Yus Design 2008 Allright Reserved

Mahu Tapi Tahu.

Kadangkala kita tidak tahu apa kesalahan kita, tetapi orang lain tahu akan kesalahan kita. Selalunya kita mahu tahu akan kesalahan orang lain, sebab itu juga orang lain juga mahu tahu akan kesalahan kita. Bukan sibuk atau jaga tepi kain orang. Tapi. adil bukan ?

Jarang sekali orang kita yang mahu ambil tahu bahawa kita adalah orang yang selalunya tidak mahu ambil tahu tentang diri kita sendiri kerana tidak tidak tahu apa yang dimahukan tetapi selalu ambil tahu tentang orang lain kerana mahu tahu apa yang dimahukan oleh orang lain.

Kemahuan orang lain tidak sama dengan kemahuan kita. Begitu juga dengan pengetahuan kita, tidak sama dengan pengetahuan orang lain. Setiap orang ada kemahuannya, kemahuan yang berbeza-beza mengikut pengetahuanya. Tetapi tidak semua orang ada pengetahuan tentang apa yang dimahukannya.

Dimana ada kemahuan disitu pasti ada jalan. Benar! Tapi jalan itu sangat luas, besar dan berada dimana mana. Jika kemahuan itu hanya menurut nafsu semata. Tidak hairanlah apa yang kita mahukan tidak akan tercapai atau tidak akan terlaksana jika tidak ada pengetahuan tentangnya. Kemungkinan tersesat dihujung jalan, ataupun terkandas dipersimpangan dilema.

Kadang kadang kita mahu tapi kita tidak tahu.Kadang kadang juga kita tahu tapi kita tidak mahu. Seringkali bila kita mahu baru kita mahu ambil tahu. Seringkali juga bila kita sudah tahu, tidak pula kita mahu. Jarang sekali kita mahu untuk tahu dan tahu untuk mahu.

Aku tahu apa yang aku mahu. Tapi aku tidak tahu apa yang kamu mahu. Aku mahu kamu tahu apa yang aku tahu bukan apa yang kamu mahu. Tapi kamu tidak mahu tahu apa yang aku tahu. Kamu hanya mahu tahu apa yang aku mahu. Hakikatnya apa yang aku mahu adalah hanya apa yang aku tahu !

Apa kamu mahu tahu ?

Aku tulis apa yang aku tahu dan bila aku mahu...

0 Comments:

Post a Comment



Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama