Yus Design 2008 Allright Reserved

1Tawau : Mencipta & Mewujudkan

Harap Maklum. 1 Malaysia : 190 (kedua terakhir) dan 191 (paling akhir). Ingat ! Tanpa 190 dan 191 tiada 1 Malaysia. Menurut kaedah sistem pengiraan matematik, 190 dan 191 terletak di tangga paling tercorot sekali, yakni dibawah sekali jika disalin dalam kertas kajang atau buku kira kira. Menurut hukum fizik pula kedua angka ini agak sukar untuk menembusi kelompok kelompok angka lain untuk menuju ke-1, malah mustahil sekali. Kecuali menggunakan teori otak kiri yang kreatif lagi fantastik; dengan melakukan kiraan songsang bermula dari bawah ke atas.

Di sini dapat di simpulkan, jika kita ingin memanjat ke atas perlulah pemikiran yang kreatif dan perlu bermula dari bawah dengan menakluk serta menguasai dahulu hati dan pemikiran masyarakat setempat untuk menerima atau menghayatinya agar mudah melonjak keatas (contoh: dalam konteks seni dan budaya) untuk ke peringkat lebih tinggi atau peringkat antarabangsa.
(Sekadar renungan buat perbandingan dan tidak bermaksud apa apa.)


Photobucket

Memahami Local Taste
Local Taste bermaksud citarasa penduduk setempat, yakni di Tawau yang berbagai kaum, suku dan ras. Pelbagai adat, banyak pantang banyak juga larangnya. Tetapi citarasanya tetap sama. Seleranya tetap dipengaruhi dengan perkembangan yang selaras dengan kemajuan. Apa yang menjadi masalah ialah tidak semua penduduk peka dengan kemajuan semasa apatah lagi akan perkembangan dunia luar. Sebab itulah hanya dangdut yang nombor satu. Terima atau tidak,inilah hakikatnya, bila masyarakat malas membaca hanya suka mendengar, dari mata ke mulut, dari mulut ke otak lalu membeku menjadi pemikiran dalam budaya berfikir masyarakat kita. Skop inilah yang perlu difahami oleh seorang pencipta dan pengkarya dalam bidang seni atau apapun yang berkaitan dengan inventor.

Dalam Berkarya
Mudah sahaja untuk memahaminya secara ringkas, sumber inspirasi dalam mencetus idea ialah alam semesta dan manusia sekeliling, mengapa harus pergi jauh sedangkan Tawau juga banyak sumber alam dan manusia yang tidak pernah ditonjolkan mahupun di kupas subjek dan objeknya ? Sebagai contoh dalam seni muzik mengapa tidak menggunakan lirik dalam bahasa local ? Mengapa tiada lirik yang dekat dengan rona kehidupan masyarakat setempat ? Dalam seni lukis mengapa tidak menggunakan masyarakatnya sebagai subjek? (bukan objek).

Melahirkan Local Genius
Jika ada tidak mustahil ianya boleh diterima jika ianya sarat dengan pengisian, didikan, pengajaran dan apapun yang boleh membuka jalan mencetuskan minda. Malahan secara tidak langsung melahirkan local genius dalam masyarakat setempat yang menjadi idola kerana karyanya mahupun produknya terasa dekat dengan Tawau, atau bahasa popnya Made in Tawau.

Selain amplang dan pitik.. Apalagi yang boleh dibanggakan? Tolong bagi...

Kreatif Yang Tak Hanya Konsumtif
Kini masyarakat lebih mudah untuk mendapatkan maklumat dan informasi, secara tidak langsung perkara yang mudah didapati ini membuatkan kita menjadi malas merancang, berkarya mahupun berfikir malah terasa cukup senang dengan keadaan sekarang. Generasi muda yang sebegini senang menjadi pengikut dengan bangga kerana merasakan diri up to date, maju dari orang lain walau hanya pada fesyen dan pakaian sahaja. Sifat mencipta sesuatu yang baru sudah tidak wujud dalam diri, ada pula yang bersifat sedemikian awal awal lagi sudah dipatahkan semangatnya oleh generasi generasi muda yang tiada berdaya saing ini, dengan kritikan yang lebih kepada kutukan. Itulah yang dikatakan dengan masyarakat yang konsumtif dan primitif cara pemikirannya, yang memang wujud dalam kelompok masayarakat setempat. Orang dangdut dia berdangdut, orang shuffle diapun shuffle. Orang indie diapun indie.. Orang bodoh diapun ah !! pandai pandailah....

Ringkasnya
Sebagai contoh, masyarakat Jepun lebih maju kerana mereka banyak meniru kemajuan daripada Barat, tetapi mereka tidak meniru sebulat bulatnya apa teknologi mahupun ciptaan baru itu, tetapi mereka bijak mengadaptasikannya agar sesuai dengan citarasa penduduk setempat malah menjalankan kajian untuk memajukannya, malah TV hitam putih yang asalnya dari Barat telah diambil untuk dimajukan sehinggalah berwarna malah kini Jepun saat ini adalah pengeluar TV terbesar dunia. Begitu juga dengan teori Al-Jabar yang berasal dari Arab bila sampai ke Barat mereka mengkajinya untuk diperluaskan sehingga dikenali sebagai Algebra.

Kesimpulan Terakhir
Apapun masa sudah semakin suntuk dan malah sudah tidak ada masa untuk menghuraikan lagi berkaitan dengan apa yang ingin disampaikan. Apa pun ruang sudah pun dibuka, peluang sudah diberi, hanya kita generasi muda , anak anak muda, belia belia di daerah Tawau yang perlu menciptakan ruang dan mewujudkan peluang itu bersama sama. Ruang juga peluang yang diberikan oleh Jabatan Belia dan Sukan ini wajiblah dimanfaatkan sepenuhnya bagi membuka jalan ataupun batu loncatan kepada usaha untuk memajukan dan mendedahkan SENI yang NEGATIF dipandang oleh masyarakat setempat ini..

Nantilah dikupas kopekkan bersama sama... Arggh!!

Tarikh : 26 Mei 2009 (7.00 malam)
Tempat : Bergantung kepada Pihak Penganjur. (Hehe :)

Sekian, Yang Menurut Perintah.

1 Comment:

  1. sankai said...
    acara apakah ini.?
    ada makan-makan.?
    masukkan nama aku
    =)

Post a Comment



Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama