Yus Design 2008 Allright Reserved

Mereka Yang Sibuk Mereka..

Semenjak dua menjak ini mereka sibuk dengan mereka.. Bukan hanya mereka mereka sahaja.. Malahan kesemua mereka sekali.. Menurut mereka,ganjaran mereka itu cukup lumayan sekali.. Siapa sebenarnya mereka? Mereka bukan hanya merekayasa, bukan juga hanya merekacipta, jauh sekali mereka reka cerita atau khabar angin untuk diadu, untuk didomba menjadi gombal. Jadi mengapa mereka sangat sibuk mereka..

Rupa rupanya mereka sibuk mereka bentuk sebuah rekaan untuk peraduan mereka Tee buat TeeVee Tiga sempena ulangtahun ke-25nya. Mereka rupanya seorang pereka yang sememangnya bekerja untuk mereka reka, yakni Pereka Grafik (Graphic Designer) katanya. Benar ganjarannya memang cukup lumayan jika sekadar untuk mereka(desain) sebuah subjek mengikut konsep yang digarap melalui idea dari kepala hotak yang kreatif atau kurang kreatif RM10,000 itu cukup lumayan, cukup tinggi nilainya untuk seorang pereka ‘cap ayam’ seperti saya. Walau bukan pereka(designer), nilai ganjarannya sudah cukup menarik mereka menjadi seorang pereka kontemporari mahupun konvesional.

Syaratnya cukup mudah spesifikasi rekaan pula tersangatlah mudah (untuk pereka); hanya perlu menggunakan perisian komputer samada Adobe Illustrator (vector),Adobe Photoshop(pixel) atau Ilustrasi yang telah di imbas semula. Hantarlah berapa banyak rekaan. Untuk info lanjut layari sendiri laman web TeeVee Tiga. Tiada pendaftaran semua percuma rasanya semua mungkin sudah tahu melalui siaran Television kecuali saya yang semenjak dua menjak ini tidak menonton Television Media Perima Proton Perdana.

Tarikh tutupnya 1 April bermakna lagi 2 hari lah.. Sempat tak sempat.. Kalau guna pos 1 hari sampai ada sempatkah? Penghantaran online sudah tutup kerana server sudahpun penuh. Begitulah menurut kata kata mereka.

Sekadar berkongsi pengalaman, 25hb yang lalu saya cuba mencuri sedikit ruang untuk bersama sama mereka. Bagi saya, sebelum membentuk atau mewujudkan sesuatu, perkara pokok yang wajib dilahirkan atau ditanam ialah idea, sebelum pokoknya berkembang atau bercabang cabang pula, wajiblah ia dicantas atau ditebang. Tebang jangan guna gergaji tebanglah dengan pemahaman teori, dengan skill seperti menggunakan perisian misalnya. Agar kembangnya tidak terhalang. Prosesnya tidak mudah namun jika difahami ianya secara lahiriah wujud tanpa disedari ketika proses menebang dilakukan yang dinamakan sumber inspirasi. Tak perlu pergi jauh, sumber ini ada di sekeliling kita di alam kita semesta kita. Kita juga salah satu sumbernya jika difahami.

Saya cuba merujuk kembali kepada sejarah 25 tahunnya. Selain memandang ke hadapan, melihat semula kebelakang(sejarah) adalah satu proses yang sangat bernilai dalam proses pemahaman teori (kreativiti) dan bila elemen ini dimasukkan kedalam rekaan pasti unsur romantisnya melekat lalu terasa oleh sang penilai, sang pemerhati lalu terbitlah kenangan kenangan yang indah yang syahdu yang super bersama yang tersayang misalnya…(dalam peraduan atau pertandingan yang diadili oleh juri seorang pereka perlu bijak bermain main sikologi dengan sang juri yang konon bijaksana..jika juri juga manusia?)

Ting! Lamunan Terhenti.. 1 mesej diterima didalam peti email anda.. Bila dibuka tajuk emailnya Idea.. Oh! Lagi lagi idea... Bila dibuka lagi isinya idea untuk mereka.. Mereka Baju Tee lagi.. Pasal payment no hal janji semua ok semua chantek!! Pengirimnya En. Fazil jauh di seberang Laut Cina Selatan. Juga diselit beberapa keping gambar sebagai rujukan atau sumber (inspirasi). Proses awal terpaksa di refresh semula yang 25 tahun sudah hilang entah kemana pergi bersama sama RM10000nya...

Maaf! Hak rekaan ini masih terpelihara kesuciannya. Hak itu masih ditangan pereka.
Eventnya berlangsung pada 1 Mei. Lebih lanjut layar tancapkan diri anda ke www.kawasaki.com.my


Pagi tadi rekaan itu telah dipersetujui sebulat suara (3 hari).Wah! Tak sia sia menanam pokok, mencantas, menebang hingga tercabut urat akarnya yang berserabut, selama lebih kurang 3 jam.. Huhuh.. Menurut beliau ini projek dari boss mereka yang dinamakan in-house project. Bunyinya macam projek kontrektor kelas F, rupanya istilah itu sebenarnya bermaksud :

Consider the following scenario: a company who is not a software shop, needs a software to solve part of their business needs. If they decide to hire programmers and develop it, instead of contracting the software out, it is said that the sofware was developed "in-house". When a company or institution does a project, they can either do it themselves or pay someone else to do it. If they do it themselves (in their organization -- their house) it's referred to as an "in-house" project.

Sendiri Terjemahlah…

Bahasa Komputer rupanya... soal payment katanya samada wang tunai ataupun dengan barangan Kawasaki.. kalau menurut kata hati yang bercampur nafsu belaka baik minta sebijik Kawasaki Ninja, dia punya harga sebijik lebih kurang RM50,000 kalau tak silap.. Bila boring pakai jual, siapa tak mau kalau yang macam dibawah ni RM15,000 sahaja kalau dijual? Berebut Beb..!!


Tapi jangan.. Itu mustahil.. Itu demand yang melampau.. Bak kata pepatah; baru hendak bertatih.. sudah mahu masuk acara berlari lompat pagar.. kalau tersembam jawapannya hanya lebam, di lutut atau disiku saya kurang pasti. Oleh itu saya cuma minta jaket kulit Kawasaki sebanyak 5 pasang(di sini harganya lebih kurang RM250 sepasang).. boleh di berikan sebagai hadiah kepada mereka mereka yang sibuk mereka semenjak dua menjak ini.. Perjanjian dimeterai tanpa tanda tangan atau surat hitam putih hanya "kepercayaan" kerna begitulah juga saya mulanya tidak mengenal pasti, tidak meremehkan, tidak melecehkan, tidak buruk sangka, kepada sang pengirim emel..

Sekian.. Arigato Gozaimas Sasuke Suzuki VS!!

Benarlah kata Tok Guru dari Bukit Siguntang nun jauh diseberang sana.. satu masa nanti orang hanya akan membeli ideamu bukan produk kompenimu.. satu tahap nanti walaupun produkmu itu hanya sekeping kertas kosong orang akan berebut rebut untuk memilikinya.. Berlarilah jika perlu walau baru mula bertatih, kalau jatuh terguling, bangunlah sendiri secara berguling atau mengguling seperti aksi si John Rambo. Jangan tunggu sampai esok (siapa sangka esok nilainya melambung tinggi?). Siapa sangka juga jika hari ini terlepas 10 ribu, esok lusa pula dapat 20 ribu.. esok tulat pula dapat berjuta... berjuta-juta lemon!!

Buat mereka yang sibuk mereka semenjak dua menjak ini.. Diharap mereka berjaya hendaknya.. Boleh juga saya merasa.. Jika tidak bersabarlah atau terimalah kenyataan peraduan itu hanya... Uppss!! Hanya peraduan barangkali.

Sekadar Renungan Bersama:

Terasa Harunya..

Yang ini pula terasa Birunya..

Berkatalah semuanya semau mu.. Aku juga sudah muak mau ambil tahu.. Berkatalah jika bagimu itu melepas segala derita, Seperti Kisah Gita Rama Sita.. Tapi jangan sampai mengata nanti menjadi lata buat melata...

Patutlah Haru Biru Sekali Rasanya.

Ha Ha Ru Ru Bi Bi Ru Ru....

Hidup Jip.. Hidup Dir.. Hidup Lah semuanya sekali!!..

0 Comments:

Post a Comment



Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama