Yus Design 2008 Allright Reserved

Sharifah Indie And Da Company..

The Journey Begin's..

Who Cares...?? Who Know...?? Anyway.. Just Shhhtt...

Color Control 4 Logo Design...

Boys, Girls, Men, Women, Uncle, Auntie, Mummy, Daddy, Hubby, Honey, Bucuk, Comot, Jahat, Nakal out there!!!... Just Shhttt.... Dont ever will be in your house, your home, your office, your anything place you wanna be, will be, or you gonna be on 4th April except One Place.. You will die with all of your sinner will not be pardoned.. If u not going this place...

What place and where...?? Just Shhhttt..... Cause this is Secret-lah moron's!!!
S E C R E T E N T E R T A I N M E N T ©


Jadi?? Biarlah Rahasia... Hahahaha !!!! Abaikan yang Shhhttt.. tu! Takut nanti jadi Shitt.. gempak jak lebih tu... Ollrite's!!
Sekadar Sample & Teks hanya Sekadar Hiasan Semata mata tiada kena mengena dengan yang hidup atau ingin hidup lebih lama lagi..
Sekian Terima Kasih.. The End

Bila Kodok Menyerang.

Syahdan tersebutlah kisah satu ketika dahulu.. tatkala Singgapura dilanggar todhak munchul saorang budak yang bijak memberi tunjuk ajar kepada para pembesar yang bijaksana tentang bagaimana hendak-nya membuat benteng menahan serangan ganas ikan todhak.. Maka diturutlah kata budak itu, olih semua pembesar pembesar istana Kota Temasek. Justeru terselamatlah Singgapura dari serangan todhak yakni dari tunjuk ajar seorang Budak Kechil yang tidak pernah memakai baju bernama Hang Nadim.

18 RabiulAwal 1430H tahun 2009Masehi

Hari ini diriwayatkan pula bahawasanya Kota Tawau telah dilanggar Kodok. Bukan hanya Seorang Hang Nadim, seorang Khadam-pun tak muncul-muncul memberi tunjuk ajar menghadang serangan itu.. Maka bebaslah kodok kodok itu bertempiaran diatas jalan raya di Kota Kechil ini.. Oh! Kodok itu tidak berbahaya barangkali kerana tidak ada muncung tirus yang tajam pada muncungnya. Jesteru rakyat tidak perlu takut padanya..

Arakian menurut cerita rakyat dari golongan bangsawan kodok ini bukan sebarang kodok.. Kodok ini chanthek chantek rupa body-nya. Berkilat kilat ke empat kakinya.. Ramai rakyat terpegun lalu terpesona pada keunikan kodok ini.. Sehingga mereka lupa terleka. Bukan hanya unik sahaja. Malah kodok ini sudah bertaraf anthik belaka.

Diceritakan juga olih rakyat dari golongan cendekiawan, ada juga yang cuba menyerang kodok ini bersenjatakan sebuah mesin ciptaan Barat. Setiap kali dipetik picunya, cahaya putih menyilau keluar menyerang. Tetapi serangan itu tidak sedikit pun menakutkan para kodok bahkan bertambah lincah pula gerak tarinya. Lalu diberikanlah senjata itu dengan nama Kodak. Begitulah adanya.

Kodok ini chanthek chantek rupa body-nya. Berkilat kilat ke empat kakinya..

Akibat dari serangan ini, baharulah rakyat jelata dari setiap pelusuk mukim di Kota Kechil ini mengetahui akan kehadiran kodok kodok ini di atas bumi mereka. Adalah juga boleh diperturunkan riwayat hikayat ini kepada anak cucu mereka kelak.

Kesimpulannya-lah kan...

Yang ini 'seni' kerja tangan siapa??
Manusia jenis mana yang memandai mandai menulis nama hamba di atas kodok ini?? Takkan lah mahu menumpang populariti atas nama Kodok! Mengakulah siapa punya angkara kerna serangan ini lagi dasyat dari serangan Todak mahupun Kodok..

Chit! Calikak!

Mereka Yang Sibuk Mereka..

Semenjak dua menjak ini mereka sibuk dengan mereka.. Bukan hanya mereka mereka sahaja.. Malahan kesemua mereka sekali.. Menurut mereka,ganjaran mereka itu cukup lumayan sekali.. Siapa sebenarnya mereka? Mereka bukan hanya merekayasa, bukan juga hanya merekacipta, jauh sekali mereka reka cerita atau khabar angin untuk diadu, untuk didomba menjadi gombal. Jadi mengapa mereka sangat sibuk mereka..

Rupa rupanya mereka sibuk mereka bentuk sebuah rekaan untuk peraduan mereka Tee buat TeeVee Tiga sempena ulangtahun ke-25nya. Mereka rupanya seorang pereka yang sememangnya bekerja untuk mereka reka, yakni Pereka Grafik (Graphic Designer) katanya. Benar ganjarannya memang cukup lumayan jika sekadar untuk mereka(desain) sebuah subjek mengikut konsep yang digarap melalui idea dari kepala hotak yang kreatif atau kurang kreatif RM10,000 itu cukup lumayan, cukup tinggi nilainya untuk seorang pereka ‘cap ayam’ seperti saya. Walau bukan pereka(designer), nilai ganjarannya sudah cukup menarik mereka menjadi seorang pereka kontemporari mahupun konvesional.

Syaratnya cukup mudah spesifikasi rekaan pula tersangatlah mudah (untuk pereka); hanya perlu menggunakan perisian komputer samada Adobe Illustrator (vector),Adobe Photoshop(pixel) atau Ilustrasi yang telah di imbas semula. Hantarlah berapa banyak rekaan. Untuk info lanjut layari sendiri laman web TeeVee Tiga. Tiada pendaftaran semua percuma rasanya semua mungkin sudah tahu melalui siaran Television kecuali saya yang semenjak dua menjak ini tidak menonton Television Media Perima Proton Perdana.

Tarikh tutupnya 1 April bermakna lagi 2 hari lah.. Sempat tak sempat.. Kalau guna pos 1 hari sampai ada sempatkah? Penghantaran online sudah tutup kerana server sudahpun penuh. Begitulah menurut kata kata mereka.

Sekadar berkongsi pengalaman, 25hb yang lalu saya cuba mencuri sedikit ruang untuk bersama sama mereka. Bagi saya, sebelum membentuk atau mewujudkan sesuatu, perkara pokok yang wajib dilahirkan atau ditanam ialah idea, sebelum pokoknya berkembang atau bercabang cabang pula, wajiblah ia dicantas atau ditebang. Tebang jangan guna gergaji tebanglah dengan pemahaman teori, dengan skill seperti menggunakan perisian misalnya. Agar kembangnya tidak terhalang. Prosesnya tidak mudah namun jika difahami ianya secara lahiriah wujud tanpa disedari ketika proses menebang dilakukan yang dinamakan sumber inspirasi. Tak perlu pergi jauh, sumber ini ada di sekeliling kita di alam kita semesta kita. Kita juga salah satu sumbernya jika difahami.

Saya cuba merujuk kembali kepada sejarah 25 tahunnya. Selain memandang ke hadapan, melihat semula kebelakang(sejarah) adalah satu proses yang sangat bernilai dalam proses pemahaman teori (kreativiti) dan bila elemen ini dimasukkan kedalam rekaan pasti unsur romantisnya melekat lalu terasa oleh sang penilai, sang pemerhati lalu terbitlah kenangan kenangan yang indah yang syahdu yang super bersama yang tersayang misalnya…(dalam peraduan atau pertandingan yang diadili oleh juri seorang pereka perlu bijak bermain main sikologi dengan sang juri yang konon bijaksana..jika juri juga manusia?)

Ting! Lamunan Terhenti.. 1 mesej diterima didalam peti email anda.. Bila dibuka tajuk emailnya Idea.. Oh! Lagi lagi idea... Bila dibuka lagi isinya idea untuk mereka.. Mereka Baju Tee lagi.. Pasal payment no hal janji semua ok semua chantek!! Pengirimnya En. Fazil jauh di seberang Laut Cina Selatan. Juga diselit beberapa keping gambar sebagai rujukan atau sumber (inspirasi). Proses awal terpaksa di refresh semula yang 25 tahun sudah hilang entah kemana pergi bersama sama RM10000nya...

Maaf! Hak rekaan ini masih terpelihara kesuciannya. Hak itu masih ditangan pereka.
Eventnya berlangsung pada 1 Mei. Lebih lanjut layar tancapkan diri anda ke www.kawasaki.com.my


Pagi tadi rekaan itu telah dipersetujui sebulat suara (3 hari).Wah! Tak sia sia menanam pokok, mencantas, menebang hingga tercabut urat akarnya yang berserabut, selama lebih kurang 3 jam.. Huhuh.. Menurut beliau ini projek dari boss mereka yang dinamakan in-house project. Bunyinya macam projek kontrektor kelas F, rupanya istilah itu sebenarnya bermaksud :

Consider the following scenario: a company who is not a software shop, needs a software to solve part of their business needs. If they decide to hire programmers and develop it, instead of contracting the software out, it is said that the sofware was developed "in-house". When a company or institution does a project, they can either do it themselves or pay someone else to do it. If they do it themselves (in their organization -- their house) it's referred to as an "in-house" project.

Sendiri Terjemahlah…

Bahasa Komputer rupanya... soal payment katanya samada wang tunai ataupun dengan barangan Kawasaki.. kalau menurut kata hati yang bercampur nafsu belaka baik minta sebijik Kawasaki Ninja, dia punya harga sebijik lebih kurang RM50,000 kalau tak silap.. Bila boring pakai jual, siapa tak mau kalau yang macam dibawah ni RM15,000 sahaja kalau dijual? Berebut Beb..!!


Tapi jangan.. Itu mustahil.. Itu demand yang melampau.. Bak kata pepatah; baru hendak bertatih.. sudah mahu masuk acara berlari lompat pagar.. kalau tersembam jawapannya hanya lebam, di lutut atau disiku saya kurang pasti. Oleh itu saya cuma minta jaket kulit Kawasaki sebanyak 5 pasang(di sini harganya lebih kurang RM250 sepasang).. boleh di berikan sebagai hadiah kepada mereka mereka yang sibuk mereka semenjak dua menjak ini.. Perjanjian dimeterai tanpa tanda tangan atau surat hitam putih hanya "kepercayaan" kerna begitulah juga saya mulanya tidak mengenal pasti, tidak meremehkan, tidak melecehkan, tidak buruk sangka, kepada sang pengirim emel..

Sekian.. Arigato Gozaimas Sasuke Suzuki VS!!

Benarlah kata Tok Guru dari Bukit Siguntang nun jauh diseberang sana.. satu masa nanti orang hanya akan membeli ideamu bukan produk kompenimu.. satu tahap nanti walaupun produkmu itu hanya sekeping kertas kosong orang akan berebut rebut untuk memilikinya.. Berlarilah jika perlu walau baru mula bertatih, kalau jatuh terguling, bangunlah sendiri secara berguling atau mengguling seperti aksi si John Rambo. Jangan tunggu sampai esok (siapa sangka esok nilainya melambung tinggi?). Siapa sangka juga jika hari ini terlepas 10 ribu, esok lusa pula dapat 20 ribu.. esok tulat pula dapat berjuta... berjuta-juta lemon!!

Buat mereka yang sibuk mereka semenjak dua menjak ini.. Diharap mereka berjaya hendaknya.. Boleh juga saya merasa.. Jika tidak bersabarlah atau terimalah kenyataan peraduan itu hanya... Uppss!! Hanya peraduan barangkali.

Sekadar Renungan Bersama:

Terasa Harunya..

Yang ini pula terasa Birunya..

Berkatalah semuanya semau mu.. Aku juga sudah muak mau ambil tahu.. Berkatalah jika bagimu itu melepas segala derita, Seperti Kisah Gita Rama Sita.. Tapi jangan sampai mengata nanti menjadi lata buat melata...

Patutlah Haru Biru Sekali Rasanya.

Ha Ha Ru Ru Bi Bi Ru Ru....

Hidup Jip.. Hidup Dir.. Hidup Lah semuanya sekali!!..

Wow.. Inikah Tawau..??

Wow inikah Tawau?? Mengapa tiada orang bermain Wau?
Samada Tawau yang dulu hingga yang kini..
Walau ditekan di sana, di picit disini..
Tawau tetap Tawau.. jarang kelihatan orang yang bermain Wau..
Mungkin tak ada..

Wow inikah Tawau?? Mengapa tiada orang bermain Wau?
Jika tahu 'Alif Wau Ya' itu vokal janganlah selitkan 'Ta'..
Kalau tahu tak pandai jangan pandai mengata-ngata..
Kalau tahu pandai jangan mengata memandai mandai..
Tawau tetap Tawau..tiada kelihatan orang yang bermain Wau..
Memang tak ada..

Wow inikah Tawau.. Mengapa tiada orang bermain Wau?
Sedang hanya layang layang kertas kompek sajapun..
Tapi tali benangnya wajib di sadur kemas dengan gelasan..
Biar putus tali si kawan.. Biar kawan menjadi lawan..
Tawau tetap Tawau.. patutlah tiada kelihatan orang yang bermain Wau..
Rasanya bagus juga tak ada..

Wow inilah Tawau rupanya..
Wow! Wow! Wow! Saja yang lebih..
Bah.. Hamlau Belingau Bangau..

Oleh: Yang Tak Pandai Tapi Memandai Mandai

A Bug's Life ?

Special Short Drama Comedy/Horror story Without Audio But With Bahasa Malaisia Subtitle (for PPSMI Student). Present's by Francis Ford Coppola a.k.a Mr. Director.

Photobucket
Who said Bug Is Ant Alien ??

Siapa bilang
? Siapa cakap? Siapa kata? Siapa ngobrol? Bahawasanya serangga itu pendatang asing makhluk asing ??? Sudahkah kajian saintifik dilakukan? Sudahkah ujian DNA dilakukan? Sudahkah Animal Planet atau Discovery Channel membuat liputan terperinci kepada kedua dua spesis ini?? Heran Jugak yah..??

Photobucket

Erm.. Tak terlintas pulak di kepala saya Bro.. kalau ada saekor melintas dihadapan saya pasti saya akan makan terus bro.. Goreng pun Sodap...

Jadi?? Apa masalahnya ??
Why you Lock the Door ??
Kamu tanya apa Masalahnya ?? Mungkin juga sebab kamu bodongok..!!


Anti
Eh ini sudah salah visual.. Ini kempen terbaru Majelis Perbandaran..
Tak apalah terjemahkan sajalah... Supaya Juri Oscar juga boleh faham..

I Hate Litter Bug's !!!... (Betulkah.. Terjemahannya..??)

Bug's Always Bug's Not an Alien..
Apapun hujah dan alasan yang diberikan Serangga Tetap Serangga. Bukan dari UFO..

Photobucket

Serangga ialah kawan saya dan kadang kadang ada juga yang penyayang dan berbudi pekerti
malah ada yang cantik sekali kulitnya dan jangan fikir semuanya serangga itu perosak dan pemusnah kehidupan anda. Ada juga yang memakai Fair And Lovely agar bisa putih berseri dalam masa 7 hari.. Anda juga bisa seperti saya. Saya yakin kita mampu mengubahnya.. Anda pasti mampu...

A BUG's LIFE ?? or lie?.. just respect..!!
Not from an alienation !!! Just a Nationalism.. From Some Bug's to other Bug's by the true patriotic Bug's called 007 or...

Photobucket
KUMBANG BANGSA...
Bangsa Apa? Bangsa Bug's la bodo.. Mungkin juga Bangsa Merdeka..
Merdeka apa? Merdeka dari Ibu dan Bapa, Saudara Mara serta Sahabat Handai Belaka..


Cut..
!! Double Podangi de Understeng ??
-The End/El Final/Adios/Amigos/Tamat/Usai Sudah/Cappu Ney-

Hoi !! Manusia ...

Hoi! Manusia Separuh Dewa...
Bernilai sangatkah kamu? Buruk sangatkah aku?
Buruk siku kerana memberi.. Buruk besi tinggi nilai harganya..

Hoi! Manusia Separuh Dewa...
Jangan sudah rasa luka baru ingin berduka..
Kalau tak suka jangan pula bermuka-muka..

Hoi! Manusia Separuh Dewa...
Kamu bukan Dewa Budjana..
Menceceh sana, Menceceh Sini..
Kamu itu Dewa Durjana..
Memaki sana, Menghamun Sini..
Separuh Dewa Separuh *****.

Hoi! Manusia Separuh Dewa...
"Anjhing Kamu..!!"
Seperti kata si Radit kepada si Anjani dalam filem Romantisme Brutal:
Radit Love Jani.

Grafitisme Buat Tawau

Apapun terma dan syaratnya.. Samada Grafiti itu seni atau vandalisme, sama ada vandalisme itu seni atau grafiti. Samada grafiti itu contengan, sama ada vandalisme itu lakaran seorang pesakit jiwa, samada grafiti itu digunakan doktor buat merawat pesakit jiwa. Saya cuma boleh berkata didalam hati. "Ah! terpulanglah.." sambil tersenyum, juga didalam hati. Mungkin senyum itu akan berubah tangisan dalam hati, jika ia dikaitkan dengan jenayah dan pelakunya boleh dijatuhkan hukuman penjara atau denda tidak melebih rm 10,000 atau kedua duanya sekali tanpa seorang pun penjamin dibenarkan untuk mengikat jamin.

Jika beginilah kejadiannya, jika beginilah sifatnya, jika beginilah juridiksinya, saya sebagai seorang yang bangganya mengenakan baju "Saya Chenta Seni Reka Grafik" di tubuh kurang sasa saya, saya sebagai seorang pengamal perubatan moden dalam era globalisasi ini. Dengan ini, pada hari ini tidak akan mengaitkan atau menggunakan istilah SENI atau dalam bahasa popnya ART didalam grafiti atau stencil, mungkin juga untuk airbrush apatah lagi vandalisme.

Sekadar renungan untuk semua, jika ia masih dinilai sebagai seni. Wajib diketahui ia merupakan seni pertama dan yang tertua yang wujud di dalam dunia. Jika dilihat permulaan sejarah peradaban dunia, ia dimulakan dengan simbol atau lambang yang dilakar pada dinding, pokok dan daun, kemudian ia berubah bila simbol dan lambang itu digabungkan menjadi huruf lalu dikembangkan menjadi tulisan dan angka yang digunakan untuk berinteraksi tidak kira dari kampung mana, negeri mana, pulau mana, semuanya dapat berhubungan melalui 'simbol' yang dilakar pada kayu, daun dan batu seperti batu bersurat,walaupun terhad kelajuannya, serta tidak efisyen penyampaianya, namun begitulah titik tolak kemunculan awal tamadun manusia. Tidak kiralah siapa penciptanya atau orang pertama yang memulakannya yang pasti lagi nyata ia wujud ketika manusia masih tidak lagi 'beradab'.

Ketika dunia cat sembur diperkenalkan ke dalam tamadun moden manusia, segalanya telah berubah. Manusia yang tidak beradab atau meungkin biadap kembali muncul semula.

Schforzemia atau Sakit Jiwa Peringkat No. 1

Dan Tamat Episod 1.



Slot Untuk Ruang Iklan Memainkan Peranan Utama
Sukacita dimaklumkan kepada penggiat, pengplagiat, grafiti dan stencil atau juga kepada para vandalisme bertauliah atau yang berminat ingin mencuba cuba mengenali Schforzemia (lebih kurang begitulah bunyinya) yang berada di sekitar daerah Tawau dan juga seluruh Sabah mungkin juga di Malaysia atau Indonesia. Montana Spray Cap kini boleh didapati di sini, ditempat di mana tuan punya blog ini berada iaitu di Tawau, Tawau itu di Sabah.

Dari Fat Cap sehinggalah Ultra Thin Skinny.

Ini original MontanaColors punya produk bukan cincai cincai punya. Review setiap produk akan dibuat bila tuan punya blog ada masa. Jika tidak sabar, sila lawati sendiri website
www.MontanaColors.Com atau klik saja di sini. Untuk tempahan atau pertanyaan lanjut hubungi saja tuan punya blog ini melalui emel. Alamatnya sila cari sendiri di dalam blog ini. Produk adalah sangat terhad sekali sekala.

Buat teman Grafitisme Atau Kusutisme di Sabah yang mengenali gue, yang ada nombor talipon gue, kalau berminat talipon saja gue, miss call tidak akan dilayan. Wajib turun Tawau ambil by hand.. begitu juga Encik Pian otai public art Keningau (airbrush dlm art: public art). Ini barang baek Punya...

Sedikit hints tentang harga : Di Key Ell satu Fat Cap harga RM12.00 hingga RM 18.00. RM 25.00 untuk 4 set Cap... Kira2 lah sendiri..

Info : Tak masuk dengan spray jenama yang biasa didapati di pasaran seperti Krystal, Kangaroo, Nippon Pylox (ada juga yg masuk), dan Dulux(ini cat rumah). Cuma fit dengan spray brand Krylon. Cek dimana Krylon ada jual..

Model Iklan Vandalisme tak jadi yang diarah untuk memadam semula contengan yang dilakukan. Dari kiri RainDaRiter, JoeDaBomber, dan lupa namanya.. mengapa dia pegang itu??

Dinding Bisu Menjadi Cemaran Angkara Jarimu.. Untuk Apa Pada Siapa?? Rindumu dipaparkan.. Akan menjadi daki Grafiti.

Sekadar Hiasan Semata Mata Sahaja.

"...tp lau sampai tahap buat note di dinding2 suci..emm itu gaya pesakit jiwa mceritakan prasaan nya...cian." Cikgu Izati menerangkan kepada muridnya dengan cara paling positif sekali bercampur emotif. (cian: kesian).

"betul ba ada sy tebaca dlm buku ttg masalah mental/sakit jiwa...salah satu ciri yg tsenarai pesakit shczofremia nie..sukak buat contengn spt tu.." tambah Cikgu Izati sambil mencekak pinggang.

Oh Begitu .. Schorxefemia.. Bukan Vandalisme kah namanya tu Cegu? Bagaimana pula dengan Grafitisme? Apakah semua orang ini juga ada masalah mental atau masalah jiwa?? Bagaimana pula orang yang menceritakan perasaannya dengan menconteng pada kertas, pokok atau batu misalnya.. Adakah ia juga disebabkan oleh masalah mental atau jiwa yang sakit? Tidakkah semua manusia mengalami masalah ini.. samada serius atau tidak.. disedari atau tidak...

Contengan yang saya masksudkan: "alaa cam gambar hiasan tu laa.." Kata Cikgu Izati. Sambil tangan beliau menunjuk kepada contengan "What is A Fart?". Bukan contengan yg tidak ber"isi" yang bermotif untuk merosak.

Bagaimana pula dengan Pak Aji Samad ?

Dalam konteks ini, bagaimana pula masalah mental atau sakit jiwa ini menggembleng atau memainkan peranan terhadap kreativiti seseorang inidividu? Sebagai contoh,bukankah da Vinci, Einstein, atau inventor lain cthnya, di kata mempunyai masalah mental, sakit jiwa atau tidak waras..tetapi mengapa karya/ciptaan mereka diagungkan? Mengapa pula digunapakai atau dijadikan panduan?

Shczofremia, hanya istilah kepada seorang pesakit yang dicipta oleh orang intelektual seperti Doktor atau Propesor barangkali. Golongan ini hanya berpendapat bahawa pendapat mereka sahaja yang betul berdasarkan kajian(angka, statistik, mengikut bidang msg2) yang dilakukan, dan pendapat orang lain salah.

Adakah kita patut menerima dan memberikan sepenuhnya KUASA AFIRMASI itu kepada mereka? Layakkah? Mengapa pula?


Hakikatnya golongan ini tidak mahir berfikir luar kotak, seperti saya contohnya. Hahah :).. idea dan persepsi mereka tidak luas, hanya tertumpu pada satu konsep. Saya juga boleh menjadi seorang intelek dengan membaca buku dan buat kajian berdasarkan buku atau lebih senang masuk Universiti ambil Phd lah..


Harap Cegu dapat menjawab persoalan/kemusykilan saya ini, mengikut gelombang positif otak Cegu kepada murid baru Cegu ini.
(saya bukan murid yang berlari sakan membawa botol air milo ketika waktu pulangan.. :))

Sesiapa juga dialu-alukan memberikan jawapan, atau pandangan, terutama golongan intelektual seperti Doktor atau Propesor kerana saya rasa saya juga ada sakit jiwa. Jiwa Kusut barangkali. Siapa tahu ada penawarnya?

Sekian, Terima Kasih.
p/s: Teka Teki: Bila Murid Tanya Cikgu Perlu Apa? Siapa Jawab Betul Saya Bagi Hadiah Misteri..

Bunga Bangsa Warna Apa?

Bunga Bangsa
Oil Painting Oleh Hatibudak
di copy/paste dari MAH. Siapa Hatibudak? Mengapa bukan Mamak Budak? Ingin tahu atau melihat karyanya klik sini. Jangan lupa baca juga yang ini.
Oh! ternyata benar kumbang itu seekor bunga itu berkuntum kuntum.

"Kriiinggg!! Loceng Berbunyi. Suasana menjadi riuh. Ketua Kelas yang bersongkok, bangun mendada, lalu berkata sambil menjerit.
"Berdiri Semua!" Semua murid bangun seperti gaya seorang askar yang lari dari perang .
Terima Kasih Cikgu! Selamat Pulang Cikgu! Sila Datang Lagi Cikgu!" Lalu diikuti dengan murid yang lain dengan jeritan ada yang sampai hilang suaranya, sehingga Makcik Kantin yang 2km jauhnya pun boleh dengar. Abang Pemandu Bas Sekolah yang sedang lena tidur terkejut dan terjaga lalu membetulkan stereng keretanya.
Muncul montaj durasi selama 35saat keluar berlatarbelakangkan adegan babak murid yang seperti di atas, namun kepada Cikgu2 yang berlainan. Suasananya berbeda mengikut waktu. Tiada suara hanya bunyi petikan gitar atau seruling yang sayu kedengaran.
Babak Kelas Pertama; (cikgu Misai tebal); suasana bercampur aduk, ada yang bersemangat, ada yang malas, ada yang kebingungan.
Babak Sebelum Rehat;(cikgu wanita muda awal 20-an); suasana gembira dan bersemangat tapi mood berbeda. Ada yang tidak sabar ke kantin kerana lapar ada yang resah, duit lupa mintak sama bapa.
Babak Akhir;....
Kemudian keluar ayat dengan teknik Fade In/Out dengan Font Arial Black. Durasi 10 saat disusuli dengan voice over:
Pernahkah Kita Sedar Apakah Kita Ikhlas Ketika Mengucapkannya?
Mengapakah kita perlu mengucapkannya berkali berkali setiap hari?
Ikhlas kah mereka untuk mengajar kita?
Tidakkah kita pernah terfikir juga apa Cikgu itu tidak bosan mendengar ucapan itu berkali-kali setiap hari?
Bukankah mereka yang patut berterima kasih kepada kita kerana tanpa kita mereka tidak punya pekerjaan?

Kembali ke dalam kelas.
"sy bukan kejam melainkan sgt kejam.." Cikgu Ezaty yang berusia lingkungan 50-an berseloroh.
Lalu muncul seorang murid lelaki yang seperti budak nakal yang bijak bistari.
"Memang CIKGU itu kejam sebenarnya. Adakah patut kerja sekolah disuruh buat di rumah.. kerja di rumah siapa mau buat palek ??" kata salah seorang anak muridnya lalu berlari-lari sakan menuju pintu pagar sekolah, sambil memegang botol air plastik MILO.
Visual perlahan-lahan memfokuskan kepada logo MILO yang terdapat di botol air itu. Jika iklan ini ditaja oleh Milo kerana minum "MILO anda sihat dan kuat" berlari dan melawan cikgu. Jika Petronas mungkin babak ini tidak perlu, hanya tunjuk logo sahaja seperti selalunya semuanya 'gantung'.
Kemudian muncul tulisan dalam bentuk montaj berserta voice over yang seksi:
"Guru Pembina Negara Bangsa.."
"SELAMAT HARI GURU 2009"
Tamat.
Durasi iklan 4 minit 53 Saat.
Oleh kerana, tiap tahun hanya iklan HARI KEBANGSAAN, DEEPAVALI, HARI RAYA, RAYA CINA, HARI VALENTINE yang keluar di TV. Hari ini saya siarkan IKLAN sempena Hari Guru. Imaginasikanlah watak watak yang ada itu sendiri..

Tips Kumbang Untuk Bunga Bunga Bangsa
Janganlah hanya tulis sajak, puisi, cerpen, surat cinta untuk cikgu, pastu yang copy/paste plak. Boringlah, tak friendster langsung. Buatlah kejutan macam buat teater, filem atau drama pendek, yang macam dalam YOUTUBE tu, pakai kamera handphone pun jadilah. Pakat cari cikgu yang lemak berkrim disukai ramai, tangkap video diorang curik2 masa dalam kelas atau luar kelas. Kalau dalam kelas tu 5 orang, dah dapat 5 angle yang berbeda2. Kalau satu kelas?? Pergh.. Jangan adegan yang terlampau sudah. Pastu kumpulakan dan edit, kemudian masa hari guru persembakanlah idea/kerja gila2 kamu kepada seluruh warga sekolah termasuklah makcik kantin. Masukkanlah elemen drama dan emosi macam lawak, gumbira, sedih ataupun konflik hidup.. kompom kalo cikgu tu ganas pasti terharu jika tidak kamu kena buang atau digantung sekolah.

Kumbang: Eh! Bunga, Hari Guru Bila?? 1 Mei tu hari buruh..
Bunga: Hari Guru dengan Hari Buruh tak samakah? Barangkali 13 Mei.. rasanya lah.. Kenapa?
Kumbang: Sekolah Cutikah?....

Bodoh, Bangang, Sial...

Itu ungkapan atau perkataan ganti diri paling mesra alam yang sebati dalam diri saya bila saya marah. Sekarang saya marah. Saya hairan mengapa saya marah kerana mood saya sekarang sedang bergembira. Saya cuba cari punca marah saya yang berada dalam mood gembira ini. Memandang lantai lalu mendongak melihat cahaya lampu siling, kemudian menjeling melihat dinding namun tidak juga muncul walau bayang perkataan marah sekalipun.

Selalunya saya akan marah bila saya kentut apatah lagi terkentut, tetapi saya akan ketawa terbahak-bahak bila orang lain tercium bau kentut itu. Memang bodoh bila kentut senyap senyap lalu segera tangkas beraksi untuk menghirupnya semula tanpa tersisa sedikit pun untuk orang lain menghidu aromanya. Lagi bangang orang yang sudah sepatutnya atau sampai masa untuk kentut tapi berusaha sedaya upaya menahannya sehingga berjam jam lamanya. Tapi memang orang yang sial dan malang nasibnya bila terkentut tetapi yang terkeluar itu bukannya kentut melainkan sebutir .... Urgh!!

Bodoh, Bangang, Sial..!! Itu hukum alam dan manusia. Akun sajalah kamu..










Lepaskan.. curahkan.. lontarkan.. kepuasan.
Jangan ditahan takut tepu lalu membeku..
Argh.. Pikir Lah Sendiri
....

Monalisa Dan Malaysia

Cara membaca tajuk yang betul : Monalahaisa Dan Malahaisia
40 hari yang lalu di dalam akhbar Utusan Malaysia dengan bangganya mempersembahkan -

Lukisan Monalisa akan dipamer di Malaysia.

KUALA LUMPUR 29 Jan. - Kementerian Perpaduan, Kesenian dan Warisan bercadang untuk membawa lukisan tersohor, Monalisa karya Leonardo da Vinci untuk dipamerkan di Balai Seni Lukis Negara (BSLN). Menterinya, Datuk Seri Shafie Apdal berkata, cadangan untuk membawa lukisan itu akan direalisasikan pada tahun ini.

Kata beliau, usaha membawa lukisan itu adalah untuk memberi peluang kepada para peminat Monalisa untuk menghayati secara lebih dekat hasil karya da Vinci itu. Malah, menurutnya, langkah itu juga boleh menyuntik semangat pelukis tempatan untuk menghasilkan karya mereka dengan lebih berkualiti.

"Kita ada usaha untuk membawa lukisan tersebut ke sini. Bukan sahaja lukisan tersebut, malah juga beberapa lukisan ternama dunia yang lain untuk dipamerkan,'' katanya. Lagi Mau Baca.


Tetapi Dengan Penuh Bangangnya 35 tahun yang lalu-

Kali terakhir potret ini di bawa keluar ketika di pamerkan di Muzium Nasional Tokyo, Jepun tahun 1974. Itulah kali terakhir potret Monalisa dikeluarkan daripada Muzium Louvre, Perancis (tengok filem Da Vinci Code) di mana potret itu disimpan dan dikawal ketat.

Kehadiran pengunjung ketika itu mencipta rekod melebihi setengah juta orang. Itu di Jepun. Itu 35 tahun yang lalu. Kalau Malaysia dapatpun kemungkinan besar yang dibawa masuk adalah reproduction potret tersebut oleh artis lain. Jumlah pengunjung kemungkinan besar mencipta rekod seramai 15 orang.

Bangunlah Malaysia. Jangan mimpi lagi. Hari sudah terang. Insuran untuk potret ini sahaja sudah bernilai 670 juta dolar Amerika (RM 2.3 billion). Harga potret ini sahaja sudah tidak ada nilainya. Jika berlaku sebarang petaka melanda potret ini apa macam ?? Kalau Mr. Bean yang jaga tak apalah..

Jika begitu ceritanya, maka saya ..

Hari Ini Dengan Penuh Bangga Rendah Diri Membawakan Kepada Malaysia

Photobucket
Reproduction Potret Monalisa Oleh Saya Sendiri. Selamat Menghayati.

" Engkau Tersenyum Di Jendela, Memukau Mata Mempesona,Muncul Yang Jadi Tanda Tanya, Buat Engkau Di Kagumi..." Cuba lihat senyumannya, ada macam senyum tak? Lisa Gherardini Giocondo atau nama manjanya Monalisa ketika Da Vinci melukis potret ini,wanita ini berada dalam keadaan sedih kerana baru sahaja kematian anaknya dan sedang berkabung sebab itu baju dipakainya berwarna hitam. Dikatakan untuk membuatnya tersenyum Da Vinci mengupah seorang badut untuk membuatnya tersenyum. Ketika itu wanita ini baru berusia 24 tahun (lahir pada 1479).

"Kehadiran Penuh Misteri,Bertambah Berbagai Cerita,Dengan Sentuhan Warna Gemilang, Kau Menawan Dunia..."Lukisan ini dibuat pada 1503 dan mengambil masa selama 3 tahun untuk disiapkan. Lukisan ini dihasilkan ketika Zaman Rennaisance, Zaman ini terbahagi kepada 3 era, iaitu era permulaan(classic rennaisance- era permulaan perkembangan seni yang hebat) , pertengahan(rennaisance humanist-zaman kegelapan) dan akhir(rennaisance rebirth) era ke-3 ketika inilah muncul ramai artis (pelukis,arkitek, penyair, pembuat arca dll..) yang mencipta nama seperti, Leonardo da Vinci, Michael Angelo, Raphael, dan Donatelo.(tiada kaitan dengan Ninja Totos). Cuba lihat pemandangan dibelakang Monalisa, terdapat sudut perspektif, pada masa itu benda seperti ini tidak wujud dan tidak pernah dipikir lagi sejak zaman pra sejarah sehinggalah zaman Yunani.

Potret ini di hasilkan sebelum terciptanya kamera. Justeru jika dilihat pada penghasilannya ini melihatkan kesempurnaan wajah seorang wanita yang dirakamkan melalui lukisan. Kehebatan lukisan ini adalah terletak pada matanya.Cuba teliti pada lirik matanya kerana dalam kedudukan figurnya yang mengereng namun renungan matanya akan sentiasa seolah-olah bergerak dan merenung anda walau di sudut mana sekalipun anda berada. Ini cuma boleh dihasilkan oleh gambar melalui kamera saja dan tentunya belum lagi ada pada waktu tu.

Buktinya cuba anda lihat gambar potret diatas. Jelingan mata Monalisa sentiasa akan merenung ke arah anda walau dimana sekalipun anda berada. (Macam misteri yang ngeri pun ada..)

"Monalisa, wajah yang diagungkan hingga mengorbankan nyawa disanjung penciptanya" Mengorbankan nyawa ?? Ya ... ramai yang telah berkorban dan dikorbankan kerana potret ini. Potret ini telah beratus kali 'hilang' dan dicuri walaupun dikawal dengan ketat. Kes paling lama ialah kehilangan selama 2 tahun pada tahun 1911, ramai yang ditangkap dan dipenjarakan termasuklah Pablo Picasso. Hakikatnya, pencuri sebenar Mona Lisa ialah seorang pekerja Muzium Louvre – Vincenzo Peruggia. Peruggia berbuat demikian kerana dia adalah seorang berjiwa patriotisme Itali dan berpendapat Mona Lisa perlu dikembalikan semula ke Itali. Selama 2 tahun, Peruggia menyembunyikan Mona Lisa di apartmennya. Huh!~

"Apakah tujuan engkau diciptakan, Apakah rahsia disebalik potret itu.."
- Potret Monalisa (Wings - Sebuah Band Rock Kapak Melayu yang populer awal tahun 90-an)

Mengapa Lagu Wings ??? Kerana Lagu Wings inilah yang membuka mata saya dan menarik minat saya tentang Potret Monalisa ini ketika sekolah rendah, bukan ketika pembelajaran Pendidikan Seni atau Sejarah KBSM di sekolah.

Malaysia Dan Monalisa: Hanya Dalam Lagu dan..

Michaelangelo, Donatelo, Leonardo, Raphael

Teenage Mutan Ninja Totos Bere Bere Eksyen To Da Power

Lagi posting pasal Monalisa dari kaca mata anak murid saya yang menggunakan kacamata rabun dekat: Aripudin

Cop Sikubak !!! Ketepek..!!

Tawau Volkswagen Club. (Kelab Kereta Kodok Tawau)

Photobucket


Termasuk apek apek, dan yang tersadai tinggal rangka selain pencinta seni automotif, bila dijumlahkan kesemuanya maka terdapat 38 bijik kereta Volkswagen terdapat di daerah Tawau. Jika saya melihat kereta ini lalu di jalanraya jangan marah jika saya menampar atau menerajang anda sekuat kuat hati sama ada di dalam bas atau di tepi pondok bas. Kecuali jika saya tidak mengatakan : Cop! Si Kubak... maka anda wajib marah.
Kereta Mr Bean disebelah tidak termasuk dalam penjumlahan ini. Walaupun ada terdapat di sekitar Tawau.

Info Kurang Sihat : Cop !! Si Kubak atau Si Kodok.. adalah salah satu permainan yang tidak dirakyatkan yang pernah popular satu ketika dahulu. Selalunya budak budak sekolah yang akan bermain permainan ini dan sering dimainkan ketika berada didalam bas sekolah ataupun ketika menunggu bas di pondok bas berhampiran. Cara permainanya sangat mudah, barang siapa yang melihat kereta Kodok/Volkswagen akan menyebut Cop! Sikubak.. sekuat hati sebelum memukul, menampar, menerajang atau sebagainya mengikut kesesuaian keadaan dan persekitaran tempat permainan diadakan. Orang yang menjadi mangsa selalunya dipilih secara rambang, dan selalunya orang yang berada bersebelahan dengan pemain/pemula menjadi pilihan. Tetapi, pemain/pemula selalunya memilih mangsa yang paling 'boleh di makan' atau 'satu kepala' agar tidak mencetuskan pergaduhan, kes saman menyaman, pencabulan hak asasi, gangguan seksual atau kes jenayah berat mandatori seperti bunuh dan rogol.

Tidak dapat dispesifikasikan nama, genre, evolusi dan susur galur permainan ini. Malahan perkembangan serta sejarah permainan ini tidak pernah ditulis dalam buku sejarah, internet mahupun dibincangkan didalam blog.
Jika di dalam permainan atau sukan 'kalah menang' menjadi adat. Menangis dan ketawa pula adalah'adat' permainan ini. Tetapi selalunya ialah tertawa dan secara langsung pemerhati atau penonton jugak akan tertawa bersama sama dan ada juga yang sentimental jiwanya merasa simpati. Jika dalam filem ia akan dikategorikan 'drama aksi' atau 'drama swasta' kerana memainkan emosi semua pihak. Malangnya, ia bukan filem. Nasib permainan ini samalah seperti bermain tepok cucuk batang ais krim dan bermain perangkap titik titik guna buku matematik.

Kemungkinan besar permainan ini tidak dirakyatkan atau dikomersialkan seperti permainan gasing, layang-layang, congkak, main guli, main getah, tepok gambar dan tepok amai-amai, kerana menyokong keganasan dan gangsterisme seperti siaran TV WWE contohnya. Namun, tidak pernah ada kes yang yang berpunca dari permainan ini dilaporkan dalam media mahupun laporan polis atau JAKIM misalnya, pernah dibuat.

Tiada kajian pernah dijalankan oleh profesor,pemikir, pengkaji dasar sosial, pekerja Majlis Perbandaran, atau para ulama berkenaan permainan ini, oleh itu hukum serta fatwa, dan undang-undang tidak pernah digariskan dan dikeluarkan jika sesiapa yang bermain permainan ini. Oleh itu permainan ini masih lagi hidup dari generasi ke generasi seterusnya dan mungkin bertambah meriah dengan wujudnya Kelab Volks Tawau ini.

Jesteru itu, walaupun permainan ini tidak dirakyatkan atau dikomersialkan apatah lagi untuk dijadikan acara sukaneka tahunan, permainan yang semakin dilupakan ini harus dihargai atau diberikan kredit penghargaan akan kewujudannya serta pengaruhnya samada sihat atau tidak sihat, kerana melalui permainan ini membuka mata kita tentang kewujudan kereta 'antik' ini, tentang perbezaan antara katak, kodok dan cekodok, tentang teknik 'beraksi/memukul' lawan dalam keadaan yang pelbagai, mengajar kita lebih peka dengan keadaan sekeliling (cth:ketika menanti untuk menjadi orang pertama yang Cop! kereta ini), dan setuju atau tidak! mungkin ada yang berminat atau menyimpan cita-cita memiliki kereta ini bermula dari permainan ini. (Untuk keterangan lanjut sila tanya tuan punya kereta lah!)

Pasti ramai yang pernah bermain permainan ini, paling tidakpun melihat dengan mata sendiri atau keletah rakan atau budak budak bermainnya.
Maka tidak romantislah hidupnya jika tidak pernah merasa atau melihat sendiri 'situasi' ini.

Tips Kurang Sihat : Sekiranya anda menjadi mangsa permainan ini.. dan ingin membalas semula anda hanya perlu berteriak sekuat hati Cop! Si Kubak.. dan menerajang sekuat hati lawan anda secara tiba-tiba atau mengejut!! bila lawan anda tanya anda jawablah kereta tu sudah bertukar menjadi Katak secara tiba tiba dan membuat reaksi ala ala terkejut bodoh!!. Tak kah kreatif tu!! hahaha...Tiada siapa boleh membantah kerana tiada undang undang khas dan tiada pengadil yang ditugaskan untuk mengadili permainan ini. Yang penting anda sudah puas hati!! Akibatnya terpulang kepada lawan anda!!

Sekian Terima Kasih.

Hahah!! Macam Discovery Channel la pulak..

Ruang Lingkup

Dimana ?? Kenapa ?? Apa Kes Nie ?? Huh!! Shwit!!!

Urgh.. Rokok Oh! Rokok.

Belum Ada Judul

Photobucket

Erm... Erm...
Jemari ini rasa berat ingin mengetuk keyboard..
Click sajalah di
sini.

Oh rokok saya habis rupanya.

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama