuraikan lagi berkaitan dengan apa yang ingin disampaikan. Apa pun ruang sudah pun dibuka, peluang sudah diberi, hanya kita generasi muda , anak anak muda, belia belia di daerah Tawau yang perlu menciptakan ruang dan mewujudkan peluang itu bersama sama. Ruang juga peluang yang diberikan oleh Jabatan Belia dan Sukan ini wajiblah dimanfaatkan sepenuhnya bagi membuka jalan ataupun batu loncatan kepada usaha untuk memajukan dan mendedahkan SENI yang NEGATIF dipandang oleh masyarakat setempat ini..

Nantilah dikupas kopekkan bersama sama... Arggh!!

Tarikh : 26 Mei 2009 (7.00 malam)
Tempat : Bergantung kepada Pihak Penganjur. (Hehe :)

Sekian, Yang Menurut Perintah.

Modenisasi & Globalisasi

Apa itu ruang dan peluang? Mengapa perlu menciptanya dan mewujudkannya? Mengapa perlu memahami 'local taste' untuk melahirkan 'local genius' ? Siapa yang perlu kreatif dan produktif ? Kenapa perlu menggantikan yang konsumtif lagi primitif ? Dimana dan bagaimana caranya ?

Tuntutan Kemajuan
Sebelum di huraikan dengan lebih lanjut, sebaiknya kita fahami dahulu apa yang di maksudkan dengan arus permodenan yang semakin berkembang pesat, yang ditunjangi oleh era globalisasi atas nama kemajuan. Umum mengetahui kemajuan yang dikecapi kini di sebabkan kuatnya pengaruh globalisasi yang menjadi pemangkin kepada perkembangan struktur sesebuah masyarakat. Semakin besar pengaruhnya, bererti semakin berkembanglah kemajuannya. Benar, kemajuan ini kita dapat lihat dengan berdirinya bangunan bangunan tinggi berdiri megah di bandar Tawau. Tetapi jangan silap, semakin tinggi dan banyaknya bangunan yang berdiri bermakna semakin tinggilah juga taraf hidup masyarakatnya. Mengapa ?

Globalisasi

Harus di fahami era globalisasi bermaksud dunia kini sudah tiada sempadan yang boleh mengahalang kita untuk mendapatkan informasi apa sahaja, boleh pergi ke mana sahaja di seluruh dunia tanpa menggunakan passport, kerana semua ini kini boleh didapati melalui capaian internet, dunia tanpa sempadan ini bukan hanya pada friendster mahupun myspace sahaja untuk mendapatkan kenalan di mana mana atau sesiapa sahaja, bukan hanya pada talipon bimbit yang boleh menghubungkan kita kepada sesiapa sahaja diseluruh dunia. Malah secara senyap, samada sedar atau tidak, ia juga mempengaruhi pemikiran masayarakat kita, dari aspek sosial dan budaya melalui media massa yang tiada tapisan, ekonomi melalui pasaran terbuka dan juga politik melalui dasar luar yang di pengaruhi oleh kuasa besar dunia, seperti Amerika Syarikat.

Siapa yang menjadi mangsa ?
Samada pengaruh ini bersifat positif mahupun negatif, baik atau tidak baik, maju ke depan mahupun maju kebelakang, semuanya bergantung kepada siapa yang menilainya. Tetapi harus diingat, siapakah golongan yang paling mudah terdedah dengan pengaruh ini? Mudah sahaja untuk mendapatkan jawapan, lihat golongan mana yang paling banyak menggunakan yahoo mesengger, youtube, friendster, myspace, melaui internet dan talipon bimbit. Sudah pasti generasi muda kita. Bukan bapak atau emak kita, bukan pakcik atau makcik kita, bukan datuk atau nenek kita, tetapi kita, yakni generasi muda yang berada ditengah tengah perubahan arus permodenan ini , generasi belia yang dikatakan sebagai golongan pelapis tonggak kemajuan negara.

Yang tua tidak tahu diri, yang muda pula terlalu tahu diri.
Namun tanpa pemahaman dan didikan tentang keburukan dan kebaikan pengaruh globalisasi melalui teknologi sebegini daripada golongan pemimpin, ibu bapa, yakni generasi 'tua', yang samada tidak sedar pengaruh ini atau leka kerana sibuk bekerja mahupun terlalu mengejar kemajuan sehingga lupa akan 'krisis' yang sedang merasuk pemikiran dan melalaikan generasi ini.. bagaimana golongan ini boleh menjadi tonggak kemajuan negara? Kerana dapat dilihat lebih banyak pengaruh negatif yang di jadikan panduan dan ikutan golongan muda ini.

Tidak salah mengejar kemajuan dan tidak salah mengambil yang negatif, jika ianya aras petanda kepada sebuah kemajuan. Namun kemajuan ini harus seiring bersama dengan peningkatan tahap pemikiran, sosial dan kebudayaan, yang secara tidak langsung akan memperbaiki dan membangunkan ekonomi masyarakat tanpa perlu pengaruh politik. Jika tidak seiring, tidak mustahil ianya tetap akan maju,tapi kebelakang.


Persoalannya? Bagaimana untuk memanfaatkan pengaruh ini dalam aspek kehidupan generasi muda untuk kemajuan masyarakat setempat?

Bukan Tipu

Photobucket

Bukan MLM...
eh! MML.. eh! LMM.. eh! Apakah ?? Yang syarikat jualan langsung tu.. Yang selalu buat function cari downline ada upline ka apakah, lebih kurang yang macam tulah.. Tapi ini bukan !!

RuWang & PeLuang : Perlu Wang ??

Dimana ada ruang di situ pasti ada peluang, di mana mana pun, di situ sana sini, mesti ada ruang dan peluang untuk mencari wang. Namun di sini, banyak peluang tapi tiada ruang, Ada peluang tapi tak diberi ruang, semua kerana angkara wang, ada wang dapatlah peluang, ada wang diberilah ruang. Tidak hairanlah, orang ada wang, semakin berwang... orang tiada wang, semakin terbuang..

Orang atas membuang wang mencari ruang, Orang tengah mendapat peluang menyapu wang... Orang bawah membuang ruang mendapatkan peluang mencari wang. Orang kiri, kanan, depan, belakang tak tahu ada ruang dan peluang. Kiri kanan tiada wang, depan belakang dihimpit masalah wang. Tak tahu di mana mencari wang... Wang hanya ada mata tapi tak ada kaki mahu menghilang..

Suka tengok atas, tengah kebosanan, menyampah tunduk tengok ke bawah, pandang kanan pusing kiri, melihat kedepan paling kebelakang juga, Entah bila mau pandang diri sendiri.. Jangan tanya pada rumput yang hanya tahu bergoyang, senang dibelai angin, tak ada angin pun tetap bertenang, tapi marah bila orang buang angin. Tanyalah sama air dan batu, air yang ada mata, batu yang ada kepala, walau tak sama tapi boleh bersama.. orang senang dan tenang dia bersama, boleh menghilang rasa dahaga, basahkan tekak yang kering kontang..

Macha!! Air batu satu!! Eh! Dua.. Eh! Tiga.. Satu jug lah! Cakap memang senang! Marah Macha dalam hati namun riak mukanya tetap tenang..

Ruang di tutup, peluang tertutup... mengapa tak buka? mangapa tak cipta? Mengapa tak wujudkan? Di mana ada kemahuan pasti ada jalan, sebab jalan tutup atau ditutup pun mesti ada jalan lain boleh lalu. Walau jalan buntu atau jalan mati, tetap akan ada jalan lain. Kerana jalan ada di mana mana, jalan dekat, jalan pintas, jalan jauh, jauh perjalanan luas pemandangan, luas tapi sempit kerana semua orang mencari cari jalan, bukan hanya ada kiri ada kanan, bukan hanya boleh perlahan malah boleh memotong, tersalah haluan atau sesat ada papan tanda untuk balik ke pangkal jalan.

Jalan boleh melencong, jalan jalan di kaki lima di luar negara sedang melancong, hidup ini bukan kosong, mengapa mahu dikongkong? Satu orang tak boleh, dua orang memang cakap kosong, perlu ramai yang sokong. Mencari jalan itu... Tapi kenapa jalan itu? Mengapa jalan itu, Apa nama jalan itu dan Siapa yang perlu ada di jalan itu ??? Pening ?? Tenang !!

Kenapa ?

PhotobucketMain dengan bola. Sedang bermain bola. Orang yang bermain bola itu pemain bola. Pemain bola itu ialah orang yang minat bermain bola. Main dengan ayat. Sedang mengayat. Orang yang mengayat itu ialah pengayat. Pengayat itu orang yang suka bermain dengan ayat ayat.

Saya suka melukis tapi saya tidak minat menjadi pelukis, saya minat mewarna sebab saya suka dengan warna warni. Saya suka kamu, tapi saya tidak meminati kamu. Saya meminati dia, sebab saya suka dia.

Minat kerana bakat dan kepandaian, suka kerana suka dan kesukaan. Pemain bola itu orang yang berbakat dan pandai bermain bola sebab itulah dia minat bermain bola. Pengayat itu orang yang suka suka bermain dengan ayat namun belum tentu pandai mengayat. Begitu juga dengan suka melukis dan juga minat mewarna.

Oleh itu suka tidak semestinya minat tapi minat semestinya suka. Kerana kesukaan itu hanya untuk suka suka sahaja. Orang yang minat dengan penat dan suka dengan kepenatan itulah yang dinamakan Peminat! Penat mencari, kepenatan menanti, sebuah jawapan yang tak pasti.

Saya sayang kamu tapi saya tidak cinta kamu, Saya cinta Dia kerana saya sayang Dia. Sayang kamu tak semestinya cinta kamu, Cinta Dia sudah semestinya sayang Dia, itu sudah pasti. Tapi jika Dia tidak sayang apalagi cintakan saya, jadilah saya seorang peminat setia kepada Dia.

Sayang umpama minat kerana pandai memadukannya dengan kasih, cinta umpama suka yang kesukaan bersuka ria sesuka hati hingga tidak perasan soal hati dan perasaan..

Saya cinta dia dan kamu kenapa?

Siapa ?

Bertanya dan terus bertanya.. Walau sudah diberi jawapan.. Bertanya lagi.. Walau orang yang ditanya tadi menyampah.. Bertanya lagi mengapa dia menyampah ?? Apakah menyampah itu risiko kepada orang yang banyak tanya ? Sering terdengar..."Kau ni banyak tanya macam polis !!" Apakah polis itu menyampah ?? Mungkin juga. Tapi jika begitu, bagaimana mahu terlaksana yang bijaksana?

Banyak tanya namun tiada jawapan, menimbukan 1001 persoalan buat pertanyaan!

Makan Sambil Bercakap. Bercakap Sambil Menyuap. Menyuap Sambil Mengunyah. Mengunyah Pun Boleh Bercakap Jugak ... ?? Apa Kes ? Apa punya biadap? Apa punya sikap? Lebih baik makan hati, dari makan seorang diri, tapi baik jangan, nanti memakan diri, kes kenyang kelaparan. Apa Cerita ?? Baik cakap sama dinding! Jiwa kosong hati kering! Tiada soalan tapi ada 1001 jawapan buat satu pertanyaan!

Siapa Dowh??

Mengapa ?


Jika Benarlah, Mengapa Tiada Kebenarannya ?
Jika Hati, Mengapa Tiada Perhatian ?
Jika Salah, Mengapa Tiada Pesalah ?
Jika Suka, Memang Perlu Membuka..
Jika Luka, Memang Perlu Bermuka..

Benarlah, Perhatian Salah Membuka Luka.
Kebenarannya, Hati Pesalah Suka Bermuka.

Jika Memang Tiada, Mengapa Perlu ?
Perlu Kebenarannya.. Perlu Perhatian.. Perlu Pesalah..

Jika Tiada Perlu, Jika Perlu Tiada...
Tiada Membuka.. Tiada Bermuka..
Bermuka Muka, Membuka Buka Yang Tiada..

Apa ?


Satu Kemungkinan Dua Kebarangkalian ...
Mula Mula Malu Malu Kemaluan..
Lama Lama Mahu Mahu Kemahuan..
Mahu Mulalah, Malu Lamalah..
Tapi Jangan Tunggu Lama Lama, Nanti Memalukan..

???

Ada Apa Dengan Putih ?

Selain Suci. (yang selalunya..)

Putih. Memutih. Keputihan.
Putih itu kosong yang kekosongan. Kekosongan yang perlu di isi dengan jawapan, catatan atau coretan, modal insan menurut ehsan peranan atau pesanan atau jawatan atau apa apa saja yang boleh mengisikan kekosongan itu sehingga ia penuh, sampai atau cukup sekadar berisi. Putih yang kosong di dalam ruang yang tiada ruangan, dalam bentuk yang tiada rekabentuk, tidak nyata, tidak wujud, tidak mutlak apalagi mutakhir.

Peniputih
Kekosongan yang memutih menampakkan putih itu bersih dan baru. Kebersihan dan kebaruan akan membuatkan kita sentiasa berhati hati, berjaga berjaga, berwaspada, dengan setiap gerak tubuh, laku atau langkah yang dikerjakan agar keputihan itu tidak terpalit dengan kekotoran mahupun kerosakkan akibat kesilapan yang bisa mengontrakan dan menenggelamkan naluri sifat putih itu, termasuklah putih yang tidak asli semulajadi seperti yang ditempel, yang dibedak batukan, atau yang dilosyenkan hanya dalam masa 7 hari.. Kebaruan sebegini dinamakan kejanggalan yang jengkel yang melahirkan peniputih. Putih yang takut menipu tetapi berani berbohong. Hati hati dengan putih. Berwaspadalah dengan putih! Awasi keputihan. Jangan terpedaya. Biar gigi putih, asal jangan putih mata.

Putih Tanpa Bicara
Melihat wajah putih hati terpikat. Memandangnya pula hati terpesona. Merenungnya mungkin boleh jatuh cinta pandang pertama. Biar putih yang buruk ataupun jelek, keduanya akan bermadu menjadi chantek. Berdepan dengan putih bersih mulus, fikiran tenang hingga sukar berbicara, contoh buku teks berlatar putih. Terjumpa yang berpakaian putih pula fikiran bergoncang bicara jadi senang sembarang, contoh hantu pocong atau pegawai kerajaan minta bayar hutang. Samalah bila menonton dan mendengar, filem atau lagu atau apapun tentang orang putih, kita tidak banyak bicara, layankan saja, sebab best walau memang best pun, hebat memang hebat pun, dan maju.. maju ?? Tetapi pengaruh putih memang cukup kuat, hingga kita menurut lalu menjadi pak turut... misalnya guna Bahasa Orang Putih itu orang bijak dan menggoda, sedangkan putih cepat kotor dengan noda bila tergoda.

Disekolah kita wajib memakai baju putih, kasut putih, tudung putih supaya kita merasa baru dan perasan suci bersih dan mungkin juga sebab kekosongan itu, perlu di isi dengan pembelajaran. Jangan melawan, jangan menentang walau tiada perlawanan atau penentangan. Putih itu disiplin. Jangan melanggar disiplin jika tidak mahu dikenakan hukuman atau tindakan yang menurut budi bicara guru displin. Siapa berani lawan Rumah Putih?

Putih Warna Asas
Warna juga mempunyai nilai rasa terhadap tanda. Jika merah berhenti, kuning sedia, hijau jalan, biru tua baris, biru muda pakat, pink jambu, coklat lazat, oren sunkist, kelabu asap, putih mati?? Boleh jadi.. kerna putih itu diam, senyap, shhh... dilarang melarang bising. Mungkin sebab itulah mengapa dinding hospital, bilik darjah, ofis, atau apapun yang bertemakan diam tanpa seru, berwarna putih. Bila kita hanyut dalam keramaian, dongaklah ke atas pandang ke langit. Kita pasti akan tunduk semula ke bumi. Tapi jika mendongak ke atas terpandang siling putih? Itu tandanya saya mahu lalai, mahu lari dari penat, serabut, kusut! Putih mengosongkan fikiran.

Kerana kekosongan dan kediaman ini mewujudkan kedamaian, menciptakan ketenangan yang mengalunkan kesenangan, tetapi melodinya bercitarasakan kesepian, ketandusan, kelalaian yang dekat dengan kebuntuan. Buntu ? Yah! Putih itu Buntu! Samada ia ditutup atau tertutup, hilang atau tiada, atau sudah kembali kepada-Nya.

Menyerah dan Berserahlah Untuk Menang.
Faham atau tidak, mengapa bayi yang baru lahir dikaitkan dengan kain putih dan pasti akan kembali semula bersama kain putih. Kapanpun, sampai kapanpun akan dikapankan. Bendera putih dikibar tanda menyerah kepada musuh dan telah berserah kepada-Nya. Semua diserahkan samada secara rela atau terpaksa namun tiada paksaan, kerana kosong, buntu, dan itu adalah asas dalam hitam putih kehidupan yang terang atau gelap. Percaya atau tidak? Terserahlah.. tapi jangan mudah mengakukan kekalahan apalagi mengkamikannya.

Photobucket

Putih Tanpa Hitam.
Putih tidak bernilai, tidak laku,tiada arah, kebuntuan yang bukan kesesatan, jika tidak ada hitam di atasnya. Kerana hitam atas putih itu adalah coretan dan garisan, yang menandakan bukti dan arahan serta garis sempadan. Putih atas putih tidak ada maknanya, begitu juga hitam atas hitam tidak akan timbul apa apa kontra mahupun persepsi. Hitam dan putih saling sayang menyayang, saling percaya, saling memerlukan, dalam apa jua keadaan, apa jua situasi, apa jua kehidupan kerana ia sudah sebati. Percaya atau tidak? Sekali lagi. Terserahlah... Tapi ingat! Kontrasepsi penting supaya tidak timbul penyesalan dalam kehidupan.

Putih itu suci bila berada di tempat suci.
Ada apa dengan putih ? Ada apa saja.. Segalanya ada kepada siapa siapa. Ini hanyalah luahan rasa putih dari saya yang rasa rasanya sudah merasa, berasa dan terasa perasan putih (perasantan = ??!). Cubalah rasakan untuk merasakan sendiri rasanya.

Apa kau rasa ... ??
Jangan bilang oren...

Kenapa lampu disko tak warna putih ??

Pendaftaran Perkataan Semantik:
1. Kebaruan : Kekampungan (cara berfikir)
2. Orang Putih : Barat / Mat Saleh / English.
3. Rumah Putih : White House.
4. Kontrasepsi : Apapun untuk mencegah kehamilan. (Pil atau Kondominium)
5. Perasantan : Perasan Bagus! Bwek!!
6. Semantik : Linguistik; Ilmu tentang kata dan kalimat yang mempunyai pelbagai erti dan makna lain samada makna ungkapan atau perbicaraan yang berkaitan dengan struktur bahasa. Semacam Semiotik dalam psikologi... Semiotik (??)

Apa Kes Paree ??

Photobucket

Bagus ?? @ Kacang Panggoda?

Pembikinan Drama Bersiri MADAI MENANTI terbitan Immortelle Cretive Sdn Bhd.

Sejak 1 Mei 2009 yang lalu, para pelakon dan rombongan produksi untuk drama bersiri RTM bertajuk MADAI MENANTI telah berkampung di Rumah Rehat Kerajaan (Rest House) Kunak. Drama bersiri 13 episod ini adalah hasil arahan Malek Rahman manakala skrip oleh Zabidi Mohammed, jurukamera oleh Suhaimi @ Gawai terbitan penerbit Norsahar Ahmad dari Immortelle Cretive Sdn Bhd yang telah banyak menerbitkan drama dan membekal program dokumentari untuk RTM.

Cerita ini mengisahkan tentang lagenda dan kehidupan masyarakat Idahan di Lahad Datu yang mewarisi Gua Madai yang kaya dengan hasil Sarang Burung dan tentang lagenda Nenek Apoi, iatu orang yang pertama menemukan Gua Madai. Konflik kisah ini bermula bila Talib selaku anak angkat tiba-tiba datang untuk menuntut warisan kawasan Sarang Burung di Gua Madai yang menjadi punca perbalahan dengan kedua abang tiri nya Hj. Kasim dan Damang hingga sampai ke tahap menghadap Ketua Adat dan Mahkamah Anak Negeri daerah. Anak saudara Talib, Nordin Hj Kasim adalah A.D.O di daerah tersebut yang serba salah dengan bapa-bapa saudaranya yang tidak sehaluan. Di masa yang sama juga Nordin adalah kekasih kepada Hamidah anak Pak Utoh yang sangat bemusuh dengan Damang bapa saudara Nordin. Kehadiran pelajar pelatih bernama Norsiah yang membuat kajian tentang Gua Madai telah menerbitkan bibit-bibit cemburu dalam percintaan Nordin dan Hamidah. Masalah sampingan lain adalah hadirnya perniagaan gelap Sarang Burung yang didalangi oleh Mastor dan konco-konco nya Kasmat, Tukik dan Beladang yang sering mencerobohi kawasan Sarang Burung Damang. Bagaimanakah kesudahannya?.... Di akhir cerita ini Talib, Hj Kasim, Damang dan Pak Utoh telah berbaik-baik dan berdamai akibat suatu tragedi yang menimpa Damang. Untuk mengetahui jawapannya , saksikanlah drama bersiri ini yang dijangka siarannya pada bulan September ini di saluran RTM.

Drama ini juga telah menggabungkan pelakon-pelakon dari Pantai Barat (Kota Kinabalu, Kota Belud, Kudat, Papar) dengan pelakon-pelakon dari sebelah Pantai Timur (Tawau, Semporna, Kunak dan Lahad Datu).

Antara pelakon-pelakon yang menjayakan drama bersiri ini adalah Ebi Kornelis (AF5) sebagai Nordin seorang Penolong Pegawai Daerah (ADO), Naufarah Yasin sebagai Hamidah, Leez Rosli (AF4) sebagai Norsiah, Rashideman @ Dihsarludba sebagai Haji Kassim, Masti Inongan Hj. Suin sebagai Rohani, Mohamed. Hj. Salleh @ Mat Kongo sebagai Hj. Osman, Hasnah Ibrahim sebagai Purnama, Awang Karim Kadir sebagai Talib, Arbaya Bt. Suni sebagai Intan, Nandra Hitong sebagai Damang, Mohd Noor Makbul sebagai Tukik, Asmawa Adol sebagai Kasmat, Arman Marasal sebagai Madin, Umai sebagai Rusiah, Evelene Stephene Mingkong sebagai Saleha, Datu Halun Datu Karim sebagai Pak Utoh, Jifrun Baidullah sebagai Beladang, Razali Hj. Tatan sebagai Masdoq, Adik Azhari Azizi sebagai Salim, Rosle Yunos sebagai Z, Norsahar Ahmad sebagai Pegawai Daerah (D.O), Marlin Malalin sebagai Mastor seorang broker Sarang Burung dan Jamil Aziz sebagai samseng dari Sandakan.


Setakat ini penggambaran telah pun selesai di persekitaran Gua Madai, Mahkamah Anak Negeri Kunak, SK Madai Kunak dan Hospital Kunak.

Ahad ini (17 Mei 2009), rombongan akan bertolak ke daerah Lahad Datu untuk menyambung penggambaran di sana. Penggambaran dijangka berakhir pada 31 Mei 2009 ini.

Berikut adalah gambar-gambar di sekitar lokasi penggambaran.

PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket
Jamil dan Naufarah YasinPhotobucket
Semua Teks Dipetik Dari Emel yang datang dari Sumber Karya Seni ... Encek Pareee !! Maganda.
Kecuali teks pada kedua gambar di atas, yang hanyalah rekaan semata-mata..

Bukan Aku ? Jadi Siapa...

Photobucket

Jadi ???

Aku bukan bodoh, mengapa kau bilang aku bodoh?? Walaupun aku tidak ke sekolah dan punya sijil ataupun ijazah, apakah itu bermakna aku bodoh, apakah kerna aku tidak memakai baju kemeja yang dimasukkan ke dalam seluarku agar bisa memperlihatkan kepala talipinggangku, juga bermaksud aku orang yang bodoh ? Apakah juga kerna seluarku bukan seluar slack berjenama Alfio Raldo tetapi hanya seluar jeans bundle yang koyak menjadikan aku orang yang bodoh, apakah kerna aku banyak soalan, banyak bertanya, tentang perkara yang aku ingin tahu membuat orang yang aku tanya itu boleh mengatakan aku bodoh. Ingin tahu bukan tidak tahu, tidak tahu bukan tidak pandai, tidak pandai bukan bodoh. Mungkin orang itu bodoh, kerna dia tidak tahu yang aku sudah tahu sebelum bertanya tentang apa yang dia rasa aku belum tahu. Buat pengetahuan, aku tidak tanya jika aku tidak tahu!! Sebab apa? Entahlah.. aku pun tidak tahu.. Apakah bila aku cakap orang itu bodoh aku juga bodoh ? Jika begitu, aku hanya akan cakap orang itu kurang pandai atau tidak pandai.

Aku bukan gila, walau orang kelilingku merasakan aku gila, ada juga yang memang gila memanggil aku gila, tapi hakikatnya aku bukan gila, apalagi sinting. Kerna otakku masih terletak diatas kepalaku dan bukannya di kepala lututku. Fikiranku masih lagi waras, jalanku masih lagi lurus. Aku masih boleh menilai yang mana cantik dan yang mana buruk, yang mana kaca dan yang mana permata. Aku masih boleh menghitung 1, 2, 3 dan membaca A, B, C seraya menghafal alif ba ta. Jadi aku tidak faham mengapa orang memanggil aku gila, apakah kerna aku melihat kehidupan ini dari sudut yang tidak bersegi dan tidak ada garisan hitam mahupun putih membatasi, sudah cukup dijadikan sebagai bukti aku dekat dengan konotasi gila itu ? Mungkin mereka juga gila dengan berbagai kegilaan dalam bidang gila mereka!

Aku bukan playboy, walau aku di gelar playboy tapi kenyataanya aku bukan playboy, apalagi bapak ayam, atau juga laki-laki yang suka bermain dengan laki-laki. Sedangkan dalam hidupku, cuma ada satu sahaja wanita yang bertakhta dihatiku sejak sekian lama. Wanita itu aku panggil mama, wanita yang melahirkan aku dan menjaga aku sehingga dewasa. Cintanya padaku tidak akan luput sampai bila bila, selagi nyawanya berada dikandung badan, oleh itu aku tidak pernah menduakan, menigakan mahupun melapankan cintanya. Jadi mengapa orang bilang aku playboy? Apakah kerna aku laki-laki atau kehenseman diriku ini membuatkan orang bilang aku playboy, sedangkan kehenseman ini adalah anugerah dari Yang Maha Kuasa, yang wajib aku syukuri… Egokah aku dengan pernyataan yang tidak nyata ini ?? Apa itu ego..?? Tapi orang bilang ego dan laki-laki itu tidak dapat dipisahkan… Jadi biarlah aku ego, atau egois dan dot dot dot ! Titik! Noktah alias Fullstop!!

aku boleh jadi kau, dia dan mereka...
kau, dia dan mereka boleh jadi aku...
jadi aku, kau, dia dan mereka boleh jadi siapa siapa..
kerna aku, kau, dia dan mereka bukan siapa siapa..

bukan untuk siapa siapa..
bukan kepada siapa siapa..

bukan daripada siapa siapa..
kerna siapa siapa pun bukan siapa siapa..

Jadi untuk siapa ?? Kepada siapa ?? Daripada siapa ??
Siapa siapalah!!
Yang bodoh, yang gila dan yang playboy juga bukan siapa siapa !!!
Kerna yang bodoh, yang gila dan yang playboy boleh jadi siapa siapa pun!!

Tapi Bukan Aku! Aku tetap aku dan aku adalah aku! Aku Bukan Saya
Tamat!

Sembahyang Jumaat

Jika kamu adalah laki laki muslim yakni beragama islam, adalah suatu kewajipan bagi kamu untuk menunaikan solat Jumaat pada hari ini. Janganlah kamu bersembunyi di dalam bilik yang 'gelap' itu sedangkan kamu tahu bahawasanya hari ini adalah hari Jumaat, penghulu segala hari hari yang ada. Janganlah kamu menggunakan alasan 'lupa segala lupa' sebagai alasan yang paling munasabah lagi bernas ke atas kamu untuk tidak menunaikan solat itu, lalu tanpa merasa segan silu 'menyembunyikan' diri di dalam bilik yang kosong itu, oleh yang demikian, tidak hairanlah jika jiwa dan raga kamu sering diselubungi dan dibayangi dengan kegelapan dan kekosongan walau ada cahaya yang menyuluh.

Terdengar saja seruan itu, gelap dan kosonglah bilik itu buat pertama kalinya pada hari Jumaat, kerana penghuninya, yang merasa kosong jiwanya dan sentiasa diselubungi dengan kegelapan, segera bergegas pergi ke masjid berdekatan untuk mendengar khutbah seraya bersembahyang solat jumaat bersama jemaah yang lainnya. Terdetik dihati setiap penghuni bilik itu pertanyaan dan persoalan tatkala melangkah menuju ke masjid...

Apakah niat mereka ikhlas atau gelap dan kosongnya bilik itu disebabkan oleh 'blackout' ataupun kerana mereka semua hari ini diselubungi dengan baju berwarna hitam... mungkin juga mereka buat-buat lupa apa yang dikatakan sebagai 'lupa segala lupa' ?? Tiada siapa yang tahu. Tetapi jika begitulah kejadiannya... Ya Tuhan! Ampunkanlah dosa-dosa kami!

Amin~

Kosong bukan juara, walau berada di atas dan sebelum Nombor Satu !

Malas Itu Indah

Hari ini aku malas menulis, entah mengapa aku malas menulis, sedangkan tiada satupun alat tulis yang ada dihadapanku yang bisa mengaitkan diriku sebagai seorang yang sedang menulis, lagipun aku bukan penulis, apa kes aku mau malas menulis ?? Barangkali sebab aku malas melukis, entah mengapa aku malas melukis, mungkin aku bukan pelukis, sebab tiada satupun alat-alat lukis, walau sekadar pembaris, yang berada di sekelilingku yang boleh menggerakkan aku untuk melukis atau ingin melukis walau hanya seguris garis.

Tetapi apa kaitan menulis dan melukis yang membuatkan aku hari ini malas berbicara ? Terasa berat sekali bibirku yang manis ini untuk berbual apalagi untuk membuka bicara. Aku sedar aku bukan pengacara mahupun juruacara yang sentiasa berbicara walaupun tidak ada cara. Tetapi mengapa aku malas bicara walau sepatah kata?? Secara tidak langsung, hari ini aku jadi malas berfikir. Walau memikirkan perkara remeh, namun perkara malas telah menguasai seluruh fikiranku yang menyebabkan aku malas berfikir lalu menjadikan diriku sebagai seorang yang pemalas. Malas mungkin sebuah ciptaan yang terindah bagi orang yang pemalas. Tapi aku tidak dapat menciptakan keindahan bila aku malas. Oleh itu aku bukannya pemalas. Titik noktah!

Mungkin saja modernisasi membuatkan malasku mengusir rajinku yang memang telah jauh tersisih, kerna didepanku ada papan kunci yang tidak berkunci, ada tv 19" yang tidak bersuara, ada tikus yang tidak menggelikan ada juga motherboard tetapi tiada fatherboardnya. Segala romantisma kemalasan hari ini juga termalas di situ, yang tercipta atas nama malas itu indah!

Apapun malas yang terjadi, semuanya adalah suratan yang sudahpun tertulis, kita semua adalah artis dalam rancangan akademi realiti, yang melakar dan mencorakkan sendiri kehidupan ini di atas sehelai kertas putih. Pilihan warna terletak ditangan kita, bukan ditangan pengundi sms, samada warna hitam, putih, cerah, cemerlang, suram mahupun kelam, semuanya bisa diharmonikan kedalam warna warni kehidupan ini.

Malangnya apa yang tertulis, terlukis, dilakar, dan diwarnakan itu tidak bisa di'undo atau redo' semula, tidak bisa di copy paste, tidak boleh juga di delete untuk dimasukkan kedalam Recycle Bin atau dipindahkan kedalam memori kehidupan yang lain. Semua itu akan menjadi sebuah lukisan dalam sebuah potret kehidupan yang akan dinilai oleh Yang Maha Esa pada hari perbicaraan kelak. Tiada lagi istilah yang menurut budi bicara berkumandang. Saat itu juga alasan malas kepada segala malas hari ini sudah tidak boleh digunapakai lagi, apalagi alasan lupa, yang berpunca kerana malas berfikir hari ini, untuk memikirkan tentang hari esok dan hari perbicaraan itu ..


Awak Pikir Lah Sendiri ...!!!

Aku Kayu Yang Tunggul.

Aku sedang menunggu sesuatu yang tidak pasti apa yang sedang ditunggu, secara tidak langsung mahupun langsung atau secara unpluggednya aku menjadi seorang penunggu,ya penunggu, tapi aku bukan tunggul yang tidak tahu arah mana yang harus kutuju, perlu kulalui, wajib kujalani. Malah aku juga bukannya pungguk kerinduan yang menunggu purnama jatuh ke riba, sedangkan sudah nyata sang purnama lagi senang tertunggu-tunggu terbitnya mentari siang untuk ditiduri. Argh! itu cuma bahasa romantis yang sudah diperi..

Pasti wujud persoalan bila memikirkan yang ditunggu itu samada akan sampai, bakal muncul, hendak kunjung, sedang datang, atau on the way atau apa apa saja yang boleh dihubungkan atau dikaitkan untuk diselaraskan dengan apa yang sedang ditunggu itu.. dan jawapannya hanya ada pada yang ditunggu-tunggu itu.

Apalagi yang ditunggu itu tidak diketahui bagaimana, dimana, bila, siapa dan kenapa ?? Samada berkaitan tentang masa, tentang perkara, tentang sesuatu, tentang seseorang, tentang aku, kamu dan dia atau tentang tentangan. Lagi memeritkan bila yang ditunggu itu tidak diketahui bagaimana situasinya, dimana keberadaannya, bila saatnya, siapa gerangannya, dan kenapa harus ku tunggu ?? Benarlah menunggu itu adalah satu penyiksaan walau hanya seminit sahaja memang sudah cukup penasaran. Apalagi berbulan.. kalau bertahun pula apa cerita ??

Jadi apa tunggu lagi ? Jangan tunggu sampai esok ! Eh.. tunggu dulu ! Nanti dulu.. Jika menunggu dikaitkan dengan sesuatu yang tidak enak atau tidak nyaman, bagaimana pula dengan yang ditunggu itu ? Adakah ia sedang menunggu juga, atau sedang tercari-cari, atau sedang senang lenang kerna tidak pernah memikirkan tentang apa yang berkaitan tentang tunggu dan menunggu itu. Argh!! (sekali lagi).. Tidak pula aku ketahui jawapannya!

Walaupun aku tidak tahu apa yang kutunggu, tapi aku harus pergi dari kawasan menunggu ini. Biarlah kawasan menunggu ini kosong tanpa aku. Tapi bagaimana pula jika yang ditunggu itu datang atau muncul disaat aku baru saja melangkah pergi? tetapi hanya kekosongan yang mengosongi kawasan menunggu itu ? Pasti dia akan tertanya-tanya dan tertunggu-tunggu.. Argh.. pedulikanlah ia, biarlah ia menunggu juga dan merasakan juga bagaimana menjadi seorang penunggu. Jika dia tidak tahan, pasti dia akan pergi juga seperti aku.

Oleh itu, alangkah baiknya jika aku pergi dulu.. lagipun bumi ini bulat, ada timur ada barat. Zaman sudah canggih, ada talipon ada internet. Kemana pun aku pergi, pasti akan bertemu juga dengan apa yang ditunggu itu. Jika ia masih berada dikawasan menunggu itu, aku pasti akan bertemunya disitu. Jika tidak disitu, pasti juga akan bertemu dimana mana titik antara timur dan barat yang kemudian secara rasminya akan dinamakan titik pertemuan. Itu jika ada jodoh, bukannya bodoh atau hodoh.

Tapi aku merasakan jika aku pergi dulu, terasa aku telah memungkiri , mengingkari, atau tidak menepati sebuah janji, ataupun cuba lari, cuba mengelak atau mungkin cuba menghindari sebuah kenyataan. Meskipun aku tidak tahu janji apa dan apa kenyataannya.

Bagaimana pula rasa yang ada pada yang ditungu-tunggu itu, pasti dia juga merasakan apa yang kurasa cuma ia… Argh !! Siapa yang tahu ??


Terlalu besar kemungkinannya, luas kebarangkaliannya. Walaupun sudah pasti infiniti adalah jawapannya, namun aku wajib juga membuat dan menunjukkan langkah kerja, step by step sama ada menggunakan teori algebra seperti e=mc² misalnya, untuk memperolehi markah penuh, tetapi terpaksa juga menunggu jawapannya daripada pemeriksa kertas soalan sehingga berbulan lamanya. Eh ! Apa kes ? Apa kaitannya dengan perkara yang sedang dan membuatkan aku seorang penunggu ? Argh !! Hanya aku yang tahu…

Semua persoalan ini, boleh saja menjadi sebuah naratif yang tidak bermotif dalam kehidupan kita. Namun jika konotasi dan denotasi ini di imiginasi lalu diterjemahkan dalam bentuk teks, dalam konteks buat motivasi diri dari pelbagai sisi ia bisa saja menemukan solusi yang.. Argh!! yang apa ??.... Argh !! Hanya aku dan Engkau yang tahu!
Photobucket
Bukan di Tg. Batu Keramat, Melainkan Yang Telah Kembali Ke Rahmatullah...

Yah! Hanya Engkau yang tahu mengapa aku menjadi seorang penunggu yang menunggu sesuatu yang tidak tahu apa yang sedang ditunggu. Semuanya terjadi dan berlaku beberapa bulan yang lalu. Pada waktu subuh ketika malam sudah jauh berlalu untuk berlabuh.“Wahai saudara ! Aku datang untuk mencabut nyawamu dari tubuhmu!” Eh ! tidak bukan begini kejadiannya ini hanya sekadar imaginasi yang memang sudah pasti akan datang dan tak perlu ditunggu-tunggu.


Jadi mengapa, bagaimana, dimana, siapa, dan kenapa aku menjadi penunggu ?? Yah! Tunggu Sekejap!! Atau tunggulah jawapannya nanti atau barangkali tetap setialah menunggu, kerna satu masa nanti kita pasti akan bertemu juga di pintu syurga.

Photobucket

Kata Dalam Nada

4 minit masa kecederaan diberikan buat Radit Dan Jani , namun Chelsea Kalah Juga Akhirnya Lawan Barcelona [??] dalam Liga Campion malam tadi. Tapi tak apa, masih ada piala F.A Buat Drogba dan kawan-kawan. Yang pasti lagi ternyata akan berlaku, Liverpool akan merangkul Liga Perdana Inggeris musim ini kerana MUFCuk, sudah ada Carling Cup, oleh itu, sudah pasti dan memang nyata lagi, Barcelona akan menjuarai Liga Campion musim ini. Jadi adil dan saksama.. Tak perlu gaduh-gaduh. Masing masing ada Piala musim ini untuk dibanggakan. Sekian, dan terima kasih.



Photobucket

Buat yang ingin membuat koleksi peribadi video klip ini untuk disemadikan didalam talipon bimbit, boleh mendapatkannya dengan kelajuan tahap super saiya, secara percuma dengan menekan butang diatas. Atau klik saja
sini.

Buat Radith, Youll Never Walk Alone !! Tuhan Sentiasa Bersamamu... Asal Kamu Tidak Melupakan-Nya !! Buat Jani, tenang yah sayang, Liverpool musim ini pasti merangkul Piala Inggeris, kerna Bola Itu Bulat dan Cinta Itu Gak Buta, kerna Cinta itu cuma 'ada hati' tapi tak punya mata...

Kata Tanpa Nada

Arakian, oleh yang demikian, dengan yang demikian, maka dibotakkanlah kepalanya, dengan harapan, dengan nawaitu ataupun niat dalam hatinya, agar, supaya, Manusia Kotak-Kotak bisa langsung lenyap, langsung hilang dalam hidupnya buat selama-lamanya... Namun yang demikian, adapun, kendatipun Manusia Kotak-Kotak itu bukan rosak jiwanya, sakit otaknya, apalagi botak kepalanya..

bersambung lagilah kisahnya...

Kotak dan Botak itu tidak sama walau bunyinya hampir-hampir sama.. manakala otak adalah organ yang terletak di tingkat paling tinggi dalam dalam struktur bangunan tubuh manusia, bukan hujung rambut atau hunung jari kuku kaki mahupun hidung tinggi.. Oleh itu wajib bagi setiap manusia untuk menjaga kepala hotaknya sendiri, bukan mengharapkan atau mengupah orang untuk menjaga mahupun membelainya, dikhuatiri nanti kepala hotak itu akan merajuk lalu berpindah ke lutut, atau barangkali diambil oleh udang yang tidak mempunyai otak, namun udang itu akhirnya akan dijadikan pula otak-otak untuk dimakan oleh manusia yang berotak yang tidak elegik dengan budu mahupun belacan.

Setiap orang mempunyai otak, kecuali orang-orang, kerna ia tidak hidup. Namun semua yang hidup pula, tidak semuanya mempunyai otak. Seperti tumbuh-tumbuhan dan juga motorsikal misalnya. Oleh itu, sekali lagi wajiblah kita bersyukur dengan anugerah yang tercipta untukmu ini. Kerana ada juga hidupan yang berkepala hotak namun tidak mampu, tidak gagah, tidak kuat, tidak upaya untuk menganjakkan paradigmanya untuk berfikir, agar diterima umum sebagai orang yang berakal. Hidupan yang berotak tapi tak berakal itu, hanya hidupan yang berakal sahaja yang mampu mengetahuinya.. kecualilah otak itu sudah tidak sihat, tidak waras, ataupun uzur. Dengan yang demikian, otak dan akal itu juga tidak sama walaupun bunyinya memang sudah kedengaran jauh sekali berbeda, namun seringkali disamakan, disamaratakan, samada dari segi sifat, cara, mahupun gerak kerja. Cuba fikir-fikirkan tapi jangan cuba akal-akalkan...

Kotak ialah produk ciptaan manusia yang memang sudah sedia maklum akan sifat dan fungsinya, manakala kotak-kotak pula bukanlah sejenis barang mahupun aksesori, ianya tidak berfungsi dan hanya bersifat sahaja, yakni kata sifat yang merujuk kepada produk atau benda yang berpetak-petak, bersegi-segi, beruang-ruang, berdasar-dasar serta beberapa sifat lagi yang berkaitan dan bersesuaian untuk diperkatakan bagi menjadikannya sebuah perkataan.

Bersambung lagilagilah kisahnya...

Salang Jambu Anarki


Potret Remaja Salang Jambu Anarki - 1970an

Salang nekad berhenti dari alam persekolahan ketika hanya seminit saja lagi ujian SRP menjelang. Sayang Salang, memang berjuta kali sayang kata Guru Disiplin merangkap Penyelia Sidang Petang . Tetapi Salang tetap mahu pulang dan tak siapa boleh menentang. Kerana tragedi Oktober yang menimpa ayahnya 3 tahun yang sudah cukup untuk dijadikan alasan mencari sebab yang kukuh jika rakan atau gurunya mempersoalkan lagi tentang prinsip dan pendiriannya yang kabur namun baginya cukup jelas dan terang.

Dengan menumpang teksi sebagai penumpang, dia turun di satu simpang lalu membayar 5 kupang, kerna rumahnya hanya selang lima tiang lampu dari sekolahnya, SMK Taman Bintang. Bengang, sang pemandu teksi terasa nak bagi pelempang, namun terhalang atas nama cinta, kasih dan saling sayang menyayang. Saat melintasi empang yang dipenuhi udang, hatinya senang memandang udang yang hidup tanpa undang-undang, fikirannya kembali tenang lalu terkenang peristiwa silam yang telah lama menghilang.

Ketika itu hujan rintik diwaktu petang, Salang berlari pulang dengan langkah yang girang gemilang, diberitakan kejayaanya mendapat nombor 4D kepada semua orang, di kedai, di warung hingga ke seluruh pelusuk kampong semua ditayang, dengan wajah ceria dan riang, rasa penat tah kemana menghilang. Ayahnya yang baru pulang dari bendang gembira tak terbilang, tetapi terkejut saat melihat resit yang dipegang hingga pengsan jatuh terlentang kerana sakit jantungnya menyerang.

Salang berang lalu bingung macam orang bangang, menjerit meraung macam beruang, terpekik umpama polong minta tolong, didepan mata nyawa ayahnya yang garang terbang melayang, disaat umurnya baru setahun kacang. Segalanya masih jelas terbayang, bila terkenang air matanya jatuh berlinang, hidupnya tak pernah senang, mengenang dirinya yang sering berbaring ditelanjangi ranjang malang…

Kini segalanya kembali terang benderang, baginya apa yang berlaku dianggapnya seperti kisah si tulang dan bayang bayang, tak usahlah dikenang kerana tiada siapa yang menjadi pemenang, dengan harapan yang dikejar tak hilang, yang dikendong tak keciciran walau ditendang, biarpun gelombang ombak datang menghadang, semua dirempuh dengan tenang walau terhuyung hayang, terumbang ambing hidup seorang, kerana tiada siapa yang melarang dilarang.

Bagi Salang, yang penting hidupnya cemerlang, gemilang dan tembirang dengan kerjayanya sebagai seorang pengarang sepenuh masa. Berbekalkan cangkul dan parang, setiap hari kecuali Ahad dan jika tiada aral melintang, Salang tekun mengarang tanah di bendang peninggalan arwah ayahnya punya abang. Ada jagung, ada kacang dan kadang kadang ada juga bau bau bacang yang membuat hidungnya mengencang.

Setiap petang sebelum pulang dari bendang, sebagai motivasi diri buat penerang, Salang berdiri tegak di busut semut-semut perang, bersama penumbuk yang dijulang dengan penuh lantang dilaungkan kalimat penolak malang: Hidup Adalah Perjuangan Untuk Menang! Bukan Untuk Senang! bergemalah laungan Salang yang penuh teka silang kata songsang, menyelimuti seluruh bendang yang luas terbentang, sehingga sayup sayup ditelan pelangi petang bersama syahdunya bang yang baru berkumandang menandakan masuknya waktu solat Maghrib di kawasan Salang dan kawasan yang sama waktu juga dengan kawasan Salang.

Begitulah Salang, berfikiran realis dan romantis gersang, ditentang jangan, dicabar lagilah pantang, bak seorang Pejuang, tetapi memang sayang, akalnya kurang sejengkal panjang.

Dunia sombong semakin pesat berkembang, Salang mula terasa bahang, terasa tertinggal kebelakang, kerana setiap hari kekurangan wang. Mengapa tidak, dikampungnya kini dibina kilang, sesaklah kampungnya dengan pendatang, taraf hidup naik membumbung, barang-barang melambung kencang, bercucuk tanam dan berladang sudah tidak dipandang, harga tanaman jatuh tersungkur bersujud dicelah kangkang manusia yang mencari ruang dan peluang mencipta wang dengan cara gampang. Namun Salang tidak mengamuk apalagi memberontak guna parang, sedang merungut pun jarang, sangat yakin Tuhan yang menentukan, kita hanya merancang, Namun, tiada siapa yang tahu apa yang Salang rancang.

'Hari ini hari Kamu, Esok pasti hari Rabu..' bisik hati Salang dihari Jumaat pada waktu petang, kedua belah tangannya diletak didepan kedua bola matanya buat meneropong dari jauh gadis-gadis yang baru pulang dari kilang.

Dibawah pohon nan rendang, fikiran Salang merewang. Kerja kilang perlukan SRP sebagai tiang, Salang hanya ada sijil UPSR dengan keputusan 4D, digulung dengan benang yang sentiasa tersemat dipinggang. sungguh malang, tapi tak apa Aku Seorang Pejuang yang ada benteng agamaku sebaga tiang!... lagi bisik hati Salang.

Soalan Pemahaman Subjektif Kertas Satu.

  1. Mengapa Salang berhenti sekolah ? (10 markah)
  2. Menurut teori duniawi. Mengapa ayah Salang meninggal? Sebabnya? (15 markah)
  3. Dimanakah teks diatas yang membuktikan Salang seorang Anarki ? (20 markah)

Ucapan Rasmi Sempena Hari Buruh 2009

Bumi Tenaga Bumi Peladang

  • Terima kasih tenaga, keranamu aku bisa istirahat, batinku tenang, hatiku senang, Terima kasih lagi tenaga, keranamu malam-malamku menjadi siang, siangku sering kesiangan.. Apapun terima kasih, terima kasih, terima kasih tenaga...
  • Tanpamu tenaga, tiada alat bisa bersuara, tiada mesin bisa berbunyi, tiada cahaya bisa menyinari, segalanya menjadi sunyi, Manusia sepi lalu menyendiri, mendengar desir makhluk bumi, ada yang haru membiru, ada yang merdu alami... Apapun terima kasih, terima kasih, terima kasih tenaga... 
  • Hebat kamu tenaga, hadirmu di tanahku, diguna sepenuhnya oleh manusia, kuasamu menjadi andalan para penguasa, hasil dari tanahku disapura tah kemana, anugerah kami tidak pernah diharga, era globalisasilah kata ahli peniaga.. Apapun terima kasih, terima kasih, terima kasih tenaga... 
  • Hebat kamu tenaga, tanpamu waktu umpama berhenti seketika, membutakan mata lalu memekakkan telinga, langsung saja kuragu penciptamu, kuragu penguasamu, kuragu pencatumu, lalu kupersoalkan terima kasihku padamu...
  • Kerana tanpamu dunia bisa huru hara, yang berkuasa hilang kuasa,yang berniaga hilang modal, yang kami hilang arah, menyumpah memaki seranah, mungkin mereka lupa, barangkali kami leka, mensyukuri dan menikmati anugerah Yang Maha Esa lagi Maha BerKuasa...

Dibantu Dengan Kerjasama : Tenaga Nasional Terhad dan Lembaga Leterik Sabah Terhad juga..(29 April 2009 | 3.00pm-5.00pm | Disaat waktu terhenti, tenaga mati, lalu bersendiri, mata pekak, telinga buta, tidorrr... lain kali offkan karan jam 2am-5am jadi siangku tak kesiangan !!)

Saya Kedekut Ilmu ? Ciss! Sekali Lagi...

Saya Kedekut Ilmu ? Ciss! Sekali Lagi..!! Ya.. Sekali Lagi Cis !! Bermakna sudah dua kali walau tertulis pada tajuk diatas: sekali (satu kali)... Namun 'lagi' telah menjadi kata transitif yang menjadi punca utama konotatif 'dua' itu lahir.

Ini kerana sebelumnya, ada tajuk yang sama telah digunakan disini yang perlu difahami dahulu. Kalimat 'Sekali Lagi' diselit sebagai kata predikat kepada kata subjek kisah 'thriller' ini juga bagi membedakan antara konotatif dan denotatif kepada part 2, siri 2, versi 2, volume 2, kerna saya tidak pasti samada ia akan berakhir disini atau akan ada lagi kesinambungannya yang bergantung kepada perkembangan ideanya, bukan pada budgetnya dan penajanya.

Apapun 2 perenggan diatas tiada kaitan dengan tajuk ini, oleh itu tak usahlah mengusutkan fikiran tentang hal yang tidak berkaitan, cukuplah sekadar buat pengetahuan agar tajuk diatas bisa dibuang dari melekat ke-Saya, juga memberi jawapan kepada kemusykilan kepada yang ingin mengetahui keberadaan tanda soal dan tanda seru yang tak pernah terungkap oleh-Saya ke-Kamu. Buat yang tidak ingin mengetahui pula, tamatkanlah bacaan anda pada baris ini dan kuserahkan diri-Kamu kepada-Nya yang Maha Esa, Maha Kuasa lagi Maha Mengetahui.

Kembali ke jalan yang lurus, setelah kembali kepangkal jalan.
(Maksudnya: Kembali ke Tajuk Asal seperti tertera diatas.)
Ilmu, ilmu, ilmu... adanya ilmu kita akan berduit, berharta, berpangkat, ber'Datuk' misalnya, kalau bernasib baik mungkin boleh berjaya beristeri melebihi empat. Ilmu itu berada dimana mana, terkadang ada terkadang tiada, kadang-kadang ia lesap, kadangkala ia menyesatkan akibat kedangkalan (cth: ilmu hitam, sihir). Oleh itu adalah sangat wajib mempelajarinya mengikut tertib, mengikut kaedah agar ilmu itu dapat memberi faedah tidak hanya kepada diri sendiri sahaja, tetapi kepada keluarga, masyarakat, bangsa, agama dan negara, atau barangkali kepada seluruh alam semesta seperti,
haiwan dan tumbuhan, makhluk UFO atau makhluk ghaib. Namun, harus diingat, semuanya juga boleh binasa, musnah dan hancur lebur kerana ilmu, sehinggakan ke tahap yang tidak bisa difikirkan oleh 'akal ilmu' itu sendiri. (cth: maaf tak terbayangkan..)

Ah.. Senang cerita tanpa ilmu sudah pasti saya tidak akan mengetuk-ngetuk papan kekunci ini, tetapi mengetuk-ngetuk bebatuan untuk buat api bagi membakar dedaunan kering yang digulung bersama kulit pokok, untuk dijadikan rokok versi manusia zaman batu, yakni manusia tanpa peradaban hendaknya.


Sekadar menghiasi suasana.
I-click para sa pagpapalaki | Clicca per l'allargamento | Klik untuk tumbesaran

Adakalanya ilmu seseorang diukur dengan huruf dan angka peratus, A=Amazing, B=Bijak dan D=Dongok misalnya, ada kalanya pula dapat diukur dengan sifat dan ketrampilan, yang berkemeja, yang berseluar slack berseterika, itu berilmu, wajib dihormati manakala yang berbaju 'bengkel', berseluar jeans koyak rabak tidak wajiblah dihormati apalagi disanjungi. Yang berkereta pula kalau... Eh! Cukuplah..

Kembali semula ke jalan asal akibat tersalah simpang.
(Maksudnya: Menyimpang Keluar dari tajuk asal)
Jika kamu bilang seni itu luas, semua yang terkait dengan indah itu adalah seni. Sebaliknya, bagi ilmu pula, semua yang indah, yang seni, yang luas, yang 'kamu bilang itu' semua hanyalah unsur unsur dan organisma organisma kecil dalam lautan ilmu, bukan dalam gayung atau baldi, bukan dalam empang atau kolam, tapi dalam lautan yang penuh dugaan yang tidak diketahui dimana hujung pangkalnya. Bersifat luar jangkaan adakalanya boleh membesar, melebar, berombak, surut, juga tsunami, tapi kejadiannya atau terjadinya bukan sesuka hati, sesedap mulut, ianya bersebab, Jesteru itu, ia wajib dicari, di gali, kemudian harus dikaji, dikaji, dan dikaji lagi lalu diselidiki, untuk dikembangkan atau dipertingkatkan lagi bagi menemukan lagi ilmu ilmu baharu yang baik, yang sihat, yang comel buat seluruh umat manusia yang bertamadun, berAdun dan berDun.


Jangan tiru adegan ini. Atau jadi macam dia.. yang tak faham Bahasa !

Tapi sifat kita, ya sifat kita, bukan kamu atau mereka, tetapi kita.. Baru saja jumpa terus jatuh cinta, sedangkan belum lagi berkenalan, akibat cinta yang buta itu semuanya diabai, segalanya dilupakan, janji bahagia katanya. Ertinya baru belajar tinggi sudah bangga diri, sudah tahu tak perlulah ambil tahu, jadilah pencarian ilmu itu sekadar syarat mendapatkan segulung sijil, diploma, atau ijazah contohnya. Selasai. Kita stop! tak perlulah kaji atau perkembangkan lagi, cukuplah setakat lobang hidung saja yang kembang-kembang, tak ingat akan kempisnya, kuncupnya dan peseknya.

Katanya sudah ramai pengkaji disana, di negara maju, yakni di Barat: mereka sedang sibuk mengkaji itu dan ini, mereka lagi hebat, lebih maju, lebih canggih wooo.. Walau mereka tidak mengaji kita ikut sajalah perkembangan kajian mereka.. tapi kalau ilmu itu untuk kebaikan bangsa, negara dan agama? Tak hairan lah jika bangsa kita.. ya bangsa kita, bukan bangsa kamu atau mereka, sudah mula maju kebelakang, ada yang sudah tak kenal bangsanya.

Kerana, Sebabnya, tanpa kajian yang spesifik lagi mendalam, ilmu itu akan statik dan pemikiran kita menjadi konservatif, statik maksudnya tidak bergerak, tahapnya takat situ saja, kita terima dengan bangga seadanya, sedangkan yang kita terima tahap 2 daripada 100 tahap. Sampai tahapnya kita bosan, kerna ilmu itu menjemukan, lalu ditinggal kerana ketinggalan zaman katanya, lalu berkubur bersama kejungnya dunia tanpa ilmu itu sendiri. (sekadar contoh: ilmu akhirat)

Buat kita, Ya kita lagi dan lagi-lagi kita sahaja, bukan kamu atau mereka;
Kita berhenti mengkaji, yang penting happy poket berisi,
Berhenti mengaji, yang penting tiap bulan dapat gaji,
boleh beli itu bayar bil ini, pintar diberi buat tabur janji,
konon wujudkan masyarakat bijak bistari, agar bangsa maju di esok hari,
Tapi dengan cara sebegini ?? Kompom hilang segala jati dalam diri.
Cukuplah hantar mak bapak pergi naik haji, Itupun belum tentu bisa ditepati...

Siapa Kita ?? Kita adalah insan yang menumpang atas dunia, aku dengan caraku yang sederhana, bezanya cuma amalan kita. Engkau dan juga aku saling perlukan Cinta dan Duit dan Duit lagi... dengan alasan, Untuk Masa Depan..


Sekadar Hiasan Bergambar

Mencari jalan yang benar setelah sesat dijalan yang terang.
(Maksudnya: Seringkali lari tajuk, keluar tajuk, sudah terlalu jauh menyimpang!! Maka diberilah alasan seperti dibawah ini...)
Begitulah sedikit contoh umpama 'salam perkenalan' kepada 'ilmu'. Baru berkenalan, masih jeling-jeling, kalau terserempak dijalan hanya senyum-senyum malu sahaja, tak masuk lagi bab berkawan, pergi tengok wayang sama-sama, bertepuk tampar juga bersama sama. Oleh yang demikian, saya akhiri khutbah hari ini dengan ucapan dalam bahasa Italia:
Piacere conoscerla. Il mio nome è Kusutt. Come ti chiami?

Yang ertinya..
"Selamat Berkenalan, Nama saya Kusut, Nama Kamu Pula Siapa ??"...

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama