Yus Design 2008 Allright Reserved

RuWang & PeLuang : Perlu Wang ??

Dimana ada ruang di situ pasti ada peluang, di mana mana pun, di situ sana sini, mesti ada ruang dan peluang untuk mencari wang. Namun di sini, banyak peluang tapi tiada ruang, Ada peluang tapi tak diberi ruang, semua kerana angkara wang, ada wang dapatlah peluang, ada wang diberilah ruang. Tidak hairanlah, orang ada wang, semakin berwang... orang tiada wang, semakin terbuang..

Orang atas membuang wang mencari ruang, Orang tengah mendapat peluang menyapu wang... Orang bawah membuang ruang mendapatkan peluang mencari wang. Orang kiri, kanan, depan, belakang tak tahu ada ruang dan peluang. Kiri kanan tiada wang, depan belakang dihimpit masalah wang. Tak tahu di mana mencari wang... Wang hanya ada mata tapi tak ada kaki mahu menghilang..

Suka tengok atas, tengah kebosanan, menyampah tunduk tengok ke bawah, pandang kanan pusing kiri, melihat kedepan paling kebelakang juga, Entah bila mau pandang diri sendiri.. Jangan tanya pada rumput yang hanya tahu bergoyang, senang dibelai angin, tak ada angin pun tetap bertenang, tapi marah bila orang buang angin. Tanyalah sama air dan batu, air yang ada mata, batu yang ada kepala, walau tak sama tapi boleh bersama.. orang senang dan tenang dia bersama, boleh menghilang rasa dahaga, basahkan tekak yang kering kontang..

Macha!! Air batu satu!! Eh! Dua.. Eh! Tiga.. Satu jug lah! Cakap memang senang! Marah Macha dalam hati namun riak mukanya tetap tenang..

Ruang di tutup, peluang tertutup... mengapa tak buka? mangapa tak cipta? Mengapa tak wujudkan? Di mana ada kemahuan pasti ada jalan, sebab jalan tutup atau ditutup pun mesti ada jalan lain boleh lalu. Walau jalan buntu atau jalan mati, tetap akan ada jalan lain. Kerana jalan ada di mana mana, jalan dekat, jalan pintas, jalan jauh, jauh perjalanan luas pemandangan, luas tapi sempit kerana semua orang mencari cari jalan, bukan hanya ada kiri ada kanan, bukan hanya boleh perlahan malah boleh memotong, tersalah haluan atau sesat ada papan tanda untuk balik ke pangkal jalan.

Jalan boleh melencong, jalan jalan di kaki lima di luar negara sedang melancong, hidup ini bukan kosong, mengapa mahu dikongkong? Satu orang tak boleh, dua orang memang cakap kosong, perlu ramai yang sokong. Mencari jalan itu... Tapi kenapa jalan itu? Mengapa jalan itu, Apa nama jalan itu dan Siapa yang perlu ada di jalan itu ??? Pening ?? Tenang !!

2 Comments:

  1. phyca antares said...
    slalu gagal jumpe ruang bile sesat mencari peluang...huuuuuu
    Yus Design said...
    tau takper ... name awak saper??? nama saya Yus...

Post a Comment



Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama