Yus Design 2008 Allright Reserved

Test 1 2 3

Aloe .. aloe vera.. :-)

Masa itu Masalah ?

Masa yang ditinggal tak mungkin bisa dikejar. Yang hilang tak mungkin bisa ditemui lagi. Yang dibuang tak mungkin dapat dipungut.. Yang berlalu pergi memang tak akan kembali. Semuanya tinggal kenangan memori masa silam, masa muda-muda, masa dulu-dulu. Jadi masa yang ada ini jangan disia-siakan. Harungi dengan tenang semuanya bakal ditempuhi dengan senang dan menyerahlah untuk menang. Semuanya berguna untuk masa depan. Lebih berharga dari emas suatu masa nanti.

Masa mencemburui kita ?? Tidak ! Hanya kita yang terburu-buru. Masa tak ada masa untuk cemburu..

Masa sama sama.. Sama sama masalah..
Masalahnya sama.. Sama masa..
Tak ada masa .. Buang masa .. Cari masalah ..
Kurang Asam !

Kusut Jr

Koko

Semiotik Semangkit

Dari Lidah.
Siapa makan cili dia terasa pedas, siapa kepedasan pasti dia terlalu banyak makan cili. Tapi ada cili yang tidak pedas. Cili api atau cili padi ? Yang pastinya belacan bukan cili, itu sambal yang berlada. .Siapa makan coklat dia terasa kelat, tapi masih lazat.. Siapa makan belimbing besi dia terasa ngilu bukan kuat atau gagah, itu adalah rasa orang yang merasa dari lidah turun ke hati dan diproses secara biologi yang semulajadi berlaku di otak untuk diaspirasikan ke segenap adrenalin tubuh agar dapat menikmati bersama rasa itu. Jika rasa manis yang di cita, rasa manis juga yang datang itu mungkin citarasa yang tepat buat mereka yang suka digulakan dengan kemanisan. Tapi jika hanya pucuk yang dicita tapi ulam pula yang mendatang ? Itu mungkin cita cita kebanyakan orang .. orang yang mengantuk disorongkan bantal..

Dari Telinga.
Mendengar lagu rock yang rancak, terasa ingin memberontak, mendengar lagu slow sentimental suasana fade-in menjadi sayu yang bisa juga fade-out melayukan, mendengar lagu jiwang teringat akan chenta, berkasih dan bersayang, mendengar lagu dangdut pula kepala secara auto terhangguk, bahu terhenjut, semi-auto pula dahi berkerut bila mendengar ceramah agama kerana baru merasa sedar diri ini kerdil lalu insaf sebentar, itu barangkali feel yang datang dari telinga lalu turun ke hati membentuk chemistry diantaranya untuk dihantar ke otak bagi menggerak emosi agar dapat menciptakan ruang dan suasana, yang romantis mahupun yang sadis tanpa sedikitpun dipengaruhi rasa prejudis.. apalagi sinis.

Dari Hidung.
Begitu juga bila menghidu atau tercium bau yang yang disulami dengan aroma yang penuh keharuman dan kewangian dari Eau de Toilette atau Eau de Parfum. Feel dan intensiti bersatu dengan aromanya untuk menjanjikan sesuatu yang menyenangkan yang mengghairahkan.
Bila menghidu bau durian pula pasti terasa busuk yang tidak busuk seperti busuknya benda yang busuk.

Mengapa malang yang sememangnya tidak berbau sering dipertikaikan baunya? Kerana malang bukan identiti atau entiti tetapi kuantiti bebanan bagi mengidentifikasikan istilah nasib buruk seseorang. Tiada malang yang untung, tiada malang yang menggembirakan.. melainkan kerugian kedukaan kecelakaan malah kesialan.. semuanyapun kemalangan.

Dari Mata.
Dari mata turun ke hati, tandanya sang arjuna sudah mula jatuh cinta, samada cinta pandang pertama ataupun pandang ketujuh, tiada siapa yang tahu, yang pasti ia mempunyai hubungan yang rapat dengan perkataan Cinta itu sendiri, sedangkan cinta itu bukan untuk diri sendiri.

Jika dari mata tidak turun ke hati, tetapi terus naik ke kotak fikiran, ianya akan disifatkan sebagai pengamatan. Pengamatan atau penglihatan bukan pemerhatian yang tidak pernah diperhatikan sedalamnya sebelum ditafsirkan selalunya mengakibatkan seseorang itu di beri amaran untuk berhati - hati . Kerana jika tanpa pengamatan apalagi pemerhatian yang teliti dan langsung saja terluahkan secara langsung melalui peti suara atau kelakuan, perkara itu akan disifatkan sebagai mengumpat atau mengutuk mungkin juga satu penghinaan dalam kategori penjaga terbaik tepi kain orang.


Dari Hati
Perkara di atas merupakan suatu perkara semulajadi berlaku pada manusia normal. Saya tidak tahu apa nama, apa teori, apa kajian yang berkaitan tentang perkara yang disebutkan di atas. Kerana saya memang tidak tahu. Yang tertulis hanyalah perasaan yang merasa dari hati lalu diterjemahkan ke dalam bentuk teks dan visual mengikut kesukaan hati saya. Oleh itu, cukuplah ia sekadar sebuah penulisan kurang normal, atau apapun yang boleh disatu hatikan dengan susunan teks yang tak dibukukan ini.

Tapi normal itu boring ?
Mungkin....

Perompak

Asal Ada Saja

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh ...

Semua orang pasti ada hasrat menjadi orang yang berada . Paling tidak pun berharap menjadi orang yang 'ada' di mata dan di hati orang lain . Diperasan akan keberadaanya. Malah jika dianggap sebagai orang yang cuma ada hati dan perasaan sahaja sudah cukup memadai dan bersyukurlah dengan menerima apa adanya.

Tetapi jika ada harta dan wang berjuta-juta pula, itu bonus hidup didunia semata. Janganlah dilupa yang tiada papa kedana. Leka terlupa adanya neraka. Buat baiklah berpada-pada agar akhirat berada di syurga, yang kekal abadi selamanya. Bukan mengada-ngada, cuma ada hati ingin jadi Penceramah: Forum Perdana... (Adaaaanya~)

Keberadaan merupakan suatu pengakuan yang tidak bertulis bahawa kita wujud dan bukti alibi yang kita pernah ada di dunia walaupun setelah jasad sudah tiada - selain dari sijil kelahiran atau mykad. Kelahiran kita ke dunia juga bukan bererti untuk menjadi tiada apalagi 'asal ada' - yang masih kira ok dari langsung tidak ada.

Menjadi 'ada' dimata orang lain itu satu kebanggaan buat diri sendiri. Makanya semua orang akan berusaha untuk menjadi 'ada' dengan berusaha melakukan apa apa yang ada dan apa apa yang sudah/belum/masih tiada untuk diadakan agar dapat memberi kesan untuk diingati dan dikenang oleh orang lain walau di mana sahaja berada dan apapun keadaanya - dalam doa, tidur atau jaga.

Malah yang sudah tiada juga berharap agar tidak dilupa. Kerana dilupa-kan sangat menyakitkan apalagi diterlupakan.. samalah seperti terlupa untuk dibangunkan bersahur kerana disangka tiada walhal sebenarnya ada sedang tidur di kaki lima- Pilu Memilukan.

Mengada - ngada bila terngadah.
Terhantuk-hantuk bila mengantuk.

09.09.09

09/09/09 !
Cina bilang hari ini ada on9 - !

Awek Cinta SMS bilang (hari2) : (Online ! Online ! Online !)
Aq tgh o9 td. Tp tb2 dc !! Ko x pose ? Ya3x ... Bye! I <3 u ~

Paham ?? Ini Maksud Tersuratnya:

Aku tengah online tadi. Tapi tiba-tiba disconnect !! Ko tak puasa ? Ya! Ya! Iyalah .. Babai ! I Love U ~

Tersiratnya: ??
S.H.I.I.T !! Suka Hati Ikut Ibujari Tangan !!



Ikut kiri jika tidak memotong ..

Bunga Angkasa



Mereka Merdeka

Teka Di Mana ??

Merdeka itu bebas dalam sebuah ruangan nyata di dalam kurungan yang tidak nyata bentuknya. Ternyata kebebasan tidak bererti kita sudah merdeka. Hari Kemerdekaan pula bukanlah hari untuk kita merasa bebas. Bebas dalam erti kata Kedaulatan dan Perlembagaan. Bukan Merdeka Atau Mati !!


31 Ogos 1957 : Malaya merdeka dari penjajahan. Menjadi sebuah negara yang merdeka. Kebebasan yang wujud dalam ruangan yang bernama Negara - dalam kurungan ( Kebangsaan ). Negara merdeka yang dipimpin dan diterajui oleh warga negaranya sendiri. Negara yang warganya punya rukun sendiri. Laungan serta jeritan merdeka kerana kerana tidak bernaung di bawah Union Jack. - dalam kurungan lagi (tanpa pertumpahan darah ). Dirayakan atas dasar nasionalisme: cintakan bangsa, dan negara. Diraihkan atas nama patriotisme. Dihayati dengan perbarisan dan hiburan. Maaf silap ! Seni Hiburan ...

Apa benda yang merdeka ? Jilat bontot depa .. Bende yang merdeka ?!

Merdeka : bebas setelah lepas dari kurungan dan kongkongan dalam segala macam jenis bentuk peraturan dan jajahan fizikal dan mental yang berfungsi untuk meresapi, mengawal dan menghalang pemikiran, pegangan, prinsip, serta perilaku yang telah dimeterai melalui deklarasi, perjanjian, persefahaman mahupun secara paksaan (jajahan/taklukan).

Merdeka dari jajahan Inggeris, merdeka dari kongkongan ibubapa, merdeka dari hamba yang tidak abdi : hamba hutang, hamba cinta, hamba seks, hamba towkay , hamba buku, hamba polis (banduan) serta hamba segala hambanya duniawi.

Merdeka ! Merdeka ! Merdeka .. Nilai kemerdekaan lebih terasa bila tiba Hari Raya setelah berjuang menahan lapar dan dahaga di bulan Ramadhan.



- Hamba Yang Patriotik & Hamba Yang Maha Esa -

Catatan Lama