Monalisa Dan Malaysia
Hai ! Nama Awak Siapa? Nama Saya Yus Design Yang Sangat Kusut Pada 3/10/2009 01:33:00 PG40 hari yang lalu di dalam akhbar Utusan Malaysia dengan bangganya mempersembahkan -

Kata beliau, usaha membawa lukisan itu adalah untuk memberi peluang kepada para peminat Monalisa untuk menghayati secara lebih dekat hasil karya da Vinci itu. Malah, menurutnya, langkah itu juga boleh menyuntik semangat pelukis tempatan untuk menghasilkan karya mereka dengan lebih berkualiti.
"Kita ada usaha untuk membawa lukisan tersebut ke sini. Bukan sahaja lukisan tersebut, malah juga beberapa lukisan ternama dunia yang lain untuk dipamerkan,'' katanya. Lagi Mau Baca.
Tetapi Dengan Penuh Bangangnya 35 tahun yang lalu-
Kali terakhir potret ini di bawa keluar ketika di pamerkan di Muzium Nasional Tokyo, Jepun tahun 1974. Itulah kali terakhir potret Monalisa dikeluarkan daripada Muzium Louvre, Perancis (tengok filem Da Vinci Code) di mana potret itu disimpan dan dikawal ketat.
Kehadiran pengunjung ketika itu mencipta rekod melebihi setengah juta orang. Itu di Jepun. Itu 35 tahun yang lalu. Kalau Malaysia dapatpun kemungkinan besar yang dibawa masuk adalah reproduction potret tersebut oleh artis lain. Jumlah pengunjung kemungkinan besar mencipta rekod seramai 15 orang.
Bangunlah Malaysia. Jangan mimpi lagi. Hari sudah terang. Insuran untuk potret ini sahaja sudah bernilai 670 juta dolar Amerika (RM 2.3 billion). Harga potret ini sahaja sudah tidak ada nilainya. Jika berlaku sebarang petaka melanda potret ini apa macam ?? Kalau Mr. Bean yang jaga tak apalah..
Jika begitu ceritanya, maka saya ..
Hari Ini Dengan Penuh Bangga Rendah Diri Membawakan Kepada Malaysia
Reproduction Potret Monalisa Oleh Saya Sendiri. Selamat Menghayati.
" Engkau Tersenyum Di Jendela, Memukau Mata Mempesona,Muncul Yang Jadi Tanda Tanya, Buat Engkau Di Kagumi..." Cuba lihat senyumannya, ada macam senyum tak? Lisa Gherardini Giocondo atau nama manjanya Monalisa ketika Da Vinci melukis potret ini,wanita ini berada dalam keadaan sedih kerana baru sahaja kematian anaknya dan sedang berkabung sebab itu baju dipakainya berwarna hitam. Dikatakan untuk membuatnya tersenyum Da Vinci mengupah seorang badut untuk membuatnya tersenyum. Ketika itu wanita ini baru berusia 24 tahun (lahir pada 1479).
"Kehadiran Penuh Misteri,Bertambah Berbagai Cerita,Dengan Sentuhan Warna Gemilang, Kau Menawan Dunia..."Lukisan ini dibuat pada 1503 dan mengambil masa selama 3 tahun untuk disiapkan. Lukisan ini dihasilkan ketika Zaman Rennaisance, Zaman ini terbahagi kepada 3 era, iaitu era permulaan(classic rennaisance- era permulaan perkembangan seni yang hebat) , pertengahan(rennaisance humanist-zaman kegelapan) dan akhir(rennaisance rebirth) era ke-3 ketika inilah muncul ramai artis (pelukis,arkitek, penyair, pembuat arca dll..) yang mencipta nama seperti, Leonardo da Vinci, Michael Angelo, Raphael, dan Donatelo.(tiada kaitan dengan Ninja Totos). Cuba lihat pemandangan dibelakang Monalisa, terdapat sudut perspektif, pada masa itu benda seperti ini tidak wujud dan tidak pernah dipikir lagi sejak zaman pra sejarah sehinggalah zaman Yunani.
Potret ini di hasilkan sebelum terciptanya kamera. Justeru jika dilihat pada penghasilannya ini melihatkan kesempurnaan wajah seorang wanita yang dirakamkan melalui lukisan. Kehebatan lukisan ini adalah terletak pada matanya.Cuba teliti pada lirik matanya kerana dalam kedudukan figurnya yang mengereng namun renungan matanya akan sentiasa seolah-olah bergerak dan merenung anda walau di sudut mana sekalipun anda berada. Ini cuma boleh dihasilkan oleh gambar melalui kamera saja dan tentunya belum lagi ada pada waktu tu.
Buktinya cuba anda lihat gambar potret diatas. Jelingan mata Monalisa sentiasa akan merenung ke arah anda walau dimana sekalipun anda berada. (Macam misteri yang ngeri pun ada..)
"Monalisa, wajah yang diagungkan hingga mengorbankan nyawa disanjung penciptanya" Mengorbankan nyawa ?? Ya ... ramai yang telah berkorban dan dikorbankan kerana potret ini. Potret ini telah beratus kali 'hilang' dan dicuri walaupun dikawal dengan ketat. Kes paling lama ialah kehilangan selama 2 tahun pada tahun 1911, ramai yang ditangkap dan dipenjarakan termasuklah Pablo Picasso. Hakikatnya, pencuri sebenar Mona Lisa ialah seorang pekerja Muzium Louvre – Vincenzo Peruggia. Peruggia berbuat demikian kerana dia adalah seorang berjiwa patriotisme Itali dan berpendapat Mona Lisa perlu dikembalikan semula ke Itali. Selama 2 tahun, Peruggia menyembunyikan Mona Lisa di apartmennya. Huh!~
"Apakah tujuan engkau diciptakan, Apakah rahsia disebalik potret itu.."
- Potret Monalisa (Wings - Sebuah Band Rock Kapak Melayu yang populer awal tahun 90-an)
Mengapa Lagu Wings ??? Kerana Lagu Wings inilah yang membuka mata saya dan menarik minat saya tentang Potret Monalisa ini ketika sekolah rendah, bukan ketika pembelajaran Pendidikan Seni atau Sejarah KBSM di sekolah.
Malaysia Dan Monalisa: Hanya Dalam Lagu dan..
Michaelangelo, Donatelo, Leonardo, Raphael
Teenage Mutan Ninja Totos Bere Bere Eksyen To Da Power
Lagi posting pasal Monalisa dari kaca mata anak murid saya yang menggunakan kacamata rabun dekat: Aripudin
Yang Berkaitan Tentang Da Vinci, Monalisa, Ninja Totos, Politikus
13 Comments:
Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama
sy pernah terbaca pd satu sumber..lupa plak catat sumber apa..senyuman pd wajah monalisa tu disebabkn penyakit yg dideritai..
Terlalu banyak sebenarnya cerita tentang potret ini dari sumber yang berbeda2.. Yang tertera disini hanya yang saya rasa benar dan boleh masuk akal sahaja..
Ada yang paling mengejutkan sekali apabila 2 orang pengkaji dari Perancis (nama tak tau sapa..) membuat kenyataan bahawa lukisan ini adalah Da Vinci versi wanita dalam imaginasinya.. Huh!
Yang pasti kehebatannya kerana ia sebuah karya breakthrough-yang melangkaui zamannya. Apapun cerita di sebaliknya hanya dia dan tuhan saja la bah yang tahu...
Jika hari ini Cegu menghasilkan karya menggunakan Nozel & Minyak Diesel yang terdapat di stesen minyak berhampiran bagi menghasilkan karya bersifat seni contohnya, seperti meletupkan stesen Esso di Jalan Kuhara misalnya, siapa sangka 500 tahun akan datang Stesen Esso itu menjadi sebuah Monumen dan Karya paling agung pernah wujud di Tawau dan seantero dunia. Dan Medium yang digunakan itu menjadi popular dan menjadi ikutan manusia 500 tahun kedepan, dan siapa yang tahu kenapa,mengapa, bagaimana karya ini dihasilkan kecuali hanya Cegu saorang. Jika Cegu mental atau sindrom pun tiada sapa yang tahu.. Itu UMPAMAnya sahaja ya Cegu, harap jgn marah apatah lagi emosi.
Huhuhu :))
Rasanya idea membawa Potret Monalisa dll ini sekadar idea sepintas lalu mungkin juga kenyataan populis yang bersifat retorik seorang politikus berangkali, kerana ia dibuat semasa berada di Balai Seni Lukis..
Selepas kenyataan ini keluar, esoknya muncullah tikus2 kantor, mencari modal dari syarikat swasta untuk menjayakan 'idea' ini.. Ada laporan kemungkinan besar lukisan reproduction Monalisa yang datang nanti adalah karya da Vinci sendiri.. (HAHAHAHA!!!...)
"Sayang" Sekali...
Malaysia tidak Layu, Cuma Malaysia itu MeLayu..
lain jak tahnia mu tu..hee..blog sy blm mjadi lg..tgh kering idea & bz dz..mudahan sy ndak punya alasan utk btangguh lg lps nie..
sy harap tdk perlu 500 thn utk itu..tp slgi ada hayat & kudrat hendaknya..setuju.. perlunya fikiran d luar kotak dlm bekarya..
karya melepasi zaman..emm utk itu sy serahkan pd yus la tuk fikir cam mana.. hee..dekat sdh tuu..
sayang kerajaan mmg byk kecurigaan..opps..sy org gov tau..
apa pun kita blh bsifat parasit & simbiosis..(pkataan top di blog MAH)
ehh..Melayu ko tak melayu (melatah kunuk)
Laman ini dipantau oleh org gomen..
"apa pun kita blh bsifat parasit & simbiosis.." Huhuhu.. Paham Cegu!!
Mujur saya Rama-Rama..terbang bebas diudara tanpa ada halangan..
Cuba check nie buat renungan..
http://www.geocities.com/SoHo/Gallery/9679/myself.html
Saya ada kontak Mr.*** ne.. Kalo cegu kenal bgitau sya..
Latest Artwork dia bertajuk "See For What..?"** ada 7 siri semuanya.. Seksi serta penuh dengan drama dan darah..Nanti saya Publish Siap Dengan Ulasan ala2 Kurator gaya Bebas.. Tunggu konfirmasi tuan direktor saja..
Latest lagik ni!! Beliau sdh mula menulis.. bukan tulis blog(blog nya sdh lama closed sbb x byr!!) menulis lirik beb!! Huh..!! 2 sdh release baru2 nie.. 1 kena censored!! Hahah..
Apapun tunggu....
Latest Artwork dia bertajuk "See For What..?"** ada 7 siri semuanya.. Seksi serta penuh dengan drama dan darah..Nanti saya Publish Siap Dengan Ulasan ala2 Kurator gaya Bebas.. Tunggu konfirmasi tuan direktor saja..
Latest lagik ni!! Beliau sdh mula menulis.. bukan tulis blog(blog nya sdh lama closed sbb x byr!!) menulis lirik beb!! Huh..!! 2 sdh release baru2 nie.. 1 kena censored!! Hahah..
Apapun tunggu....
**Cuba jadikan angka!! Mesti Paham.. Ada sudah publish kat tenet!!
ajak aq klo ko mau p sana ya geng..
aq mau p tengok makcik mona lisa nie lebih dekat...
jangan lupa masuk blog ku http://arifdesign87.blogspot.com/
klo mau tengok c makcik nie make up lebih lawa...
ajak aq klo ko mau p sana ya geng..
aq mau p tengok makcik mona lisa nie lebih dekat...
jangan lupa masuk blog ku http://arifdesign87.blogspot.com/
klo mau tengok c makcik nie make up lebih lawa...
macam kamuu.. sang rama2..aww.(ingat plak crita kung fu hustle)takpaa.. biar sy jd kepompong dulu la...ikut prosedur maa..
hanya parasit mgenal parasit..huhu
Trima kasih 8 juta kargo coz renungan..galeri maya Cheong Thye Ming...(tak tidur mlm la sy nie- asyik betul)-sayangnya sy tak kenal..ee tak patut.iskk sori arr
emm cuma mbaca angka...
pintu diketuk takkan berjawab selamanya.. parasit sudah bertukar menjadi layang2.. tapi ada burungnya.. oleh itu jadi burung layang2lah beliau dan terus terbang berhijrah ke KL berkuatkuasa esok hari.. huh!!
tak sangka plak cepat btul... sedey... tak ada sdh org yg bleh dbwk cerita yang bukan 'cerita'.. debART..input..kosong!!
Baru tadi jam 1o dia call nak jmpa.. heran napa lewat takkan nak ajak p ladies nite.. atau dia marah pasal komen disini..huhu! rupanya salam terakhir salam terisitimewa..
hu! sayang buat tawau..
tulah kamu semua!!
relex la..