Yus Design 2008 Allright Reserved

Lawan Mukha Chantek

Ya ! Tuan tuan dan Puan Puan, Encik encik, , Bapak bapak, Ibu-ibu, Anak-anak, Baby-baby, Muchi-muchi, Bucuk bucuk dan semua yang berada di Tawau, samada di TawauClick, TawauBlog, TawauKini mahupun di Taman Tikus, dengan ini diblogkan bahawasanya :
Photobucket
MISS & MR EASTERN PLAZA BEAUTY CONTEST : 1.00pm, 3 May 2009, Sunday.
Maksudnya, satu pertandingan mencari cari Cik dan Enchik yang Chantek Kompleks Eastern Plaza, pada tanggal 3 May 2009, bersamaan dengan hari Ahad atau hari minggu ini, bermula pada 1 petang.

Buat yang kureng chantek, atau yang perasan chantek, yang ingin turut sama berlawan chantek adalah tidak digalakkan sama sekali. Bukan tidak layak mahupun melawan takdir. Tetapi sesi ujichantek telahpun tamat tempohnya, dan peserta akhir telahpun ditemukan dan mereka akan beradu kekuatan dan pengawalan (control) muka mereka pada hari yang telah ditetapkan bagi merebut gelaran :

PEREMPUAN PALING CHANTEK DI KAMPONGKU : TaWaU.

Disebabkan tidak pernah ada gadhis-gadhis chantek yang pernah menghiasi blog ini, dengan itu, jesteru itu, oleh yang demikian, maka diletakkanlah gadhis-gadhis itu disini bagi menghiasi muka kulit blog ini agar nampak berhias walau cuma sedikit.
Bukan kah juga wanita itu hiasan Dunia..

Photobucket

Untuk yang MISTER/ENCHIK pula, rasanya tak perlulah saya letakkan mereka disini, bukan kerana diskriminasi terhadap jantina sendiri, cuma tidak mahu nanti dikata pula saya ni 'perasan', belagak, atau menunjuk-nunjuk, namun hakikatnya, saya adalah peserta fevret untuk merangkul gelaran ini. Oleh itu, saya terpaksa menerima sahaja kenyataan ini dengan rasa rendah diri.

BERHIBURLAH , JANGAN MENGHAMBUR !!

4 Comments:

  1. MASKARA said...
    wah si MILK pun ada bertanding..komporm menang si MILKy
    Yus Design said...
    Ya.. Ya.. Belawan jugak dia.. Mesti ko kenal dia masa dia keja di Ice World dulu kan ???
    Milk tu sempena nama minuman Milky Tea Pearl, nama betulnya Susu.
    Nie aku dengar cakap orang lah, Aku x pasti jugak.
    knsc said...
    saya tidak chantek...
    saya kacak.period.
    Yus Design said...
    Sifat yang lemah lembut, baik hati dan berbudi pekerti, mencerminkan kecantikan batin seorang insan yang terpuji di sisi-Nya.Walau zahirnya tak cantik atau tak ensom disisi insan yang lain...

    Yang cantik itu saya, Yang bersih itu juga saya...

    Baju saya chantek dan putih bersih dengan Febrezze Colour...

Post a Comment



Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama