Yus Design 2008 Allright Reserved

Grafitisme Buat Tawau

Apapun terma dan syaratnya.. Samada Grafiti itu seni atau vandalisme, sama ada vandalisme itu seni atau grafiti. Samada grafiti itu contengan, sama ada vandalisme itu lakaran seorang pesakit jiwa, samada grafiti itu digunakan doktor buat merawat pesakit jiwa. Saya cuma boleh berkata didalam hati. "Ah! terpulanglah.." sambil tersenyum, juga didalam hati. Mungkin senyum itu akan berubah tangisan dalam hati, jika ia dikaitkan dengan jenayah dan pelakunya boleh dijatuhkan hukuman penjara atau denda tidak melebih rm 10,000 atau kedua duanya sekali tanpa seorang pun penjamin dibenarkan untuk mengikat jamin.

Jika beginilah kejadiannya, jika beginilah sifatnya, jika beginilah juridiksinya, saya sebagai seorang yang bangganya mengenakan baju "Saya Chenta Seni Reka Grafik" di tubuh kurang sasa saya, saya sebagai seorang pengamal perubatan moden dalam era globalisasi ini. Dengan ini, pada hari ini tidak akan mengaitkan atau menggunakan istilah SENI atau dalam bahasa popnya ART didalam grafiti atau stencil, mungkin juga untuk airbrush apatah lagi vandalisme.

Sekadar renungan untuk semua, jika ia masih dinilai sebagai seni. Wajib diketahui ia merupakan seni pertama dan yang tertua yang wujud di dalam dunia. Jika dilihat permulaan sejarah peradaban dunia, ia dimulakan dengan simbol atau lambang yang dilakar pada dinding, pokok dan daun, kemudian ia berubah bila simbol dan lambang itu digabungkan menjadi huruf lalu dikembangkan menjadi tulisan dan angka yang digunakan untuk berinteraksi tidak kira dari kampung mana, negeri mana, pulau mana, semuanya dapat berhubungan melalui 'simbol' yang dilakar pada kayu, daun dan batu seperti batu bersurat,walaupun terhad kelajuannya, serta tidak efisyen penyampaianya, namun begitulah titik tolak kemunculan awal tamadun manusia. Tidak kiralah siapa penciptanya atau orang pertama yang memulakannya yang pasti lagi nyata ia wujud ketika manusia masih tidak lagi 'beradab'.

Ketika dunia cat sembur diperkenalkan ke dalam tamadun moden manusia, segalanya telah berubah. Manusia yang tidak beradab atau meungkin biadap kembali muncul semula.

Schforzemia atau Sakit Jiwa Peringkat No. 1

Dan Tamat Episod 1.



Slot Untuk Ruang Iklan Memainkan Peranan Utama
Sukacita dimaklumkan kepada penggiat, pengplagiat, grafiti dan stencil atau juga kepada para vandalisme bertauliah atau yang berminat ingin mencuba cuba mengenali Schforzemia (lebih kurang begitulah bunyinya) yang berada di sekitar daerah Tawau dan juga seluruh Sabah mungkin juga di Malaysia atau Indonesia. Montana Spray Cap kini boleh didapati di sini, ditempat di mana tuan punya blog ini berada iaitu di Tawau, Tawau itu di Sabah.

Dari Fat Cap sehinggalah Ultra Thin Skinny.

Ini original MontanaColors punya produk bukan cincai cincai punya. Review setiap produk akan dibuat bila tuan punya blog ada masa. Jika tidak sabar, sila lawati sendiri website
www.MontanaColors.Com atau klik saja di sini. Untuk tempahan atau pertanyaan lanjut hubungi saja tuan punya blog ini melalui emel. Alamatnya sila cari sendiri di dalam blog ini. Produk adalah sangat terhad sekali sekala.

Buat teman Grafitisme Atau Kusutisme di Sabah yang mengenali gue, yang ada nombor talipon gue, kalau berminat talipon saja gue, miss call tidak akan dilayan. Wajib turun Tawau ambil by hand.. begitu juga Encik Pian otai public art Keningau (airbrush dlm art: public art). Ini barang baek Punya...

Sedikit hints tentang harga : Di Key Ell satu Fat Cap harga RM12.00 hingga RM 18.00. RM 25.00 untuk 4 set Cap... Kira2 lah sendiri..

Info : Tak masuk dengan spray jenama yang biasa didapati di pasaran seperti Krystal, Kangaroo, Nippon Pylox (ada juga yg masuk), dan Dulux(ini cat rumah). Cuma fit dengan spray brand Krylon. Cek dimana Krylon ada jual..

Model Iklan Vandalisme tak jadi yang diarah untuk memadam semula contengan yang dilakukan. Dari kiri RainDaRiter, JoeDaBomber, dan lupa namanya.. mengapa dia pegang itu??

Dinding Bisu Menjadi Cemaran Angkara Jarimu.. Untuk Apa Pada Siapa?? Rindumu dipaparkan.. Akan menjadi daki Grafiti.

7 Comments:

  1. Tanpa Nama said...
    bagi yg tlh mengesahkan dirinya dlm kumpulan skizofremia/sakit jiwa pringkat 1.
    di sertakan d sini alamat yg mungkin blh membantu:

    Penguasa Perubatan
    Hospital Bukit Padang
    Peti Surat 11342
    88815 Kota Kinabalu
    Tel. No. 088-240984/7

    macam merajuk jauh jak mr Yus ni bila ada yg mengaitkan seninya dgn skizofremia..jgn rasa begitu ba.. wlpn tak salah rasa begitu...

    Seni itu subjektif & byk cabangnya...kalau terdapat pertentangan yg tidak di gemari tentang nilai seni yg d anuti..jgn d dikukuhkan pertentangan itu..mari kita cari titik persamaanya yg bagus..

    kerna tidak semua org dpt merasa seni itu indah dr cabang seni yg kita lihat..wlpn mugkn d mata kita seni itu syurga..

    moga..atas persamaan cinta seni..seni itu boleh smkain melebar malah mmpunyai ruang yg lbh bsr utk berkembang...lebih2 lg d daerah Tawau kita ini..yg takkan kelihatan jika d lihat dr planet lain diangkasaraya sana...
    Tanpa Nama said...
    sy tdk setuju jika seni grafiti itu mdp cop vandalisme...cuma mgkn budaya kita masi mudah utk menerima..lau mo buat pun..tengok tempat la...tak pasal2 nanti kena padam...

    itu spray sy mo beli la..kasi letak d rim kreta sesuai ka..
    Yus Design said...
    Haha.. Tanpa Nama Terima Kasih atas informasinya.. Baru saja saya talipon, terlalu bnyk peringkat2, dan dokumen2 perlu dilalui dan dinyatakan! Ah! Bgtulah karena Birokrasi!! Maka saya terpaksa bersama mereka2 yg lain mengambil keputusan utk tetap disini saja.. Haha..

    Setuju Benar.. mari kita cari titik samanya!! Kerna titik bukan noktah.. Dimana dan bagaimana mahu mencarinya..? Saya bukan ketua Umnooooo..Hahah

    Saya ada 'klise' untuk Seni dan Tawau jika ingin dikaitkan..: Dekat dimata tapi jauh dihati.. fikir2kanlah.. Hoho.

    Itu spray kalo letak d rim tak seswai.. Saya cadangkan letak dlm lubang aircond.. boleh tukar jadik sound system.. bila keta bejalan bunyik kting2x!!!
    Tanpa Nama said...
    kalau di kl, tebingan2 sungai2 yang disimenkan menjadi port meluahkan sakit jiwa!! contoh, pasar seni,kl.
    ahahaha.

    tidak pun di blok-blok batu landasan lrt atau komuter.

    dan sekali sekala ada di flyover atau jambatan yang kesunyian di tengah malam. maka operasi bermula!!

    bagi orang cerdik pandai macam engineer, itu ialah vandalisme.

    tapi kalau doktor sakit jiwa melihatnya, mereka mungkin sekadar mengangguk. hehe
    Yus Design said...
    hehe.. senyumanmu satu azimat..
    hah! mr deenasor.. apa cer ko pnya itu Pop Art sama Itu Vector Art?? Sudah Jumpa sama dia kah?? Aku hagak ko mesti nak masuk Peraduan Reka T-Shirt TV3 ni kan?? Hohoh..
    Tanpa Nama said...
    aku tak jumpa2 lagi definisi yang betul2 aku puas hati.

    owh aku tidak suka mengenakan design vector art ke atas baju. sbb nanti kalau print, mahal.

    sama dgn pop art.
    tapi kalau guna satu kaler, murah lah kot.

    aku lebih suka design baju guna wording yang ringkas2 belaka.

    p/s: aku ada hati nak join contest tu, tapi aku lebih tertarik dgn konvensyen remix jika aku seorang robot oleh monoloque [butterfingers].
    Yus Design said...
    Tak Cari Maka Tak Jumpa..
    Tak Jumpa Maka Tak Cinta..
    Tak Cinta Maka tak Tahu..
    Tak Tahu Maka Tak Tanya..
    Tak Tanya Maka Tak Tahu..
    Tak Tahu Maka Tak Tanya..
    Tak Tanya Maka Tak Tahu..
    dan begitulah sehingga Tamat..

Post a Comment



Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama