Yus Design 2008 Allright Reserved

Cinta Key Pad Lok

Pic by Nok73 Res 1.2 M.Pix
Add Eff With Adobe Photoshop CS4 Extended (Install with Full License.. Ngeh 3x)

Fuyoo!! Malam minggu deting tak tidur.. Ngeh Ngeh Ngeh..


1990an
Dulu orang panggil ATUR nombornya start 010 saiznya sebesar kasut askar. Kemudian mengecil saiz kasut polis, ketika saiznya sebesar gelas milo nai ping di restoran barulah Bapak aku guna. Itu tahun 1995 pertama kali aku tengok ATUR . Simcardnya sebesar IC, Skrinnya sebesar jari manis hanya muat untuk nombor seperti dalam kalkulator. Bunyinya semua sama hanya satu sahaja seperti telefon rumah yang Ring Ring dan Tut Tut untuk ATUR. Tapi aku hanya boleh melihat dari jauh sentuh No Way!

Aku bangga kerna Bapak aku ada sebijik, masa tu siapa yang ada ATUR kira BEST lah.. Sebab tak ramai yang memilikinya. Ertinya Bapak aku BESTlah.. Berjaya memiliki ATUR dan pastinya BEST juga membayar bilnya yang sebesar kertas A4 panjang berjela datang tiap tiap bulan!!

Bila kutanya fungsinya. Katanya untuk Bisnes!! Menghubungkan orang dengan orang!! Bukan Orang dari Public Phone dengan rumah. Atau rumah dengan rumah atau rumah jiran sebelah. Walau kurang paham aku buat buat paham. Frasa IT, ICT, MSC, PC, CC cukup janggal sekali waktu itu. Teknologi bagiku hanyalah Play Station dan Nintendo sahaja. Main bola KONAMI cukup mencandukan bagiku.

2000an
Waktu terus berlalu, nama ATUR sudah bertukar menjadi handphone. Nama handphone pula menjadi Motorola, Nokia, Sony Ericsson dll. 010 sudah terkubur dan lahir 019. Kemudian muncul lagi nama CELCOM dan TM Touch dll. Tapi aku tak ambik port sebab Bapak aku cakap itu semua untuk Bisness.

Orang Bisness itu orang yang berduit, Orang berduit itu orang yang ada Bisness. Duit dicari untuk kesenangan. Handphone salah satu kesenangan yang dicari orang yang berduit untuk melakukan Bisness.

Aku dihadiahkan sebijik handphone Sony Ericsson model T10 sebagai saguhati melanjutkan pelajaran. Kos masa tu SMS 50sen dan yuran talian RM50 sebulan termasuk panggilan. Kadar panggilan pula RM1.00 seminit. Yang pastinya aku tidak pernah menggunakannya untuk mendail.Oleh itu aku tidak pernah mendail menggunakan handphone itu selama 5 bulan. Talipon orang kampung pun guna public. Aku simpan sahaja dalam locker dan hidup seperti biasa tanpa dikejar dan mengejar.

2 hari sebelum 2009
Nokia N73 yang aku pakai terjatuh sebelum ditimpa tapak tanganku. Akibatnya skrinya pecah. Runsing.. terasa kehilangan sesuatu. Aku pun hantar pegi kedai dan akibatnya RM 250 melayang untuk kos tukar skrin baru. Di kedai talipon aku melihat moto Nokia -Connecting People. Yah seperti kata Bapakku. Menghubung orang dengan orang.

Orang dengan cinta.
Cinta yang Jauh...

0 Comments:

Post a Comment



Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama