Yus Design 2008 Allright Reserved

Kenapa ?

PhotobucketMain dengan bola. Sedang bermain bola. Orang yang bermain bola itu pemain bola. Pemain bola itu ialah orang yang minat bermain bola. Main dengan ayat. Sedang mengayat. Orang yang mengayat itu ialah pengayat. Pengayat itu orang yang suka bermain dengan ayat ayat.

Saya suka melukis tapi saya tidak minat menjadi pelukis, saya minat mewarna sebab saya suka dengan warna warni. Saya suka kamu, tapi saya tidak meminati kamu. Saya meminati dia, sebab saya suka dia.

Minat kerana bakat dan kepandaian, suka kerana suka dan kesukaan. Pemain bola itu orang yang berbakat dan pandai bermain bola sebab itulah dia minat bermain bola. Pengayat itu orang yang suka suka bermain dengan ayat namun belum tentu pandai mengayat. Begitu juga dengan suka melukis dan juga minat mewarna.

Oleh itu suka tidak semestinya minat tapi minat semestinya suka. Kerana kesukaan itu hanya untuk suka suka sahaja. Orang yang minat dengan penat dan suka dengan kepenatan itulah yang dinamakan Peminat! Penat mencari, kepenatan menanti, sebuah jawapan yang tak pasti.

Saya sayang kamu tapi saya tidak cinta kamu, Saya cinta Dia kerana saya sayang Dia. Sayang kamu tak semestinya cinta kamu, Cinta Dia sudah semestinya sayang Dia, itu sudah pasti. Tapi jika Dia tidak sayang apalagi cintakan saya, jadilah saya seorang peminat setia kepada Dia.

Sayang umpama minat kerana pandai memadukannya dengan kasih, cinta umpama suka yang kesukaan bersuka ria sesuka hati hingga tidak perasan soal hati dan perasaan..

Saya cinta dia dan kamu kenapa?

2 Comments:

  1. Ez@ty C Hatibudak said...
    Bijaksana sini..
    apa,mengapa,siapa..kenapa
    jika tidak bijaksana situ..
    biarlah yg putih atas putih & hitam bawah hitam...pada maknanya

    yang utama..
    Ada minat pd kamu suka
    ada suka pada cinta dia
    ada cinta pada kamu dan dia..

    adehh..pinjam minyak kapakmu...
    Yus Design said...
    HuHuHu ... Minyak Kapak Tak Ada.. YoKoYoKo ada... Tampal KoYok pun Ok gak.. buat hilang sakit kepala..

    Tenang 'PEMINAT'= kool men..

    1 tips tntng blog ini !! --> BLOOK...

    BACA + LOOK = KOOL B.....

    menengok dan membaca tak sama.. baca perlu menengok, tak tengok mana bleh membaca.. Huh!!

    Bersambung Nanti 27 Mei 2009, Untuk mengetahui segala jawapan semua persoalan ini... Huhuh :)

    Apa?Mengapa?Siapa?Kenapa?
    Dimana?..
    KaYuMaNisLah.....

Post a Comment



Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama