Yus Design 2008 Allright Reserved

Bila Kodok Menyerang.

Syahdan tersebutlah kisah satu ketika dahulu.. tatkala Singgapura dilanggar todhak munchul saorang budak yang bijak memberi tunjuk ajar kepada para pembesar yang bijaksana tentang bagaimana hendak-nya membuat benteng menahan serangan ganas ikan todhak.. Maka diturutlah kata budak itu, olih semua pembesar pembesar istana Kota Temasek. Justeru terselamatlah Singgapura dari serangan todhak yakni dari tunjuk ajar seorang Budak Kechil yang tidak pernah memakai baju bernama Hang Nadim.

18 RabiulAwal 1430H tahun 2009Masehi

Hari ini diriwayatkan pula bahawasanya Kota Tawau telah dilanggar Kodok. Bukan hanya Seorang Hang Nadim, seorang Khadam-pun tak muncul-muncul memberi tunjuk ajar menghadang serangan itu.. Maka bebaslah kodok kodok itu bertempiaran diatas jalan raya di Kota Kechil ini.. Oh! Kodok itu tidak berbahaya barangkali kerana tidak ada muncung tirus yang tajam pada muncungnya. Jesteru rakyat tidak perlu takut padanya..

Arakian menurut cerita rakyat dari golongan bangsawan kodok ini bukan sebarang kodok.. Kodok ini chanthek chantek rupa body-nya. Berkilat kilat ke empat kakinya.. Ramai rakyat terpegun lalu terpesona pada keunikan kodok ini.. Sehingga mereka lupa terleka. Bukan hanya unik sahaja. Malah kodok ini sudah bertaraf anthik belaka.

Diceritakan juga olih rakyat dari golongan cendekiawan, ada juga yang cuba menyerang kodok ini bersenjatakan sebuah mesin ciptaan Barat. Setiap kali dipetik picunya, cahaya putih menyilau keluar menyerang. Tetapi serangan itu tidak sedikit pun menakutkan para kodok bahkan bertambah lincah pula gerak tarinya. Lalu diberikanlah senjata itu dengan nama Kodak. Begitulah adanya.

Kodok ini chanthek chantek rupa body-nya. Berkilat kilat ke empat kakinya..

Akibat dari serangan ini, baharulah rakyat jelata dari setiap pelusuk mukim di Kota Kechil ini mengetahui akan kehadiran kodok kodok ini di atas bumi mereka. Adalah juga boleh diperturunkan riwayat hikayat ini kepada anak cucu mereka kelak.

Kesimpulannya-lah kan...

Yang ini 'seni' kerja tangan siapa??
Manusia jenis mana yang memandai mandai menulis nama hamba di atas kodok ini?? Takkan lah mahu menumpang populariti atas nama Kodok! Mengakulah siapa punya angkara kerna serangan ini lagi dasyat dari serangan Todak mahupun Kodok..

Chit! Calikak!

1 Comment:

  1. Tanpa Nama said...
    Akibat dr Serangan kodok terhadap daerah ini, dan akibat itulah manusia yang bergelar anak2 menjadi parah??!!!!..Serangan kodok masa itu hanya untuk melihatkan kepada manusia bahawa kodok masih hidup dan mampu bergerak walau ditelan usia.

    Apabila kodok datang dari seluruh pelusuk hutan di Sabah ini memasuki kawasan Tawau untuk menyerang, dan disitulah ramai anggota anak2 yang cedera atau pun parah akibat serangan kodok.Chop KodoK!!

    Anak2 kecil berpukulan apabila sang kodok stay depan Sabindo sehingga ada yang cedera.Tatkala kecederaan itu merupakan satu permainan walaupun permainan ini berat yang belum ada dalam akta atau pun hukum jenayah berat apabila kecederaan berlaku.

    Sang kodok berapa ramai lagi yang kau akan cederakan.Menghairankan walau kau hanya duduk diam dan terkenal pada masa itu.Tapi bagaimana nasib anak2 itu.

    Kau kejam kodok, kau kejam.
    Walaupun kau hanya mampu jadi bahan tawaan atau keagungan pada masa kini namun kau sentiasa memburu dengan cara halus mu yang bisanya anak2 berpukulan sesama sendiri.

    KENAPA KINI HAIWAN YANG MENYIKSA MANUSIA?

Post a Comment



Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama