Itu ungkapan atau perkataan ganti diri paling mesra alam yang sebati dalam diri saya bila saya marah. Sekarang saya marah. Saya hairan mengapa saya marah kerana mood saya sekarang sedang bergembira. Saya cuba cari punca marah saya yang berada dalam mood gembira ini. Memandang lantai lalu mendongak melihat cahaya lampu siling, kemudian menjeling melihat dinding namun tidak juga muncul walau bayang perkataan marah sekalipun.
Selalunya saya akan marah bila saya kentut apatah lagi terkentut, tetapi saya akan ketawa terbahak-bahak bila orang lain tercium bau kentut itu. Memang bodoh bila kentut senyap senyap lalu segera tangkas beraksi untuk menghirupnya semula tanpa tersisa sedikit pun untuk orang lain menghidu aromanya. Lagi bangang orang yang sudah sepatutnya atau sampai masa untuk kentut tapi berusaha sedaya upaya menahannya sehingga berjam jam lamanya. Tapi memang orang yang sial dan malang nasibnya bila terkentut tetapi yang terkeluar itu bukannya kentut melainkan sebutir .... Urgh!!
Bodoh, Bangang, Sial..!! Itu hukum alam dan manusia. Akun sajalah kamu..

Lepaskan.. curahkan.. lontarkan.. kepuasan.
Jangan ditahan takut tepu lalu membeku..
Argh.. Pikir Lah Sendiri....
oh lau sy..perkataan negatif sy tak suka simpan buat koleksi..nati mgganggu gelombang otak sy utk tarik mood bagus & pekara bebaik(kuasa afirmasi).