Yus Design 2008 Allright Reserved

Modenisasi & Globalisasi

Apa itu ruang dan peluang? Mengapa perlu menciptanya dan mewujudkannya? Mengapa perlu memahami 'local taste' untuk melahirkan 'local genius' ? Siapa yang perlu kreatif dan produktif ? Kenapa perlu menggantikan yang konsumtif lagi primitif ? Dimana dan bagaimana caranya ?

Tuntutan Kemajuan
Sebelum di huraikan dengan lebih lanjut, sebaiknya kita fahami dahulu apa yang di maksudkan dengan arus permodenan yang semakin berkembang pesat, yang ditunjangi oleh era globalisasi atas nama kemajuan. Umum mengetahui kemajuan yang dikecapi kini di sebabkan kuatnya pengaruh globalisasi yang menjadi pemangkin kepada perkembangan struktur sesebuah masyarakat. Semakin besar pengaruhnya, bererti semakin berkembanglah kemajuannya. Benar, kemajuan ini kita dapat lihat dengan berdirinya bangunan bangunan tinggi berdiri megah di bandar Tawau. Tetapi jangan silap, semakin tinggi dan banyaknya bangunan yang berdiri bermakna semakin tinggilah juga taraf hidup masyarakatnya. Mengapa ?

Globalisasi

Harus di fahami era globalisasi bermaksud dunia kini sudah tiada sempadan yang boleh mengahalang kita untuk mendapatkan informasi apa sahaja, boleh pergi ke mana sahaja di seluruh dunia tanpa menggunakan passport, kerana semua ini kini boleh didapati melalui capaian internet, dunia tanpa sempadan ini bukan hanya pada friendster mahupun myspace sahaja untuk mendapatkan kenalan di mana mana atau sesiapa sahaja, bukan hanya pada talipon bimbit yang boleh menghubungkan kita kepada sesiapa sahaja diseluruh dunia. Malah secara senyap, samada sedar atau tidak, ia juga mempengaruhi pemikiran masayarakat kita, dari aspek sosial dan budaya melalui media massa yang tiada tapisan, ekonomi melalui pasaran terbuka dan juga politik melalui dasar luar yang di pengaruhi oleh kuasa besar dunia, seperti Amerika Syarikat.

Siapa yang menjadi mangsa ?
Samada pengaruh ini bersifat positif mahupun negatif, baik atau tidak baik, maju ke depan mahupun maju kebelakang, semuanya bergantung kepada siapa yang menilainya. Tetapi harus diingat, siapakah golongan yang paling mudah terdedah dengan pengaruh ini? Mudah sahaja untuk mendapatkan jawapan, lihat golongan mana yang paling banyak menggunakan yahoo mesengger, youtube, friendster, myspace, melaui internet dan talipon bimbit. Sudah pasti generasi muda kita. Bukan bapak atau emak kita, bukan pakcik atau makcik kita, bukan datuk atau nenek kita, tetapi kita, yakni generasi muda yang berada ditengah tengah perubahan arus permodenan ini , generasi belia yang dikatakan sebagai golongan pelapis tonggak kemajuan negara.

Yang tua tidak tahu diri, yang muda pula terlalu tahu diri.
Namun tanpa pemahaman dan didikan tentang keburukan dan kebaikan pengaruh globalisasi melalui teknologi sebegini daripada golongan pemimpin, ibu bapa, yakni generasi 'tua', yang samada tidak sedar pengaruh ini atau leka kerana sibuk bekerja mahupun terlalu mengejar kemajuan sehingga lupa akan 'krisis' yang sedang merasuk pemikiran dan melalaikan generasi ini.. bagaimana golongan ini boleh menjadi tonggak kemajuan negara? Kerana dapat dilihat lebih banyak pengaruh negatif yang di jadikan panduan dan ikutan golongan muda ini.

Tidak salah mengejar kemajuan dan tidak salah mengambil yang negatif, jika ianya aras petanda kepada sebuah kemajuan. Namun kemajuan ini harus seiring bersama dengan peningkatan tahap pemikiran, sosial dan kebudayaan, yang secara tidak langsung akan memperbaiki dan membangunkan ekonomi masyarakat tanpa perlu pengaruh politik. Jika tidak seiring, tidak mustahil ianya tetap akan maju,tapi kebelakang.


Persoalannya? Bagaimana untuk memanfaatkan pengaruh ini dalam aspek kehidupan generasi muda untuk kemajuan masyarakat setempat?

0 Comments:

Post a Comment



Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama