Yus Design 2008 Allright Reserved

Salang Jambu Anarki


Potret Remaja Salang Jambu Anarki - 1970an

Salang nekad berhenti dari alam persekolahan ketika hanya seminit saja lagi ujian SRP menjelang. Sayang Salang, memang berjuta kali sayang kata Guru Disiplin merangkap Penyelia Sidang Petang . Tetapi Salang tetap mahu pulang dan tak siapa boleh menentang. Kerana tragedi Oktober yang menimpa ayahnya 3 tahun yang sudah cukup untuk dijadikan alasan mencari sebab yang kukuh jika rakan atau gurunya mempersoalkan lagi tentang prinsip dan pendiriannya yang kabur namun baginya cukup jelas dan terang.

Dengan menumpang teksi sebagai penumpang, dia turun di satu simpang lalu membayar 5 kupang, kerna rumahnya hanya selang lima tiang lampu dari sekolahnya, SMK Taman Bintang. Bengang, sang pemandu teksi terasa nak bagi pelempang, namun terhalang atas nama cinta, kasih dan saling sayang menyayang. Saat melintasi empang yang dipenuhi udang, hatinya senang memandang udang yang hidup tanpa undang-undang, fikirannya kembali tenang lalu terkenang peristiwa silam yang telah lama menghilang.

Ketika itu hujan rintik diwaktu petang, Salang berlari pulang dengan langkah yang girang gemilang, diberitakan kejayaanya mendapat nombor 4D kepada semua orang, di kedai, di warung hingga ke seluruh pelusuk kampong semua ditayang, dengan wajah ceria dan riang, rasa penat tah kemana menghilang. Ayahnya yang baru pulang dari bendang gembira tak terbilang, tetapi terkejut saat melihat resit yang dipegang hingga pengsan jatuh terlentang kerana sakit jantungnya menyerang.

Salang berang lalu bingung macam orang bangang, menjerit meraung macam beruang, terpekik umpama polong minta tolong, didepan mata nyawa ayahnya yang garang terbang melayang, disaat umurnya baru setahun kacang. Segalanya masih jelas terbayang, bila terkenang air matanya jatuh berlinang, hidupnya tak pernah senang, mengenang dirinya yang sering berbaring ditelanjangi ranjang malang…

Kini segalanya kembali terang benderang, baginya apa yang berlaku dianggapnya seperti kisah si tulang dan bayang bayang, tak usahlah dikenang kerana tiada siapa yang menjadi pemenang, dengan harapan yang dikejar tak hilang, yang dikendong tak keciciran walau ditendang, biarpun gelombang ombak datang menghadang, semua dirempuh dengan tenang walau terhuyung hayang, terumbang ambing hidup seorang, kerana tiada siapa yang melarang dilarang.

Bagi Salang, yang penting hidupnya cemerlang, gemilang dan tembirang dengan kerjayanya sebagai seorang pengarang sepenuh masa. Berbekalkan cangkul dan parang, setiap hari kecuali Ahad dan jika tiada aral melintang, Salang tekun mengarang tanah di bendang peninggalan arwah ayahnya punya abang. Ada jagung, ada kacang dan kadang kadang ada juga bau bau bacang yang membuat hidungnya mengencang.

Setiap petang sebelum pulang dari bendang, sebagai motivasi diri buat penerang, Salang berdiri tegak di busut semut-semut perang, bersama penumbuk yang dijulang dengan penuh lantang dilaungkan kalimat penolak malang: Hidup Adalah Perjuangan Untuk Menang! Bukan Untuk Senang! bergemalah laungan Salang yang penuh teka silang kata songsang, menyelimuti seluruh bendang yang luas terbentang, sehingga sayup sayup ditelan pelangi petang bersama syahdunya bang yang baru berkumandang menandakan masuknya waktu solat Maghrib di kawasan Salang dan kawasan yang sama waktu juga dengan kawasan Salang.

Begitulah Salang, berfikiran realis dan romantis gersang, ditentang jangan, dicabar lagilah pantang, bak seorang Pejuang, tetapi memang sayang, akalnya kurang sejengkal panjang.

Dunia sombong semakin pesat berkembang, Salang mula terasa bahang, terasa tertinggal kebelakang, kerana setiap hari kekurangan wang. Mengapa tidak, dikampungnya kini dibina kilang, sesaklah kampungnya dengan pendatang, taraf hidup naik membumbung, barang-barang melambung kencang, bercucuk tanam dan berladang sudah tidak dipandang, harga tanaman jatuh tersungkur bersujud dicelah kangkang manusia yang mencari ruang dan peluang mencipta wang dengan cara gampang. Namun Salang tidak mengamuk apalagi memberontak guna parang, sedang merungut pun jarang, sangat yakin Tuhan yang menentukan, kita hanya merancang, Namun, tiada siapa yang tahu apa yang Salang rancang.

'Hari ini hari Kamu, Esok pasti hari Rabu..' bisik hati Salang dihari Jumaat pada waktu petang, kedua belah tangannya diletak didepan kedua bola matanya buat meneropong dari jauh gadis-gadis yang baru pulang dari kilang.

Dibawah pohon nan rendang, fikiran Salang merewang. Kerja kilang perlukan SRP sebagai tiang, Salang hanya ada sijil UPSR dengan keputusan 4D, digulung dengan benang yang sentiasa tersemat dipinggang. sungguh malang, tapi tak apa Aku Seorang Pejuang yang ada benteng agamaku sebaga tiang!... lagi bisik hati Salang.

Soalan Pemahaman Subjektif Kertas Satu.

  1. Mengapa Salang berhenti sekolah ? (10 markah)
  2. Menurut teori duniawi. Mengapa ayah Salang meninggal? Sebabnya? (15 markah)
  3. Dimanakah teks diatas yang membuktikan Salang seorang Anarki ? (20 markah)

13 Comments:

  1. Maya said...
    mana senarai hadiahnya?
    takkan keputusan line enterprise streamixter mu masa posting.
    aduh...

    kasi cepat senarai hadiah
    Yus Design said...
    Cik Maya...

    Uwarghh.!! Aku tak paham bahasa Komputeristik Streamyxter Kasah Enterprise yang dimaksudkan... Hadiah apa ???

    Ini soalan STPM Bahasa Melayu Kertas 1, tahun 1983.. Aku copy paste jak nie...

    Hadiahnya..
    100%- 70% - Dapat A.
    70% - 50% - Dapat B.
    50% - 30% - Dapat C
    30% kebawah Gagal..

    tulis pakai pen merah...
    Oraits..
    Yus Design said...
    Cth Jawapan Soalan Satu Menurut Sistem Peperiksaan KBSM.

    1. Salang berhenti kerana tidak mahu peristiwa sama berulang.. lagipun tidak ada istilah 8D dalam sukan TOTO... hanya ada 4D dan 6D sahaja, itu menurut pengetahuanya, didapatinya SRP ada 8 mata pelajaran... Didalam kelompok masyarakat Salang orang yang mendapat 4D dan 6D itu akan menjadi kaya serta merta.. kekadang menjadi Jutawan sekelip mata. Salang tidak tahu bahawasanya 4D dan 6D itu adalah ToTo yang haram dan tidak ada kaitan dengan peperiksaan UPSR, SRP mahupun SPM... Ini kerana Salang beranggapan TOTO itu sukan kerana seringkali melihat slogan "Majulah Sukan Untuk Negara" di dalam surat rasmi sekolahnya...

    (10 Markah)

    Moral :

    1.Jangan letakkan keputusan ToTo di dalam akhbar apatahlagi diselit di bawah Jadual Waktu Sembahyang...
    Maya said...
    Adakah soalan yang bisa umban2 dadu boleh lulus?
    Yus Design said...
    Okay lah palek .. tikarlah formatnya kasi ke soalan objektif untuk soalan no 3.

    Dimanakah teks diatas yang membuktikan Salang seorang Anarki ?

    a. hatinya senang memandang udang yang hidup tanpa undang-undang
    b. berbaring ditelanjangi ranjang malang…
    c. melarang dilarang.
    d. Hidup Adalah Perjuangan Untuk Menang! Bukan Untuk Senang!
    e. 'Hari ini hari Kamu, Esok pasti hari Rabu..'
    e. kesemua sekali diatas kecuali e.
    aku yg tiada... said...
    kamoo lucu banget & punyai talent dlm berkarya...

    i luv u laa...
    friendly said...
    ingatkan cerita betul... rupanya hanya soalan kertas bahasa melayu... eh, iaker....
    perpun cerita diatas boleh dijadikan pantun berkerat-kerat... huruf blakng sama jer.... heheheee....
    Yus Design said...
    supaya enak dibaca, sedap dipandang..
    Maya said...
    c-melarang dilarang
    Adry said...
    hahaa... soalan exam ni... haha


    Adry @ http://www.adrysabry.com
    Ez@ty C Hatibudak said...
    owh..back 2 school...kerna hampir tiap2 hari blik dr sekolah..maka sy pilih jwpn objektif no.3 =A=
    a. hatinya senang memandang udang yang hidup tanpa undang-undang...
    alasan..
    ini out law punya budak..dan sy suka dgn huruf A.
    Yus Design said...
    hahahaah .. semuanya salah !! alasan 'suka' tidak diterima oleh panitia kertas peperiksaan.. oleh itu jawapannya cik maya dan cik cegu tidak betul..

    kepada aku yg tiada,
    aku ada kerna kau tiada .. aku tiada kerna kau mengadangada..

    friendlly, ini kisah betul.. Salang adalah jiran saya.. sekarang dia jadi polis d negeri sembilan, berpangkat lans kopral sarjan mejar dan baru baru ini telang dinaikkan pangkat mnjadi konstabel Salang.
    Ez@ty C Hatibudak said...
    iyalah palek...kerna tidak suka: maka sy pilih mana2 jawapan yg betul menurut panitia kusut (main culas mgkn bleh d terima).

    trait anarki mmg perlu tuk keluar dan masuk ke landasan hidup yg boleh diperbaiki..tahnia buat salang.

Post a Comment



Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama