Yus Design 2008 Allright Reserved

Bukan Aku ? Jadi Siapa...

Photobucket

Jadi ???

Aku bukan bodoh, mengapa kau bilang aku bodoh?? Walaupun aku tidak ke sekolah dan punya sijil ataupun ijazah, apakah itu bermakna aku bodoh, apakah kerna aku tidak memakai baju kemeja yang dimasukkan ke dalam seluarku agar bisa memperlihatkan kepala talipinggangku, juga bermaksud aku orang yang bodoh ? Apakah juga kerna seluarku bukan seluar slack berjenama Alfio Raldo tetapi hanya seluar jeans bundle yang koyak menjadikan aku orang yang bodoh, apakah kerna aku banyak soalan, banyak bertanya, tentang perkara yang aku ingin tahu membuat orang yang aku tanya itu boleh mengatakan aku bodoh. Ingin tahu bukan tidak tahu, tidak tahu bukan tidak pandai, tidak pandai bukan bodoh. Mungkin orang itu bodoh, kerna dia tidak tahu yang aku sudah tahu sebelum bertanya tentang apa yang dia rasa aku belum tahu. Buat pengetahuan, aku tidak tanya jika aku tidak tahu!! Sebab apa? Entahlah.. aku pun tidak tahu.. Apakah bila aku cakap orang itu bodoh aku juga bodoh ? Jika begitu, aku hanya akan cakap orang itu kurang pandai atau tidak pandai.

Aku bukan gila, walau orang kelilingku merasakan aku gila, ada juga yang memang gila memanggil aku gila, tapi hakikatnya aku bukan gila, apalagi sinting. Kerna otakku masih terletak diatas kepalaku dan bukannya di kepala lututku. Fikiranku masih lagi waras, jalanku masih lagi lurus. Aku masih boleh menilai yang mana cantik dan yang mana buruk, yang mana kaca dan yang mana permata. Aku masih boleh menghitung 1, 2, 3 dan membaca A, B, C seraya menghafal alif ba ta. Jadi aku tidak faham mengapa orang memanggil aku gila, apakah kerna aku melihat kehidupan ini dari sudut yang tidak bersegi dan tidak ada garisan hitam mahupun putih membatasi, sudah cukup dijadikan sebagai bukti aku dekat dengan konotasi gila itu ? Mungkin mereka juga gila dengan berbagai kegilaan dalam bidang gila mereka!

Aku bukan playboy, walau aku di gelar playboy tapi kenyataanya aku bukan playboy, apalagi bapak ayam, atau juga laki-laki yang suka bermain dengan laki-laki. Sedangkan dalam hidupku, cuma ada satu sahaja wanita yang bertakhta dihatiku sejak sekian lama. Wanita itu aku panggil mama, wanita yang melahirkan aku dan menjaga aku sehingga dewasa. Cintanya padaku tidak akan luput sampai bila bila, selagi nyawanya berada dikandung badan, oleh itu aku tidak pernah menduakan, menigakan mahupun melapankan cintanya. Jadi mengapa orang bilang aku playboy? Apakah kerna aku laki-laki atau kehenseman diriku ini membuatkan orang bilang aku playboy, sedangkan kehenseman ini adalah anugerah dari Yang Maha Kuasa, yang wajib aku syukuri… Egokah aku dengan pernyataan yang tidak nyata ini ?? Apa itu ego..?? Tapi orang bilang ego dan laki-laki itu tidak dapat dipisahkan… Jadi biarlah aku ego, atau egois dan dot dot dot ! Titik! Noktah alias Fullstop!!

aku boleh jadi kau, dia dan mereka...
kau, dia dan mereka boleh jadi aku...
jadi aku, kau, dia dan mereka boleh jadi siapa siapa..
kerna aku, kau, dia dan mereka bukan siapa siapa..

bukan untuk siapa siapa..
bukan kepada siapa siapa..

bukan daripada siapa siapa..
kerna siapa siapa pun bukan siapa siapa..

Jadi untuk siapa ?? Kepada siapa ?? Daripada siapa ??
Siapa siapalah!!
Yang bodoh, yang gila dan yang playboy juga bukan siapa siapa !!!
Kerna yang bodoh, yang gila dan yang playboy boleh jadi siapa siapa pun!!

Tapi Bukan Aku! Aku tetap aku dan aku adalah aku! Aku Bukan Saya
Tamat!

4 Comments:

  1. Tanpa Nama said...
    Jika bukan aku adalah bukan siapa2 maka, perlu jadi siapakah si aku pada bukan siapa...yang siapa..??

    lalu bila bacul kebodohan timbul..ahhh itu hanya tuduhan diri pada penyamaran yang hipokrit..pada masa kegilaan diri sedang mencuit...siapa2 pun dia.
    Yus Design said...
    Contoh dekatnya; yang berkata diatas yg menggunakan Nama Tanpa Nama .. penyamaran ? hipokrit ? bacul kebodohan ? Adalah subjek yg dekat dengan Tanpa Nama yg bukan dan boleh jadi siapa siapa...

    Nasiblah susunan ayatnya telah dikenal bg memastikan siapa penyusunnya.. Huhuhu
    Tanpa Nama said...
    hehe..nah taupun..makanya tanpa nama blh jadi siapa2 apa..
    Yus Design said...
    Tapi Mengapa ?? Ada Apa Di Sebalik Siapa Tanpa Nama @ No Name @ ******..

Post a Comment



Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama