Yus Design 2008 Allright Reserved

Malas Itu Indah

Hari ini aku malas menulis, entah mengapa aku malas menulis, sedangkan tiada satupun alat tulis yang ada dihadapanku yang bisa mengaitkan diriku sebagai seorang yang sedang menulis, lagipun aku bukan penulis, apa kes aku mau malas menulis ?? Barangkali sebab aku malas melukis, entah mengapa aku malas melukis, mungkin aku bukan pelukis, sebab tiada satupun alat-alat lukis, walau sekadar pembaris, yang berada di sekelilingku yang boleh menggerakkan aku untuk melukis atau ingin melukis walau hanya seguris garis.

Tetapi apa kaitan menulis dan melukis yang membuatkan aku hari ini malas berbicara ? Terasa berat sekali bibirku yang manis ini untuk berbual apalagi untuk membuka bicara. Aku sedar aku bukan pengacara mahupun juruacara yang sentiasa berbicara walaupun tidak ada cara. Tetapi mengapa aku malas bicara walau sepatah kata?? Secara tidak langsung, hari ini aku jadi malas berfikir. Walau memikirkan perkara remeh, namun perkara malas telah menguasai seluruh fikiranku yang menyebabkan aku malas berfikir lalu menjadikan diriku sebagai seorang yang pemalas. Malas mungkin sebuah ciptaan yang terindah bagi orang yang pemalas. Tapi aku tidak dapat menciptakan keindahan bila aku malas. Oleh itu aku bukannya pemalas. Titik noktah!

Mungkin saja modernisasi membuatkan malasku mengusir rajinku yang memang telah jauh tersisih, kerna didepanku ada papan kunci yang tidak berkunci, ada tv 19" yang tidak bersuara, ada tikus yang tidak menggelikan ada juga motherboard tetapi tiada fatherboardnya. Segala romantisma kemalasan hari ini juga termalas di situ, yang tercipta atas nama malas itu indah!

Apapun malas yang terjadi, semuanya adalah suratan yang sudahpun tertulis, kita semua adalah artis dalam rancangan akademi realiti, yang melakar dan mencorakkan sendiri kehidupan ini di atas sehelai kertas putih. Pilihan warna terletak ditangan kita, bukan ditangan pengundi sms, samada warna hitam, putih, cerah, cemerlang, suram mahupun kelam, semuanya bisa diharmonikan kedalam warna warni kehidupan ini.

Malangnya apa yang tertulis, terlukis, dilakar, dan diwarnakan itu tidak bisa di'undo atau redo' semula, tidak bisa di copy paste, tidak boleh juga di delete untuk dimasukkan kedalam Recycle Bin atau dipindahkan kedalam memori kehidupan yang lain. Semua itu akan menjadi sebuah lukisan dalam sebuah potret kehidupan yang akan dinilai oleh Yang Maha Esa pada hari perbicaraan kelak. Tiada lagi istilah yang menurut budi bicara berkumandang. Saat itu juga alasan malas kepada segala malas hari ini sudah tidak boleh digunapakai lagi, apalagi alasan lupa, yang berpunca kerana malas berfikir hari ini, untuk memikirkan tentang hari esok dan hari perbicaraan itu ..


Awak Pikir Lah Sendiri ...!!!

4 Comments:

  1. Tanpa Nama said...
    Signifikan yg jelas antara Yus dgn kemalasanya itu...tiada la ia satu paksaan jua..

    Melukis bukan menulis mmg ada momokannya..selaku pelaku yg suka melayan karena hati yg suka melukis...kekadang diri ini diburu oleh tuntutaNya jua...maka mencari sudut yg mbolehkan diri tanpa niat membolehkan cara..

    Herannya kerajinan utk melukis bukan menulis, sentiasa memaksa diri tanpa blh d tahan2 rayu...lalu bangkit terpalit pada kanvas mencari tempat yg damai dihati...ternyata TIDAK malas juga indah...huhu
    Lagi Tanpa Nama said...
    kekadang diri ini diburu oleh tuntutaNya jua...-- > ini kebenaran yang hakiki & alami. Hrp Maklum..

    tapi situasi ini adalah : bila diri diburu dengan tuntutan Duniawi, cara dan niat sahaja tidak cukup tanpa bicara, fikiran buntu saat mengetahui cara dan niat sdh tidak selari.. malah ada yg berlari jauh kedepan.

    Sehingga terjumpa di satu sudut, ada ruang yang boleh dijadikan ruang utk melukis sambil menulis (cara yg tanpa niat) tanpa perlu alat tulis.. yang tidak akan habis-habis dakwatnya mahupun kertasnya...

    Malas Itu Indah ... Keindahan Itu juga sesuatu yang memalaskan... Tapi bukan bermaksud PEMALAS. Tidak malas itu hanya akan indah bila kita tidak lemas dalam kemalasan.. atau mungkin pandai berenang, saya tak pandai berenang kuak lentang !!
    Sheila said...
    Ntah la Yus... kenapa aku perlu gelak setiap kali membaca nukilan mu.. ada kah kamu berjenaka dengan aku... Oh! Tidak.. adakah mungkin ..
    yang pasti aku akan terus tergelak tanpa berbicara.
    Tanpa Nama said...
    Ntah la ?? Hahaha... Mengapa ko tergelak ?? Geli hati mu ? Digeletek oleh nukilan itu.. Magic Magic !!

Post a Comment



Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama