Yus Design 2008 Allright Reserved

Sembahyang Jumaat

Jika kamu adalah laki laki muslim yakni beragama islam, adalah suatu kewajipan bagi kamu untuk menunaikan solat Jumaat pada hari ini. Janganlah kamu bersembunyi di dalam bilik yang 'gelap' itu sedangkan kamu tahu bahawasanya hari ini adalah hari Jumaat, penghulu segala hari hari yang ada. Janganlah kamu menggunakan alasan 'lupa segala lupa' sebagai alasan yang paling munasabah lagi bernas ke atas kamu untuk tidak menunaikan solat itu, lalu tanpa merasa segan silu 'menyembunyikan' diri di dalam bilik yang kosong itu, oleh yang demikian, tidak hairanlah jika jiwa dan raga kamu sering diselubungi dan dibayangi dengan kegelapan dan kekosongan walau ada cahaya yang menyuluh.

Terdengar saja seruan itu, gelap dan kosonglah bilik itu buat pertama kalinya pada hari Jumaat, kerana penghuninya, yang merasa kosong jiwanya dan sentiasa diselubungi dengan kegelapan, segera bergegas pergi ke masjid berdekatan untuk mendengar khutbah seraya bersembahyang solat jumaat bersama jemaah yang lainnya. Terdetik dihati setiap penghuni bilik itu pertanyaan dan persoalan tatkala melangkah menuju ke masjid...

Apakah niat mereka ikhlas atau gelap dan kosongnya bilik itu disebabkan oleh 'blackout' ataupun kerana mereka semua hari ini diselubungi dengan baju berwarna hitam... mungkin juga mereka buat-buat lupa apa yang dikatakan sebagai 'lupa segala lupa' ?? Tiada siapa yang tahu. Tetapi jika begitulah kejadiannya... Ya Tuhan! Ampunkanlah dosa-dosa kami!

Amin~

Kosong bukan juara, walau berada di atas dan sebelum Nombor Satu !

0 Comments:

Post a Comment



Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama