Yus Design 2008 Allright Reserved

2.0.0.Sembilan

Selamat Tahun Baru Dua Kosong Kosong Sembilan Kepada Aku. Seperti biasa bunyi letupan diluar menandakan hari baru di tahun baru sudah bermula. Selamat tinggal 2.0.0.8. Selamat selamat selamat.

JAM 8.00
Yang dari kem, dari pelusuk-pelusuk kampung, dari atas bukit, dari jambatan, dari pasir, dari tanah merah, coklat, hitam, anak muda, anak bujang, anak bambong, anak lelaki, anak perempuan, anak kecil, anak besar, pacik pacik, macik macik, datuk, nenek, tuan, pegawai, pakistan,bisayak, lago lago pasti semuanya turun ke bandar melihat... melihat... dan melihat.

JAM 10.00
Yang ada pitik, yang ada samurai, yang ada pisau rambo, yang ada musuh, yang tak ada musuh, yang ada ic, yang tak ada ic, yang ada surat lahir, yang ada pasport, yang ada boifren, yang ada girlfren, yang ada aturan yang tak ada aturan, yang jombloan juga berpeleseran di taman tikus, di sabindo, di highway, di fajar, di bazoong dan dimana mana sahaja menunggu.. menunggu dan menunggu.

Apa yang ingin dilihat, apa yang ditunggu... Jam 12.00.

JAM 12.00
Yang membawa motor, skuter, kereta, bas sekolah, lori 10 tan, lori sampah, kapal di pesisir traulsen, petek-petek, semua sibuk menekan hon melepaskan gema. Hon angin, hon siput malah hon kentut juga turut sama melepas. Yang tak membawa apa sibuk juga menjerit-jerit, terkinja kinja, melompat lompat, asal meriah mencipta gema.

Yang ada mercun, kasi meletup. Yang ada botol ditangan pun dikasi meletup. Polis dan trafik pun meletup letup di jalan raya.

JAM 1.00
Yang bercinta pasti sedang menikmati saat indah bersama bulan. Yang tidak bercinta pasti gersang meratapi saat datangnya bulan. Yang paling clubbing pasti sudah mabuk di dalam sana bersama bintang. Yang mencuba cuba clubbing pasti berada diluar situ menunggu disana berkurangan.

Di dalam sana. Yang open bottle, yang concang bottle, yang ada ladies, yang concang ladies, yang shuffle, yang terhenjut-henjut, yang dangdut, semuanya senang hati melayan.. melayan mabuk walau suasana sesak dan napas tersekat cuma di perut.

Diluar situ. Yang ada duit, yang tak ada duit, yang ada girlpren, yang tak ada girlpren, yang ada mentakok, yang ada ice cold menanti tak sabar mau masuk ke dalam yang sesak.. Yang tak cukup umur pula menanti ada ruang untuk menyelit masuk.

Semuanya seperti tahun tahun sebelumnya.. Tak ada yang kurang malah terlebih.

JAM 4.00
Yang berazam baru pasti sudah lena tidur. Yang baru nak pasang azam pasti sedang terpinga pinga mencari azam, mungkin memikirkan tempat tidur sebab tiada kenderaan pulang atau pintu rumah sudah terkunci.. atau handphone hilang.. atau juga girlfren yang hilang.

Yang tak ada AZAM pasti tidak mengenal apa itu AZAM. Walaupun AZAN sudah sayup sayup berkumandang..

Pandai Cakap Orang... Yang AKU??



5 Comments:

  1. Maya said...
    Mengena betul entrymu ni D...
    Yus Design said...
    Di mana ..?? Semalam ni musti D dalam sana... ke Di luar situ?? Huhuhu..
    Boyz said...
    cewah ok la betul citer pasal tahun baru mu ya ..... walaupun aq tak ketaman tapi aq juga berazam hanya tunggu penumbuk melayang kekeke ....
    zawany mn ♥ said...
    pndai btul ko bt ayat bha.. tkesima aku mmbca coretan ko 2! haha
    ♥ Fh!eYLixiouZ ♥ said...
    yang KAU...kau hanya duduk d opis...yang AKU??aku hanya tebaring melintang d atas katil huk huk huk...sbb nda larat mo keluar tehinjut2 d dalam sana..hahahahahah...
    HAPPY NU YER!!!

    xoxo

Post a Comment



Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama