Yus Design 2008 Allright Reserved

Saya Kedekut Ilmu ? Ciss! Sekali Lagi...

Saya Kedekut Ilmu ? Ciss! Sekali Lagi..!! Ya.. Sekali Lagi Cis !! Bermakna sudah dua kali walau tertulis pada tajuk diatas: sekali (satu kali)... Namun 'lagi' telah menjadi kata transitif yang menjadi punca utama konotatif 'dua' itu lahir.

Ini kerana sebelumnya, ada tajuk yang sama telah digunakan disini yang perlu difahami dahulu. Kalimat 'Sekali Lagi' diselit sebagai kata predikat kepada kata subjek kisah 'thriller' ini juga bagi membedakan antara konotatif dan denotatif kepada part 2, siri 2, versi 2, volume 2, kerna saya tidak pasti samada ia akan berakhir disini atau akan ada lagi kesinambungannya yang bergantung kepada perkembangan ideanya, bukan pada budgetnya dan penajanya.

Apapun 2 perenggan diatas tiada kaitan dengan tajuk ini, oleh itu tak usahlah mengusutkan fikiran tentang hal yang tidak berkaitan, cukuplah sekadar buat pengetahuan agar tajuk diatas bisa dibuang dari melekat ke-Saya, juga memberi jawapan kepada kemusykilan kepada yang ingin mengetahui keberadaan tanda soal dan tanda seru yang tak pernah terungkap oleh-Saya ke-Kamu. Buat yang tidak ingin mengetahui pula, tamatkanlah bacaan anda pada baris ini dan kuserahkan diri-Kamu kepada-Nya yang Maha Esa, Maha Kuasa lagi Maha Mengetahui.

Kembali ke jalan yang lurus, setelah kembali kepangkal jalan.
(Maksudnya: Kembali ke Tajuk Asal seperti tertera diatas.)
Ilmu, ilmu, ilmu... adanya ilmu kita akan berduit, berharta, berpangkat, ber'Datuk' misalnya, kalau bernasib baik mungkin boleh berjaya beristeri melebihi empat. Ilmu itu berada dimana mana, terkadang ada terkadang tiada, kadang-kadang ia lesap, kadangkala ia menyesatkan akibat kedangkalan (cth: ilmu hitam, sihir). Oleh itu adalah sangat wajib mempelajarinya mengikut tertib, mengikut kaedah agar ilmu itu dapat memberi faedah tidak hanya kepada diri sendiri sahaja, tetapi kepada keluarga, masyarakat, bangsa, agama dan negara, atau barangkali kepada seluruh alam semesta seperti,
haiwan dan tumbuhan, makhluk UFO atau makhluk ghaib. Namun, harus diingat, semuanya juga boleh binasa, musnah dan hancur lebur kerana ilmu, sehinggakan ke tahap yang tidak bisa difikirkan oleh 'akal ilmu' itu sendiri. (cth: maaf tak terbayangkan..)

Ah.. Senang cerita tanpa ilmu sudah pasti saya tidak akan mengetuk-ngetuk papan kekunci ini, tetapi mengetuk-ngetuk bebatuan untuk buat api bagi membakar dedaunan kering yang digulung bersama kulit pokok, untuk dijadikan rokok versi manusia zaman batu, yakni manusia tanpa peradaban hendaknya.


Sekadar menghiasi suasana.
I-click para sa pagpapalaki | Clicca per l'allargamento | Klik untuk tumbesaran

Adakalanya ilmu seseorang diukur dengan huruf dan angka peratus, A=Amazing, B=Bijak dan D=Dongok misalnya, ada kalanya pula dapat diukur dengan sifat dan ketrampilan, yang berkemeja, yang berseluar slack berseterika, itu berilmu, wajib dihormati manakala yang berbaju 'bengkel', berseluar jeans koyak rabak tidak wajiblah dihormati apalagi disanjungi. Yang berkereta pula kalau... Eh! Cukuplah..

Kembali semula ke jalan asal akibat tersalah simpang.
(Maksudnya: Menyimpang Keluar dari tajuk asal)
Jika kamu bilang seni itu luas, semua yang terkait dengan indah itu adalah seni. Sebaliknya, bagi ilmu pula, semua yang indah, yang seni, yang luas, yang 'kamu bilang itu' semua hanyalah unsur unsur dan organisma organisma kecil dalam lautan ilmu, bukan dalam gayung atau baldi, bukan dalam empang atau kolam, tapi dalam lautan yang penuh dugaan yang tidak diketahui dimana hujung pangkalnya. Bersifat luar jangkaan adakalanya boleh membesar, melebar, berombak, surut, juga tsunami, tapi kejadiannya atau terjadinya bukan sesuka hati, sesedap mulut, ianya bersebab, Jesteru itu, ia wajib dicari, di gali, kemudian harus dikaji, dikaji, dan dikaji lagi lalu diselidiki, untuk dikembangkan atau dipertingkatkan lagi bagi menemukan lagi ilmu ilmu baharu yang baik, yang sihat, yang comel buat seluruh umat manusia yang bertamadun, berAdun dan berDun.


Jangan tiru adegan ini. Atau jadi macam dia.. yang tak faham Bahasa !

Tapi sifat kita, ya sifat kita, bukan kamu atau mereka, tetapi kita.. Baru saja jumpa terus jatuh cinta, sedangkan belum lagi berkenalan, akibat cinta yang buta itu semuanya diabai, segalanya dilupakan, janji bahagia katanya. Ertinya baru belajar tinggi sudah bangga diri, sudah tahu tak perlulah ambil tahu, jadilah pencarian ilmu itu sekadar syarat mendapatkan segulung sijil, diploma, atau ijazah contohnya. Selasai. Kita stop! tak perlulah kaji atau perkembangkan lagi, cukuplah setakat lobang hidung saja yang kembang-kembang, tak ingat akan kempisnya, kuncupnya dan peseknya.

Katanya sudah ramai pengkaji disana, di negara maju, yakni di Barat: mereka sedang sibuk mengkaji itu dan ini, mereka lagi hebat, lebih maju, lebih canggih wooo.. Walau mereka tidak mengaji kita ikut sajalah perkembangan kajian mereka.. tapi kalau ilmu itu untuk kebaikan bangsa, negara dan agama? Tak hairan lah jika bangsa kita.. ya bangsa kita, bukan bangsa kamu atau mereka, sudah mula maju kebelakang, ada yang sudah tak kenal bangsanya.

Kerana, Sebabnya, tanpa kajian yang spesifik lagi mendalam, ilmu itu akan statik dan pemikiran kita menjadi konservatif, statik maksudnya tidak bergerak, tahapnya takat situ saja, kita terima dengan bangga seadanya, sedangkan yang kita terima tahap 2 daripada 100 tahap. Sampai tahapnya kita bosan, kerna ilmu itu menjemukan, lalu ditinggal kerana ketinggalan zaman katanya, lalu berkubur bersama kejungnya dunia tanpa ilmu itu sendiri. (sekadar contoh: ilmu akhirat)

Buat kita, Ya kita lagi dan lagi-lagi kita sahaja, bukan kamu atau mereka;
Kita berhenti mengkaji, yang penting happy poket berisi,
Berhenti mengaji, yang penting tiap bulan dapat gaji,
boleh beli itu bayar bil ini, pintar diberi buat tabur janji,
konon wujudkan masyarakat bijak bistari, agar bangsa maju di esok hari,
Tapi dengan cara sebegini ?? Kompom hilang segala jati dalam diri.
Cukuplah hantar mak bapak pergi naik haji, Itupun belum tentu bisa ditepati...

Siapa Kita ?? Kita adalah insan yang menumpang atas dunia, aku dengan caraku yang sederhana, bezanya cuma amalan kita. Engkau dan juga aku saling perlukan Cinta dan Duit dan Duit lagi... dengan alasan, Untuk Masa Depan..


Sekadar Hiasan Bergambar

Mencari jalan yang benar setelah sesat dijalan yang terang.
(Maksudnya: Seringkali lari tajuk, keluar tajuk, sudah terlalu jauh menyimpang!! Maka diberilah alasan seperti dibawah ini...)
Begitulah sedikit contoh umpama 'salam perkenalan' kepada 'ilmu'. Baru berkenalan, masih jeling-jeling, kalau terserempak dijalan hanya senyum-senyum malu sahaja, tak masuk lagi bab berkawan, pergi tengok wayang sama-sama, bertepuk tampar juga bersama sama. Oleh yang demikian, saya akhiri khutbah hari ini dengan ucapan dalam bahasa Italia:
Piacere conoscerla. Il mio nome è Kusutt. Come ti chiami?

Yang ertinya..
"Selamat Berkenalan, Nama saya Kusut, Nama Kamu Pula Siapa ??"...

9 Comments:

  1. cuyz purnama said...
    pakah kau benar@yakin dgan penulisan mu tapi . .aku sokong jgak lah dan namaku cuya(cinta untuk yang arif). .
    Yus Design said...
    Maap kerana seringkali keluar topik, lari tajuk, kadang kadang lupa diri.. hohoho! Barangkali tajuknya terlalu LUAS... grgrgr!!
    cuyz purnama said...
    oh. . jadi awak bleh wat sinopsis tentang isu waak skang nie. . .?
    cuyz purnama said...
    o.k. . o.k. . pap jagk subjek kepada crita wak nie?
    Ez@ty C Hatibudak said...
    pada saya:
    rasa ilmu..makin d cari makin kurang..keselanjaran ilmu dalam dunia blog ini mbuktikn betapa pemurahnya ilmu dr c penulis blog...ia smakin manis jika dikalungkan dgn rasa tanggjwb & nilai nurani yg mulus...

    salam kenalan nama saya hatibudak ..ehh
    Yus Design said...
    pada saya pula :
    rasa ilmu..makin d cari makin kurang.. ada benarnya, oleh yang demikian tak perlulah dicari.. maksudnya ilmu atau bidang yang tidak sesuai dengan kemampuan mahupun kebolehan.. sekadar pengetahuan am cukuplah.. apa yang saya cuba tekankan disini ialah 'mengkaji, mengkaji, dan mengkaji'... sebagai cth: org 'ekonomi' yang mencampuri urusan orang 'seni', lalu di'ekonomikan' lah 'seni' itu menjadi 'EkoNoMoSeni'... sekadar contoh sahaja..

    Ilmu yang saya maksudkan disini, ialah ilmu dalam bidang saya, namun, tetapi, walaubagaimanapun, ilmu dalam bidang saya terlalu luas sifatnya dan merangkumi setiap unsur yang ada dalam ilmu itu sendiri, itulah sebabnya saya sering tersesat dan menyimpang..

    Barangkali saya perlu menukar tajuk.. Hohoho :).

    Apapun terima kasih Cegu atas puji-pujiannya, sehingga saya terasa diri ini sangat minta puji sekali..

    Nama samaran saya Minta Bin Puji. :)
    Yus Design said...
    cuyz purnama yang dramatis tapi kurang romantis, apa yang tersurat oleh mu tidak ku fahami, apalagi yang tersirat..

    (??)
    Ez@ty C Hatibudak said...
    maksud saya:
    makin dicari makin kurang ialah ilmu yg tdk perna mencukupi...maka perlunya ada usaha utk menokok tambah...tak kira la ia diluar batas kemampuan atau lainnya...

    Tau secara am itu mungkin lebih selesa..tapi kurang enak jika kesannya mbawa pemahaman yg menyimpang & bahana salah faham yg tiada kesudahan...wah wah..wah

    oh...puji2 an itu merangkumi jg penulis2 blog lainnya...jadi pakat2 la...untuk kongsi penyamaran diri sbg Mintak bin Puji.

    hohoho ( mcm santa klaus mo bagi hadiah la pulak)
    Yus Design said...
    maksud saya pula lagi :
    ..pemahaman yg menyimpang & bahana salah faham yg tiada kesudahan.. makanya buat pengetahuan am sudah cukup.. jadi boleh fokus. KECUALI ilmu fardhu ain...--> saya mcm bagus!

    Hohoh!

    Hakikatnya, Oleh yang demikian, saya ketagihan, ketandusan, memerlukan kritikan yg membangun! Bukan puji-pujian yg.. yg apa yah ???

    Hohoh! Lagi Sekali..

Post a Comment



Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama