Yus Design 2008 Allright Reserved

Mereka Merdeka

Teka Di Mana ??

Merdeka itu bebas dalam sebuah ruangan nyata di dalam kurungan yang tidak nyata bentuknya. Ternyata kebebasan tidak bererti kita sudah merdeka. Hari Kemerdekaan pula bukanlah hari untuk kita merasa bebas. Bebas dalam erti kata Kedaulatan dan Perlembagaan. Bukan Merdeka Atau Mati !!


31 Ogos 1957 : Malaya merdeka dari penjajahan. Menjadi sebuah negara yang merdeka. Kebebasan yang wujud dalam ruangan yang bernama Negara - dalam kurungan ( Kebangsaan ). Negara merdeka yang dipimpin dan diterajui oleh warga negaranya sendiri. Negara yang warganya punya rukun sendiri. Laungan serta jeritan merdeka kerana kerana tidak bernaung di bawah Union Jack. - dalam kurungan lagi (tanpa pertumpahan darah ). Dirayakan atas dasar nasionalisme: cintakan bangsa, dan negara. Diraihkan atas nama patriotisme. Dihayati dengan perbarisan dan hiburan. Maaf silap ! Seni Hiburan ...

Apa benda yang merdeka ? Jilat bontot depa .. Bende yang merdeka ?!

Merdeka : bebas setelah lepas dari kurungan dan kongkongan dalam segala macam jenis bentuk peraturan dan jajahan fizikal dan mental yang berfungsi untuk meresapi, mengawal dan menghalang pemikiran, pegangan, prinsip, serta perilaku yang telah dimeterai melalui deklarasi, perjanjian, persefahaman mahupun secara paksaan (jajahan/taklukan).

Merdeka dari jajahan Inggeris, merdeka dari kongkongan ibubapa, merdeka dari hamba yang tidak abdi : hamba hutang, hamba cinta, hamba seks, hamba towkay , hamba buku, hamba polis (banduan) serta hamba segala hambanya duniawi.

Merdeka ! Merdeka ! Merdeka .. Nilai kemerdekaan lebih terasa bila tiba Hari Raya setelah berjuang menahan lapar dan dahaga di bulan Ramadhan.



- Hamba Yang Patriotik & Hamba Yang Maha Esa -

Lagi

Bulan Kemerdekaan tak lama lagi ..
Bulan gaji masuk pun dekat lagi ..
Bulan janganlah datang lagi ..
Bulan Puasa kembali lagi ..

Jadik ? Apa lagi ..
Hari Raya tak lama lagi..

Kasut Tanpa Tali Yang Selalu Kusut ...




Toxic Room

Photoshop, software version CS4,
Looking at life through the eyes of a tire hub,
Eating seeds as a past time activity,
The toxicity of my city, of my city ...


And my office .. (??) Haha ..

Argh ! Selamat Berpuasa .. Jangan lupa makan sahur ..
Baru satu pecah puasa ...

Ada Apa Dengan Luna ?

" Mereka belayar di lautan kemudian tersesat ...
Mereka ingin ke pantai kemudian berteriaklah mereka!!
Woi!! Woi!! Tolong ...sepi...sepi dan berdua mereka kusut...
Bosan mereka dengan penat, hanya disitu dan entah sudah berapa purnama..
Seperti boleh jadi gila jika hanya sendiri...
Mengapa tak pecahkan saja sampannya biar bocor...Biar Aduh! karam...
Ada tiang tanpa jaring labah labah belang sebagai layar. Bendera merah putih?
Mengapa tak hidupkan saja enjinnya biar berderai air laut itu..
Atau jika sudah habis petrol, lalu berenang sajalah ke pantai...."


Apa yang aku tahu dan apa yang kamu tak tahu, mereka berdua tidak pandai berenang... Mujurlah diatas keprihatinan saya.. Sampai juga mereka ke tepian, setelah sekian lama bersakit-sakit kesepian...

Siapa Mereka ?

Tahu Tapi Tak Mahu

Hari baru jadi biru terharu..
Tiada siapa yang ambil tahu..
Mungkin ada tapi siapa yang tahu..
Kalau adapun siapa yang mahu ?..

Hari Rabu malam Khamis engkau menangis..
Soal hati mati modal pengemis..
Dulu luka kini sudah berkudis..
Bukalah! Bangunlah.. semua sudah tertulis..

Hari berseri tapi sedih wajah Srikandi..
Mencari erti mencuri makna kasih sejati..
Satu pergi sepuluh pasti datang memberi..
Tutuplah! Tidurlah.. esok lusa jumpalah lagi..

- Khamis ( 11 Juni 2009 ) -

Penat ?
Letih yang sangat meletihkan. Keletihan akibat penat.
Penat yang cukup memenatkan . Hampir tenat namun masih tidak ketenatan.
Mungkin tidak larat. Tapi sudah melarat.
Larat bukan ralat. Ralat yang berat.
Barangkali berat menjadi keberatan rasanya.
Kalau besar sudah pasti akan kebesaran.
Sabar... masih belum tersebar.
Kamu apa khabar ?

Hidup
Hidup adalah perjuangan yang pasti akan berhenti kerana diberhentikan .
Bukan sendiri mau berhenti ... Jadi tetaplah berjuang untuk berhenti.

Aku bosan . Bila waktu makan . Izinkan aku keluar berjalan . Hilanglah kebosan
an.
Aku tukang. Hari sudah petang. Izinkan aku pulang. Untuk bertukang...

Mahu Tapi Tahu.

Kadangkala kita tidak tahu apa kesalahan kita, tetapi orang lain tahu akan kesalahan kita. Selalunya kita mahu tahu akan kesalahan orang lain, sebab itu juga orang lain juga mahu tahu akan kesalahan kita. Bukan sibuk atau jaga tepi kain orang. Tapi. adil bukan ?

Jarang sekali orang kita yang mahu ambil tahu bahawa kita adalah orang yang selalunya tidak mahu ambil tahu tentang diri kita sendiri kerana tidak tidak tahu apa yang dimahukan tetapi selalu ambil tahu tentang orang lain kerana mahu tahu apa yang dimahukan oleh orang lain.

Kemahuan orang lain tidak sama dengan kemahuan kita. Begitu juga dengan pengetahuan kita, tidak sama dengan pengetahuan orang lain. Setiap orang ada kemahuannya, kemahuan yang berbeza-beza mengikut pengetahuanya. Tetapi tidak semua orang ada pengetahuan tentang apa yang dimahukannya.

Dimana ada kemahuan disitu pasti ada jalan. Benar! Tapi jalan itu sangat luas, besar dan berada dimana mana. Jika kemahuan itu hanya menurut nafsu semata. Tidak hairanlah apa yang kita mahukan tidak akan tercapai atau tidak akan terlaksana jika tidak ada pengetahuan tentangnya. Kemungkinan tersesat dihujung jalan, ataupun terkandas dipersimpangan dilema.

Kadang kadang kita mahu tapi kita tidak tahu.Kadang kadang juga kita tahu tapi kita tidak mahu. Seringkali bila kita mahu baru kita mahu ambil tahu. Seringkali juga bila kita sudah tahu, tidak pula kita mahu. Jarang sekali kita mahu untuk tahu dan tahu untuk mahu.

Aku tahu apa yang aku mahu. Tapi aku tidak tahu apa yang kamu mahu. Aku mahu kamu tahu apa yang aku tahu bukan apa yang kamu mahu. Tapi kamu tidak mahu tahu apa yang aku tahu. Kamu hanya mahu tahu apa yang aku mahu. Hakikatnya apa yang aku mahu adalah hanya apa yang aku tahu !

Apa kamu mahu tahu ?

Aku tulis apa yang aku tahu dan bila aku mahu...

Babi Punya Selsema

Photobucket

Siapa yang nak masuk ??

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama