Yus Design 2008 Allright Reserved

Kakiku Dan Kakimu

Photobucket

Bersatu Menjadi Satu Kaki..

Memancing

Memang Kaki Pancing ! Dari Petang sampai Esok Pagi..

2.0.0.Sembilan

Selamat Tahun Baru Dua Kosong Kosong Sembilan Kepada Aku. Seperti biasa bunyi letupan diluar menandakan hari baru di tahun baru sudah bermula. Selamat tinggal 2.0.0.8. Selamat selamat selamat.

JAM 8.00
Yang dari kem, dari pelusuk-pelusuk kampung, dari atas bukit, dari jambatan, dari pasir, dari tanah merah, coklat, hitam, anak muda, anak bujang, anak bambong, anak lelaki, anak perempuan, anak kecil, anak besar, pacik pacik, macik macik, datuk, nenek, tuan, pegawai, pakistan,bisayak, lago lago pasti semuanya turun ke bandar melihat... melihat... dan melihat.

JAM 10.00
Yang ada pitik, yang ada samurai, yang ada pisau rambo, yang ada musuh, yang tak ada musuh, yang ada ic, yang tak ada ic, yang ada surat lahir, yang ada pasport, yang ada boifren, yang ada girlfren, yang ada aturan yang tak ada aturan, yang jombloan juga berpeleseran di taman tikus, di sabindo, di highway, di fajar, di bazoong dan dimana mana sahaja menunggu.. menunggu dan menunggu.

Apa yang ingin dilihat, apa yang ditunggu... Jam 12.00.

JAM 12.00
Yang membawa motor, skuter, kereta, bas sekolah, lori 10 tan, lori sampah, kapal di pesisir traulsen, petek-petek, semua sibuk menekan hon melepaskan gema. Hon angin, hon siput malah hon kentut juga turut sama melepas. Yang tak membawa apa sibuk juga menjerit-jerit, terkinja kinja, melompat lompat, asal meriah mencipta gema.

Yang ada mercun, kasi meletup. Yang ada botol ditangan pun dikasi meletup. Polis dan trafik pun meletup letup di jalan raya.

JAM 1.00
Yang bercinta pasti sedang menikmati saat indah bersama bulan. Yang tidak bercinta pasti gersang meratapi saat datangnya bulan. Yang paling clubbing pasti sudah mabuk di dalam sana bersama bintang. Yang mencuba cuba clubbing pasti berada diluar situ menunggu disana berkurangan.

Di dalam sana. Yang open bottle, yang concang bottle, yang ada ladies, yang concang ladies, yang shuffle, yang terhenjut-henjut, yang dangdut, semuanya senang hati melayan.. melayan mabuk walau suasana sesak dan napas tersekat cuma di perut.

Diluar situ. Yang ada duit, yang tak ada duit, yang ada girlpren, yang tak ada girlpren, yang ada mentakok, yang ada ice cold menanti tak sabar mau masuk ke dalam yang sesak.. Yang tak cukup umur pula menanti ada ruang untuk menyelit masuk.

Semuanya seperti tahun tahun sebelumnya.. Tak ada yang kurang malah terlebih.

JAM 4.00
Yang berazam baru pasti sudah lena tidur. Yang baru nak pasang azam pasti sedang terpinga pinga mencari azam, mungkin memikirkan tempat tidur sebab tiada kenderaan pulang atau pintu rumah sudah terkunci.. atau handphone hilang.. atau juga girlfren yang hilang.

Yang tak ada AZAM pasti tidak mengenal apa itu AZAM. Walaupun AZAN sudah sayup sayup berkumandang..

Pandai Cakap Orang... Yang AKU??



Anjing Birokrat

ANJING ITU BUKAN ANJING BULLDOG..

ANJING ITU TAK PANDAI MENG GONG-GONG..
APATAH LAGI MENYALAK..
GANAS TIDAK.. COMEL PUN TIDAK..
TAPI MANUSIA TAKUT PADANYA..
SEKADAR DIBELAI BUAT JAMINAN..

ANJING ITU BUKAN ANJING BULLDOG..
ANJING ITU TIDAK BERTUAN..
ANJING ITU JUGA BUKAN ANJING LIAR..
SEBAB TIDAK ADA KURAP MAHUPUN PANAU..
CUMA BULU DI WAJAHNYA TAK PERNAH TERURUS..
MUNGKIN ITU TREND ANJING SEKARANG..
ANJING YANG DIPERTUAN AGUNG..

ANJING ITU BUKAN ANJING BULLDOG..
ANJING BULLDOG ANJING YANG DIIMPORT..
TAPI PERILAKU SERTA DENGUSNYA SEPERTI ANJING IMPORT..
BON APPETITTE ALA CARTE MENJADI REPETOIRE..
MENJAGA REPUTASI WALAU KURANG PRODUKSI..
BUKAN KACUKAN ATAU HILANG JATI DIRI ANJING..
SEKADAR MODAL MELAWAN TAKDIR..

ANJING ITU BUKAN ANJING BULLDOG..
ANJING ITU SANGAT PREJUDIS..
PADA MANUSIA.. PADA ALAM..
PADA HARTA BENDA MALAH PADA TAKDIR..
SYARAT DAN POLISI MENJADI DOGMA..
WAJIB DIMETERAI SETIAP MANUSIA..
SUPAYA ANJING ITU BISA BERKUASA..

ANJING ITU GILA KUASA?

TIDAK! BAJINGANLAH SIAPA YANG KATA ANJING ITU GILA KUASA..

ANJING ITU ADA VISI DAN MISI..
ANJING ITU PENCETUS DAN PEJUANG REVOLUSI..
SEPERTI CHE GUEVARA..
BERJUANG MENUNTUT PERUBAHAN..
ANJING ITU JUGA PAKAR EKONOMI..
SEPERTI DONALD TRUMP..
ADA SISTEM KERJA YANG TERATUR..
SIAPA GAGAL AKAN DIPECAT!

NAMUN ITU CUMA ROMANTISME SEEKOR ANJING..

Daftar Kata :

1.prejudis: rasa suka atau tidak suka yg tidak berasas tentang sesuatu perkara.
2.dogma : ajaran (kepercayaan) yg tidak boleh dibantah atau dipersoalkan melainkan harus diterima saja

3.repertoire : himpunan, koleksi

4.romantisma : berkaitan dgn percintaan dan keindahan. Dalam aliran seni: Lukisan dengan aliran ini berusaha membangkitkan kenangan romantis dan keindahan di setiap objeknya. ;berkhayal tentang suatu yang indah.

- Bukan Untuk Siapa2

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama