Yus Design 2008 Allright Reserved

Kata Tanpa Nada

Arakian, oleh yang demikian, dengan yang demikian, maka dibotakkanlah kepalanya, dengan harapan, dengan nawaitu ataupun niat dalam hatinya, agar, supaya, Manusia Kotak-Kotak bisa langsung lenyap, langsung hilang dalam hidupnya buat selama-lamanya... Namun yang demikian, adapun, kendatipun Manusia Kotak-Kotak itu bukan rosak jiwanya, sakit otaknya, apalagi botak kepalanya..

bersambung lagilah kisahnya...

Kotak dan Botak itu tidak sama walau bunyinya hampir-hampir sama.. manakala otak adalah organ yang terletak di tingkat paling tinggi dalam dalam struktur bangunan tubuh manusia, bukan hujung rambut atau hunung jari kuku kaki mahupun hidung tinggi.. Oleh itu wajib bagi setiap manusia untuk menjaga kepala hotaknya sendiri, bukan mengharapkan atau mengupah orang untuk menjaga mahupun membelainya, dikhuatiri nanti kepala hotak itu akan merajuk lalu berpindah ke lutut, atau barangkali diambil oleh udang yang tidak mempunyai otak, namun udang itu akhirnya akan dijadikan pula otak-otak untuk dimakan oleh manusia yang berotak yang tidak elegik dengan budu mahupun belacan.

Setiap orang mempunyai otak, kecuali orang-orang, kerna ia tidak hidup. Namun semua yang hidup pula, tidak semuanya mempunyai otak. Seperti tumbuh-tumbuhan dan juga motorsikal misalnya. Oleh itu, sekali lagi wajiblah kita bersyukur dengan anugerah yang tercipta untukmu ini. Kerana ada juga hidupan yang berkepala hotak namun tidak mampu, tidak gagah, tidak kuat, tidak upaya untuk menganjakkan paradigmanya untuk berfikir, agar diterima umum sebagai orang yang berakal. Hidupan yang berotak tapi tak berakal itu, hanya hidupan yang berakal sahaja yang mampu mengetahuinya.. kecualilah otak itu sudah tidak sihat, tidak waras, ataupun uzur. Dengan yang demikian, otak dan akal itu juga tidak sama walaupun bunyinya memang sudah kedengaran jauh sekali berbeda, namun seringkali disamakan, disamaratakan, samada dari segi sifat, cara, mahupun gerak kerja. Cuba fikir-fikirkan tapi jangan cuba akal-akalkan...

Kotak ialah produk ciptaan manusia yang memang sudah sedia maklum akan sifat dan fungsinya, manakala kotak-kotak pula bukanlah sejenis barang mahupun aksesori, ianya tidak berfungsi dan hanya bersifat sahaja, yakni kata sifat yang merujuk kepada produk atau benda yang berpetak-petak, bersegi-segi, beruang-ruang, berdasar-dasar serta beberapa sifat lagi yang berkaitan dan bersesuaian untuk diperkatakan bagi menjadikannya sebuah perkataan.

Bersambung lagilagilah kisahnya...

0 Comments:

Post a Comment



Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama