Yus Design 2008 Allright Reserved

Cop Sikubak !!! Ketepek..!!

Tawau Volkswagen Club. (Kelab Kereta Kodok Tawau)

Photobucket


Termasuk apek apek, dan yang tersadai tinggal rangka selain pencinta seni automotif, bila dijumlahkan kesemuanya maka terdapat 38 bijik kereta Volkswagen terdapat di daerah Tawau. Jika saya melihat kereta ini lalu di jalanraya jangan marah jika saya menampar atau menerajang anda sekuat kuat hati sama ada di dalam bas atau di tepi pondok bas. Kecuali jika saya tidak mengatakan : Cop! Si Kubak... maka anda wajib marah.
Kereta Mr Bean disebelah tidak termasuk dalam penjumlahan ini. Walaupun ada terdapat di sekitar Tawau.

Info Kurang Sihat : Cop !! Si Kubak atau Si Kodok.. adalah salah satu permainan yang tidak dirakyatkan yang pernah popular satu ketika dahulu. Selalunya budak budak sekolah yang akan bermain permainan ini dan sering dimainkan ketika berada didalam bas sekolah ataupun ketika menunggu bas di pondok bas berhampiran. Cara permainanya sangat mudah, barang siapa yang melihat kereta Kodok/Volkswagen akan menyebut Cop! Sikubak.. sekuat hati sebelum memukul, menampar, menerajang atau sebagainya mengikut kesesuaian keadaan dan persekitaran tempat permainan diadakan. Orang yang menjadi mangsa selalunya dipilih secara rambang, dan selalunya orang yang berada bersebelahan dengan pemain/pemula menjadi pilihan. Tetapi, pemain/pemula selalunya memilih mangsa yang paling 'boleh di makan' atau 'satu kepala' agar tidak mencetuskan pergaduhan, kes saman menyaman, pencabulan hak asasi, gangguan seksual atau kes jenayah berat mandatori seperti bunuh dan rogol.

Tidak dapat dispesifikasikan nama, genre, evolusi dan susur galur permainan ini. Malahan perkembangan serta sejarah permainan ini tidak pernah ditulis dalam buku sejarah, internet mahupun dibincangkan didalam blog.
Jika di dalam permainan atau sukan 'kalah menang' menjadi adat. Menangis dan ketawa pula adalah'adat' permainan ini. Tetapi selalunya ialah tertawa dan secara langsung pemerhati atau penonton jugak akan tertawa bersama sama dan ada juga yang sentimental jiwanya merasa simpati. Jika dalam filem ia akan dikategorikan 'drama aksi' atau 'drama swasta' kerana memainkan emosi semua pihak. Malangnya, ia bukan filem. Nasib permainan ini samalah seperti bermain tepok cucuk batang ais krim dan bermain perangkap titik titik guna buku matematik.

Kemungkinan besar permainan ini tidak dirakyatkan atau dikomersialkan seperti permainan gasing, layang-layang, congkak, main guli, main getah, tepok gambar dan tepok amai-amai, kerana menyokong keganasan dan gangsterisme seperti siaran TV WWE contohnya. Namun, tidak pernah ada kes yang yang berpunca dari permainan ini dilaporkan dalam media mahupun laporan polis atau JAKIM misalnya, pernah dibuat.

Tiada kajian pernah dijalankan oleh profesor,pemikir, pengkaji dasar sosial, pekerja Majlis Perbandaran, atau para ulama berkenaan permainan ini, oleh itu hukum serta fatwa, dan undang-undang tidak pernah digariskan dan dikeluarkan jika sesiapa yang bermain permainan ini. Oleh itu permainan ini masih lagi hidup dari generasi ke generasi seterusnya dan mungkin bertambah meriah dengan wujudnya Kelab Volks Tawau ini.

Jesteru itu, walaupun permainan ini tidak dirakyatkan atau dikomersialkan apatah lagi untuk dijadikan acara sukaneka tahunan, permainan yang semakin dilupakan ini harus dihargai atau diberikan kredit penghargaan akan kewujudannya serta pengaruhnya samada sihat atau tidak sihat, kerana melalui permainan ini membuka mata kita tentang kewujudan kereta 'antik' ini, tentang perbezaan antara katak, kodok dan cekodok, tentang teknik 'beraksi/memukul' lawan dalam keadaan yang pelbagai, mengajar kita lebih peka dengan keadaan sekeliling (cth:ketika menanti untuk menjadi orang pertama yang Cop! kereta ini), dan setuju atau tidak! mungkin ada yang berminat atau menyimpan cita-cita memiliki kereta ini bermula dari permainan ini. (Untuk keterangan lanjut sila tanya tuan punya kereta lah!)

Pasti ramai yang pernah bermain permainan ini, paling tidakpun melihat dengan mata sendiri atau keletah rakan atau budak budak bermainnya.
Maka tidak romantislah hidupnya jika tidak pernah merasa atau melihat sendiri 'situasi' ini.

Tips Kurang Sihat : Sekiranya anda menjadi mangsa permainan ini.. dan ingin membalas semula anda hanya perlu berteriak sekuat hati Cop! Si Kubak.. dan menerajang sekuat hati lawan anda secara tiba-tiba atau mengejut!! bila lawan anda tanya anda jawablah kereta tu sudah bertukar menjadi Katak secara tiba tiba dan membuat reaksi ala ala terkejut bodoh!!. Tak kah kreatif tu!! hahaha...Tiada siapa boleh membantah kerana tiada undang undang khas dan tiada pengadil yang ditugaskan untuk mengadili permainan ini. Yang penting anda sudah puas hati!! Akibatnya terpulang kepada lawan anda!!

Sekian Terima Kasih.

Hahah!! Macam Discovery Channel la pulak..

7 Comments:

  1. ~nazaku~ said...
    tabek puang...

    lau aku ndak silap la kan...

    permainana ini juga diucapkan dalam perkataan lain
    "Cop.. Putetet..."

    Namun, cara permainannya adalah sama seperti yang telah dijelaskan oleh saudara Yus Design (tukang ambal makanan dan minuman kami di upis)...

    sekian wassalam...
    arifDesign said...
    Cop bentom.....ha..ha...ha...
    arifDesign said...
    lupa pok...
    bentom pakistan...
    cop...cop...cop imegresen...
    Yus Design said...
    Cop !! Putetet! Bentom! Pakistan! Imegresen! dan segala macam lagi yg saudara & saudari katakan merupakan evolusi dari permainan ini seperti yg saya katakan dlm posting ini...

    Tukang Ambal ??? Waina Tok!!!..
    Tanpa Nama said...
    CoP BeBek.. AkU MaiN MaSa SEkoLAh DuLu.. DaLaM BaS.. RaMai JuGa RuPanya YanG MaiN... :)
    MASKARA said...
    Pernah terjadi dalam riwayat budak sek BT4..di mana kereta yang kau maksudkan(KODOK, BEBEK, SKUBAK dan MR BEAN) lalu di depan kami berempat.Dengan lantas dan pantas dan spontan kami berantakan sesama sendiri..

    Akibatnya kawanku (POKDING)berdarah hidung apabila (HERMAN) tejap pada hidungnya mengakibatkan pertelingkahan yang dapat diselesaikan..

    Motif:permainan ini tidak wajib memarahi kerana sudah menjadi lumrah kalau kereta itu limpas depan kawan2 yang tau akan mainan itu..ketepekkkkkkkkkk
    Yus Design said...
    Urghh.. Gans Gila Kamu Semua.. Yah Bisa Main Smackdown Pulak,,, Hahahahaah!!!

Post a Comment



Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama