Yus Design 2008 Allright Reserved

Siapa Peduli Dengan Mu?

Aku tidak pasti aku berasal dari mana. Ada orang kata aku dari Pilipina, ada pula berkata aku dari Indonesia, tapi di passportku tertulis aku dari British, dahulu dari USA, pelik tapi benar. Apapun perkataan atau tulisannya, yang aku tahu dan nyata sekali, aku adalah mangsa dunia korupsi, yang melabelkan aku haram tapi dihalalkan, tidak sah tapi di sahkan, merbahaya tapi tetap juga aku berada disini, di merata tempat dimana manapun. Jadi, pedulikanlah dari mana asalku. Bukan itu yang mustahak untuk dipersoalkan ? Iyakan ..?

Di jalanan dan di kaki lima bandar, aku dikuasai oleh 'kerajaan' indie, bukan golongan indie apalagi indie band, tapi Kerajaan Indie, yang rakyatnya survive memperjuangkan aku di jalanan dan di kaki lima dengan 'bebas' sekali, bebas dari segala akta, akta cukai, akta hasil, akta buruh, akta pekerja, akta penduduk, dan pelbagai akta lagi yang telah difatwakan oleh kerajaan kamu. Jadi nilai ku tidak naik menjunam atau jatuh merudum selepas dasar Belanjawan di bentang tiap tiap tahun. Malahan nilai ku semakin tidak dihiraukan lagi, standard atau tidak, mahal atau murah, sedap atau tidak, best atau tidak, aku tetap bernilai! Tetap ingin dimiliki, oleh golongan elit mahupun yang tersepit. Jadi, peduli apa 'Kerajaan Indie' ku dengan dasar Kerajaan kamu !!

Disebabkan dasar itu jugalah aku tetap survive, bila aku survive rakyat yang memperjuangkan aku juga survive, apalagi yang sudah jatuh cinta dengan ketampanan si Niko dan keseksiannya si Tina, yang sememangnya aset paling bernilai dan berharga yang memaruahkan dan memartabatkanku. Dapat juga mereka melepas rindu dan memuaskan nafsu dengan adanya aku untuk dimiliki.

Kerana nilai dan nafsu ini, aku tidak hanya berada di kawasan bandar sahaja malah di kawasan kampung atau perumahan, hingga di celah celah kawasan yang boleh untuk aku dicelahkan, jadi aku senang untuk ditemui dan dimiliki di mana mana pun tanpa keraguan ditahan untuk dihukum pihak berkuasa kerana memiliki aku yang berstatus haram kerana tidak sah disisi undang undang. Nilai wang ringgit menjadi sebab utama sehingga nilai kemanusiaan sudah tidak menjadi keutamaan lagi.

Peduli apa dengan nilai wang ringgit ! Peduli apa juga dengan nilai kemanusiaan ! Yang penting semua asyik, semua khayal dengan kemampatan kerasnya pukulan batangku...

Belum Tamat .
Terpaksa ditamatkan bagi mengelakkan prasangka buruk .

Namaku Premium Bin Rokok Seludup...

Faham ??

Music For Anak Muda ...

For Soul And For Sold And For All..



Yang Duduk & Yang Berdiri...




Yang Bersilat &
Yang Melompat...



Yang Paling Budak & Yang Paling Bapak Budak...




Yang Skin Head
& Yang Botak Botak...



Yang Diluar & Yang Diluar Jugak...


Yang ...

Yang...

Yang Paling Chantek ...
Huhu :)

Yang Tak Puas Hati .. !!
Anak Kecil 1 : Huh !! Orang nak training Tae Kwon Do pun tak boleh ...
Anak Kecil 2 : Takpa ! Rilek ! Jom pulang main snooker..

Mas Kudin

Ada Siapa Selera ?

Para Parodi Muda

Anak muda..
Bukan pemuda... yang menurut perintah.
Bukan belia.. yang hanya ya iya ya!
Bukan remaja.. yang bebas tapi terpenjara.
Bukan orang tua.. Sudah namanya anak muda !!

Anak muda sikapnya rebel..
Anak muda hatinya berkecamukan..
Anak muda jiwanya tertekan..
Anak muda gayanya trendy ikut kemajuan..
Anak muda aksinya kelincahan..
Anak muda semangatnya membara kepanasan..
Anak muda pantangnya ialah cabaran..
Anak muda perpaduannya ialah setiakawan..
Anak muda harapannya berpanjangan..
Anak muda paksinya di jalanan..
Anak muda revolusinya bukan khayalan..
Anak muda risikonya hanyalah tentangan..
Anak muda pengaruhnya tiada sempadan..
Anak muda nalurinya penuh perjuangan..
Anak muda pandangannya kedepan..
Anak muda ideologinya sarat gagasan..

Tapi hairan...
Idolanya semuanya artis hiburan yang tiada pendirian..
Nilai pemikiran di ukur melalui pendengaran..
Tanpa pengetahuan segalanya hanyalah kebebalan..

Siapa yang hairan ??
Dasarnya ialah hiburan, pokoknya menghiburkan.
Janji semuanya terhibur bila dihiburkan..

John Lennon - I wanna hold your gland
_____________________________________________________
Iklaneka Percuma

Ra'yat community presenting Rockin' holiday
on 28 June 2009 at dewan giat belia tawau from 10am till the end
by rm5 entrance per person.. performing by:
_____Beberapa nama Band _____
(drugs, alcohol and fighting strictly prohibited!)
_____________________________________________________
(teks diatas disalin semula daripada sms yang di send oleh orang yang tidak dikenali.)

Paul Smith dan Jalur Gemilangnya.


Dulu-Dulu

Dulu kalau melihat stripe/belang/jalur dan apa pun namanya seperti di atas, secara langsung saya akan mengaitkannya dengan filem seberang yang suatu ketika dulu pernah menjadi virus kepada anak muda di Malaysia, yang cowok perasan dirinya Rangga, yang cewek perasan dirinya si Chenta. Ada Apa Dengan Cinta? Oleh itu, saya lebih perasan untuk menjadi Si Kribo yang berambut afro, juga ada kaca mata Ray Ban. Kribo, afro dan Ray Ban: Retro.

Kesimpulannya, jalur diatas, sangat sinonim dengan AADC dan Retro.
Dulu... kudus dan naif.

Kini

Tahukah kamu bahawa jalur ini mulanya tercipta bukan direka daripada lukisan dan warna mahupun daripada komputer ? Sebaliknya ia dicipta berdasarkan imaginasi yang dihasilkan melalui sulaman benang dengan 28 jenis warna (kini hanya 14) oleh seorang peniaga kedai baju merangkap tukang jahit yang kini bergelar pereka fesyen paling dikenali di seluruh dunia malah diiktiraf sebagai seorang ikon fesyen pengeluar pakaian lelaki, Enchik Sir Paul Smith.

Hakikatnya, beliau bukanlah seorang pengusaha ataupun tukang jahit apalagi untuk mengimpikan dirinya menjadi seorang pereka fesyen. Beliau adalah seorang yang pelumba basikal yang bercita cita untuk menjadi juara seperti dalam acara Le tour de Langkawi, tetapi kemalangan yang menimpanya telah merubah nasibnya.

Berasal dari Nottingham England, berada dalam dunia fesyen sejak 3 dekad lalu hanya mendapat gelaran pingat kebesaran daripada Queen Elizabeth II tahun 2000, yang membenarkan beliau menggunakan gelaran Sir pada namanya.

Jalur ini dihasilkan ketika awal kariernya sebagai pereka, ketika penghujung tahun 60-an setelah beberapa tahun membuka perniagaan menjual baju siap. Mulanya jalur ini hanyalah sebagai sebuah edisi semusim yang terhad, tetapi tak disangka jalur keriangan ini menjadi tarikan pengguna untuk dimiliki. Sehinggakan menjadi logo dan trademark untuk setiap produk komersial keluaran beliau hingga kini, baik dari pakaian hinggalah ke pelbagai koleksi serta aksesori yang lain, baik produk untuk lelaki mahupun wanita, sehinggalah ke Mini Cooper, pasti akan ditemui jalur yang meriah ini. Wajib! Jika tidak itu mungkin dari Paul McCartney (Beatles) atau Paula Abdul barangkali, bukan Paul Smith.

Ketika itu zaman rock and roll, demam The Beatles sudah menjangkiti seluruh England. Elvis Presley dengan tarian twist seperti ala-ala lagu 'Bila Larut Malam' sudah dianggap klasik dan ketinggalan zaman. Baju kolar polos putih dengan belang biru atau coklat burgundy juga dianggap lapok. Namun kerana kekurangan dana, hanya baju seperti itu yang mampu untuk diborong dan diletakkan sebagai barangan jualan di dalam kedai bajunya.

Bayangkan setiap hari hanya melihat baju baju klasik yang berwarna malap dan pudar sahaja tersusun di dalam kedai anda. Dengan bantuan teman wanitanya (kini isterinya) seorang pelajar kursus fesyen dan jahitan di Sekolah terkemuka di England beliau belajar sedikit cara menjahit dan menyulam dengan sendirinya.

Dari situlah tercetus idea untuk menghasilkan sendiri produk baju beliau dengan konsep menggabungkan ciri ciri klasik yang pudar dan malap dengan irama twist yang berunsurkan keriangan dan bersifat keceriaan.

Sedih yang ditutupi kebahagiaan dengan kegembiraan untuk dikomersialkan semula walau telah dianggap lapok. Berjaya ! Sehingga menjadi ikon lagi... Malah jalur gemilang yang terhasil dari konsep ini banyak di jadikan sebagai panduan merangkap rujukan dalam rekaan samada dalam bidang penerbitan mahupun percetakan.

RETRO ? Yah ! Memang retro pun !!

Satu Lubang Dua Bola

Bola Golf dan Bola Guli.. Hole in One !!

Minggu ini saya dapati yang saya tidak layak untuk bermain golf. Kecewa juga rasanya. Tapi begitulah hakikatnya. Hidup ini bukan seperti apa yang kita inginkan. Oleh itu, tak dapatlah saya mengenali lebih dalam lagi tentang perkara perkara yang terdapat dalam permainan golf, seperti birdie, double bogey, par, putter, handicap dan lain lain perkara lagi. Tapi perkara ini tidak menjadi masalah, kerana saya boleh belajar sendiri melalui TV, buku dan juga internet.

Yang menjadi masalahnya ialah, saya tidak dapat mengenali pemain-pemain golf yang lain. Sudah tentu mereka semua terdiri dari golongan orang yang bijak, orang berada, orang besar, orang banyak duit, orang banyak kontrak, dan yang paling penting, orang yang bermain golf ini selalunya dianggap umum sebagai orang yang berjaya dan hebat hebat belaka dan perlu dipandang tinggi dan wajib dihormati. Namun tidak kesemuanya, ada juga yang sebaliknya, tetapi seperti kata orang putih - we judge a book by it's cover. Oleh sebab itu, tanggapan umum seperti apa yang disebutkan sebentar tadi memang sukar untuk dipisahkan dengan orang yang bermain golf.

Hebatkan ? Siapa yang tidak mahu dianggap umum seperti begitu..? Biar bengap macamanapun, umum tidak akan pernah berani untuk mempersoalkan tentang kebengapan itu... Biar hidup susah, tetapi tetap juga dianggap orang yang senang. Biar rendah, tetap juga dipandang tinggi. Biar penipu, tetap juga dihormati. Sebegitulah umpamanya. Lagi satu yang cukup mengecewakan ialah, terkuburlah sudah harapan saya untuk menjadi Tiger Woods Malaya dan bermain golf di Royal SGC.

Apapun yang berlaku, saya tetap akan terus bermain guli seperti sediakala. Tetapi kali ini saya akan bermain guli dengan bersungguh-sungguh, cara membaur akan dipertingkatkan, serangan kepiting akan dipertajamkan lagi, begitu juga dengan gaya plising dan obel katan, barangkali perlu diperkemaskan sedikit gayanya. Guli baru yang berwarna warni dan cantik coraknya akan dibawa masuk menggantikan guli-guli lama, yang bocel pula akan di semadikan di dalam akuarium ikan.

Biarlah apa tanggapan umum terhadap orang yang bermain guli. Siapa tahu suatu hari nanti 'Main Guli' akan dimasukkan kedalam acara sukan Olimpik ataupun Komanwel ? Sukma pun ok . Sudah pastilah saya orang yang paling layak untuk mengikuti kontinjen ke Sukan tersebut.

Kerana hanya saya seorang saja yang bermain guli... di sini. Secara amatur merangkap profesional. Naif!

Hujan Rintik Bukan Tempiasnya Dewa Langit

Kurang Ajar ditakrifkan sebagai orang yang berperikelakuan dan berperangai tidak sopan, tidak senonoh seperti nakal, biadap, penjahat, pengganas, pencuri, penipu, perogol, perosak dan pelbagai lagi. Sebagai contoh, mat rempit atau samseng jalanan, kerana perbuatan mereka tidak disenangi dan mengganggu ketenteraman awam walaupun mereka dari golongan orang yang terpelajar yang telahpun diajar, tetapi mungkin kurang dari segi buku atau tenaga pengajar misalnya. Oleh itu, kurang ajar tidak ada kena mengena dengan buta huruf ataupun kebendulan.

Orang yang mengatakan kurang ajar kepada orang yang kurang ajar itu juga sebenarnya adalah orang yang kurang ajar..

Yang Kurang Arif.
Mohd Arif Bin Acho

Menjunjung Titah

Hari ini hari Ahad. Hari yang terakhir dalam anak tangga akademi hari. Sudah termaktub sejak dahulu kala, dan tidak perlu lagi undian sms bagi meletakkan hari ini di kedudukan yang terakhir. Dalam erti kata yang lain, berakhirnya satu minggu dalam 7 hari. Kerana, bukan sahaja Dragon Ball, malah satu minggu juga ada tujuh biji hari kesemuanya!

Oleh sebab itu, ada yang menyebut hari Ahad sebagai hari-7, hari hujung minggu atau hari minggu sahaja. Hari ini merupakan hari yang ke-172, dalam minggu yang ke-25, dan hari ke-21 dalam minggu ke-3 bulan Jun untuk tahun 2009. Apapun sebutan atau perhitungan harinya, setiap tahun dalam minggu ke-3 bulan Jun telah ditetapkan bahawa hari sambutan ulangtahun kepada mereka yang bergelar Ayah, Abah, Abih, Baba, Bapak, Daddy, Dadi mahupun Death (anak kejam) .

Bapak Ku Bukan Bapak Mu
Ringkas dan selesa (juga tidak kejam), saya memilih gelaran Bapak. Oleh itu, hari ini Hari Bapak. Selamat Menyambut Hari Bapak. Sayangilah Bapak anda seperti anda menyayangi Emak anda ataupun Kekasih anda ataupun Isteri/Suami anda. Kerana, tanpa Bapak anda siapalah anda. Tanpa Bapak anda juga, sudah pasti anda adalah anak yang ditemui di dalam Recycle Bin.Kerana Bapak anda sahajalah, yang berhak untuk ber-Bin/Binti-kan anda, bukan Bapak orang lain, atau Bapak mertua, Bapak tiri dan Bapak Ayam misalnya.

Bapak Borek Anak Rintik.
Hebat atau jahat, baik atau buruk, kuat atau lemah, berani atau penakut, kacak atau kurang kacak sifat dan sikapnya, Bapak bukan minyak Kayu Kapak, bukan bola sepak, bukan barang antik, seperti juga anda, seorang anak, seorang Manusia, ada hati dan perasaan. Jika masih hidup, sambutlah Hari Bapak bersama Bapak anda. Hadiahkanlah seekor ikan kaloi misalnya, sebagai tanda menghargai kerjayanya sebagai seorang Bapak yang cemerlang. Ikhlas walaupun Bapak anda sudah nyanyuk.

Dikesempatan ini juga saya ingin mengucapkan Selamat Hari Bapak kepada Bapak saya, Yang Berhormat Datuk Seri Panglima kepada 2 orang cucunya, Menteri Penuh kepada 9 orang anaknya merangkap Raja kepada seorang Permaisurinya. Ya! Seorang sahaja. Cukup! Semoga panjang umur dan sehat selalu.

Tidak lupa juga kepada seluruh Bapak Bapak yang ada di seluruh dunia. Yang sudah berumahtangga tetapi belum bergelar Bapak segeralah melakukan perkara yang sepatutnya untuk bergelar Bapak. Anak bukan beban, bukan juga rezeki, permata, buah hati apalagi pengarang jantung. Anak adalah anaklah.. mungkin juga anugerah, seperti saya yang menganugerahkan Bapak Saya The Living Legend..


Sungguh bertuahlah siapa yang mendapat anak seperti saya. Seperti anak menantu misalnya. Ehem !

Dulu Duluan


Bukan ! Jangan fikir tentang Komunis. Ini bukan Komunis ! Bukan juga Chin Peng ! Apalagi Chow Yun Fatt.. Ini dulu saya punya wakil rakyat.. YB atau Yang Berhormat boleh juga Yang Berbahagia, selain daripada itu tidak boleh, Yang Bongkak atau Yang Bangang, misalnya. Tapi malangnya, nasib beliau serupa sama itu Chin Peng dan Chow Yun Fatt (mungkinlah..). Kesian dia.. Siapa tak kenal beliau memang malang jugalah nasibnya..

Kalaulah dia Melayu..

Tak Sabar !!

Orang kaya selalunya miskin,
Orang miskin selalunya kaya,
Miskin dengan kasih,
Kaya dengan kasihan...

Orang berjaya selalunya kaya..
Orang bergaya selalunya miskin..
Jika hari ini berjaya, esok jangan terlalu bergaya..
Masih ada lusa, tulat, semalam dan kelmarin.

Hari ini kaya, hari esok mungkin miskin.
Hari esok miskin, lusa mungkin kaya..
Tiada hari ini jika tiada kelmarin..
Tiada esok jika tiada hari ini.

Tapi Hari Itu...

Yang kaya bergaya, yang miskin ikut bergaya..
Yang kaya berduka, yang miskin juga berduka..
Yang kaya gembira, yang miskin turut gembira..
Tiada beza, serupa meskipun tak sama...

Mengapa ?

Kerna hari itu, Hari Raya Aidilfitri yang Mulia..
Miskin dan Kaya semuapun sama !
Selamat Hari Raya Semua...

Maaf Zahir & Batin..

Budaya Desain ?

Rekacipta atau rekabentuk kini telah di istilahkan sebagai desain, yang di melayukan daripada bahasa orang putihnya; design. Orang yang melakukan atau membuat perkara ini sebagai kerjaya ataupun hobi, samada secara amatur atau profesional, part-time atau full-time, freelance mahupun syok sendiri akan digelar sebagai Pereka atau Designer, tanpa perlu pengiktirafan sesiapa mahupun pengiktirafan daripada badan berkanun mahupun badan kebajikan. Samada title itu disukai ataupun tidak, ianya tetap akan wujud, tapi sampai mana ia akan melekat, terpulang kepada empunya diri.

Soalan :"Siapa yang desain gambar nie?" Jawapan :"Si Arif yang desain."

Secara langsung si Arif menjadi seorang 'Designer' kerana perbuatannya itu walau tanpa disedari.. Tetapi jika tersedar atau menyedarinya maka, diletakkanlah pada hujung pangkal namanya desain sebagai 'tanda' dia seorang designer yakni seorang pereka walau sekadar sekeping gambar, seperti Arif Design, atau barangkali Ren Design, Joe Design, Cuya Design, Guguk Design, Sepul Design, mahupun Ana Design yang cenderung kepada rekabentuk grafik berkomputer (Graphic Design) adanya..

5, 6 tahun dahulu orang hanya akan menggunakan istilah 'tukang buat' atau 'tukang cipta' bagi mengistilahkan pelaku, pembuat tersebut...contoh dalam bidang pengiklanan orang yang membuat kain rentang dengan berus dan pelaka akan dipanggil tukang buat, atau tukang lukis tetapi bukan desainer sedangkan cara, kaedah dan fungsinya sama juga dengan desainer masa kini.

Mereka sudah maju..

Nama Saya Yus Design.

Awan Petir Menyambar

Photobucket

Nah !! Rock Lagi..

Tak Kenal Kamikaze Tak Rock ??

Tiket dibuka untuk dijual Sekarang ! Harga RM60. Boleh didapati di Net Alive atau talipon
Mr.Y Helloween (013-8884241) / Mr. Ali (016-8219797)
.
Tempat adalah terhad untuk 200 orang sahaja. Siapa cepat dia Rock!!
Net Alive adalah sebuah pub/kelab malam yang terletak di Tawau, seperti kelab malam ala-ala Planet Hollywood di KL atau Bangkok. Jika anda pergi ke sana anda akan bertemu dengan kedua orang ini..

Bob Marley dan Jimi Hendrix.. ( di dinding )

Search Di Awan Blue

Kid ?? Mana Kid ?? Argh!!... sapa terer ciplaklah tiket palsu.. Kompom jadi jutawan segera... Dijamin !!
Kaunter tiket di Eastern Plaza (13-16 Julai ), Kompleks Sukan Tawau (17-18 Julai ).
Hubungi Ticket Hotline 03-7725 1177 atau layari www.tickethotline.com.my


Madai Menanti

MADAI MENANTI (13 Episod) sudah siap 80 % dijangka selesai 20 Jun 2009 ...

Adeh ! Maganda paree... pinakamahusay!!

Pembikinan drama bersiri "Madai Menanti" kini berada di daerah Lahad Datu untuk sesi penggambaran setelah selesai adegan-adegan di sekitar Kunak, seterusnya ke Lahad Datu yang melibatkan beberapa lokasi yang ada hubungkait dengan cerita lagenda ini yang datangnya dari masyarakat Idaan.

Dalam usaha untuk menjadikan 'Madai Menanti" sebagai sebuah drama bersiri Tv yang terbaik , Pengarahnya Malek Rahman, Penolong Pengarah Arena AlBakri, Pengarah bersama Ebby Yus, Jurukamera Suhaimi @ Gawai, Penerbitnya Norsahar Ahmad, krew serta para pelakonnya berharap dan berdoa agar episod 13 bersiri ini akan menjadi satu lagi kemenangan terutama sekali kepada penulis skripnya Zabidi Mohammed.

Para pelakon senior dan junior yang telah berkecimpung dalam bidang teater tanah air ,tari, seni suara dan penulisan seperti Penerbitnya, Norsahar Ahmad, Rashideman, Mohamad Haji Salleh @ Mat Kongo, Hasnah Ibrahim, Nandra Hitong, Awang Karim Kadir, Mohd Noor Makbul, Arbaya Suni, Masti Inongan, Asmawan Adol, Evelynn Stephen Minkong, Arman Marasal , Umai, Datu Halun Datu Karim, Jifrun Baidullah, Razali Haji Tatan, Rosle Yunos, Adik Azhari Azizi, Marlin Malalin dan komposer Jamil Aziz serta tiga pelakon utama dua daripadanya yang dilahirkan melalui progam realiti Tv Akademi Fantasia 4 & 5 iaitu Ebi Kornelis @ Mohd Firdaus Yaimal (AF5), Leez Rosli (AF4) dan penyanyi Naufarah Yassin turut memperjuangkan drama MADAI MENANTI sehingga terpaparnya di kaca TV melalui saluran RTM pada bulan September ini untuk tontonan para peminat seni tanah air samada di Semenanjung, Sarawak dan Sabah.




Kerja keras yang dilakukan oleh Pengarah Malek Rahman dan Penolong pengarah Arena Albakri serta Pengarah bersama Ebby Yus yang berwibawa cukup memberangsangkan. Komitmen kerja sesama mereka dan semua yang terbabit cukup memberi erti demi kejayaan drama bersiri 13 episod ini.

Antara lokasi-lokasi penggamabaran adalah Gua Madai, Jambatan Gantung, Lapangan terbang, Pejabat Daerah, Rumah Haji Kassim (dalam drama), Restoran, Balai Polis, Jeti, sekitar Pekan Lahad Datu, Perkampungan Binuang, Perkebunan sayur Silam, Perumahan Pewaris di Sepagaya dan Mahkamah Anak Negeri.

Antara kata-kata Haji Osman (lakonan Mat Kongo) selaku Ketua Adat masyarakat itu '' Nenek Apoi...orang yang pertama menemukan Gua Madai mengikut lagendanya telah hilang di dalam Gua Madai. Tapi selepas itu kaum Idaan 'mula meneroka Gua Madai. Sehingga kehari ini, Kerajaan Negeri Sabah mengiktiraf Gua Madai adalah hak perwarisan kaum Idaan. Ingat!....Masyarakat Idaan diberi rezeki oleh Allah SWT dengan Sarang burung Layang-Layang. Kit a kena bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan. Rezeki ini kita kena amanh,bersyukur, jang an bertelagah. Cuma pesan saya, jaga pantang la rang antaranya, jangan kutip Sarang Burung pada hari Jumaat, juga jangan mencuri hak oran g lain!..." kata-kata ini terbit apabila Mastor (lakonan Marlin Malalin) broker haram Sarang Burung bersama konco-konconya Tukik (lakonan Mohd Noor Makbul), Beladang(lakonan Jifrun Baidullah) dan Kasmat (lakonan Asmawan Adol) yang ingin cepat kaya untuk memikat Hamidah (lakonan Naufarah Yassin) kekasih Nordin (lakonon Ebi AF5) seorang Penolong Pegawai Daerah.

Sambung Hj Kassim (lakonan Rashideman) selaku perwaris tertua Gua Madai dan Sarang Burung itu "Kerana sifat tamak itulah yang membuat manusia menjadi rakus dalam mengejar harta dunia. Sarang Burung di Gua Madai adalah rezeki, amanah dan beban kepada kaum Idaan. Kita kena banyak bersyukur dengan rezeki Allah. " Haji Kassim merupakan manusia yang sentiasa tenang, sesekali menjadi bersifat tegang apabila adiknya Damang (lakonan Nandra Hitong) bertindak melampaui batas dengan sifat panas barannya, terutama sekali bila muncul Talib adik tirinya (lakonan Awang Karim Kadir) tiba-tiba muncul untuk menuntut 'Hak Waris' yang ditinggalkan oleh arwah bapa mereka.

Pergolakkan, krisis dikalangan keluarga Haji Kassim menjadi lebih hangat dan kritikal sehingga menjadi satu perbalahan diantara mereka sehingga dibawa kepada Ketua Adat dan Mahkamah Anak Negeri untuk penyelesaian. Tuntutan Talib tidak berhasil kerana di dalam surat wasiat ayah mereka seperti yang di baca oleh hakim " Surat Wasiat yang kamu bawa adalah sah dan betul. Tetapi surat wasiat ini hanya menyatakan bahawa kamu adalah berhak menuntut segala wang simpanan dan tanah yang tersimpan di dalam akaun arwah. Tetapi tidak pula menyatakan Sarang Burung yang terdapat di Gua Madai. Dengan ini tuntutan kamu keatas Sarang Burung di Gua Madai adalah ditolak! ". Itu lah keputusan yang diberikan terhadap tuntutan Talib. Bagaimanakah nasib Talib yang telah berjanji untuk menyelesaikan hutang-hutangnya pada samseng-samseng dari Sandakan (lakonan Jamil Aziz dan Omarsyah Hamzah).

Senario kehidupan ini berakhir dengan satu kedamaian apabila Pak Utoh (lakonan Datu Halun Datu Karim) ayah kepada Hamidah seorang insan yang dibenci dan dimusuhi oleh Damang bertindak secara ikhlas dan jujur untuk mendermakan darahnya jenis 'O' kepada Damang yang sedang dalam keadaan kritikal akibat kecederaan yang menimpanya semasa cuba di samun dan memerlukkan darah untuk menyelamatkan nyawanya. Talib yang tidak disenangi oleh Damang juga telah berjasa kepada Damang kerana telah menyelamatkan wang Damang dari dirompak dan menghantarnya segera ke Hospital.

Perdamaian keluarga ini telah menyatukan Nordin anak kepada Hj Kassim dengan Hamidah anak Pak Utoh yang sebelum ini tidak di restui oleh Damang. Norsiah (lakonan Leez AF 4) pelajar kolej yang membuat kajian tentang Gua Madai tetap segar sebagai sahabat dan adik kepada Nordin dan Hamidah yang sebelum ini kehadirannya di daerah tersebut telah menerbitkan bunga-bunga cemburu dalam percintaan mereka. Pada mereka , biarlah Gua Madai terus menjadi saksi buat segala-galanya.




Ketidakfahaman Kefahaman

Nama kamu siapa ? Saya..
Ya, Kamu! Siapa ?
Kamulah.. Siapa lagi... Owh.. Saya.. Siapa bukan saya..
Iya saya tahu! Jadi siapa nama kamu ... ? Bukan! Saya bukan siapa ...
Saya faham.. Faham!
Jadi? Kamu punya nama siapalah ? Bukanlah! Siapa itu bukan saya. Saya ialah saya.
Iyalah! Saya tahu.. Tahu apa?
Tahulah kamu ialah kamu.. Bukan siapa.. Jadi mengapa tanya lagi ?
Sebab saya tidak tahu ... Aik!? Tadi cakap tahu..
Mana saya tahu! Kalau saya tahu saya tak tanya... Tanya apa lagi? Kan saya dah jawab semuanya...
Bila masa kamu jawab.. kan saya tanya tadi nama kamu siapa.. Argh!! Kan saya dah bagitau tadi nama saya bukan siapa. Saya ialah saya..
Ya!! Saya tahulah semua tu! Nama kamu bukan siapa... Betul.. Siapa nama bapak saya..
Mana saya tahu nama bapak kamu.. Siapalah nama bapak saya.
Saya tak tahulah nama bapak kamu !! Argh!! Tak faham bahasa!
Kamu yang tak faham bahasa.. Tanya nama pun susah!! Apa pulak ! Kan saya dah bagitahu nama saya ialah saya.. Bukan siapa.. Siapa itu nama bapak saya.. Saya Bin Siapa.
Owh! Nama kamu Saya Bin Siapa ?? Ya! Betul! Berapa kali mau cakap ?
Nama saya Kamu Binti Faham. Owh.. Salam Kekusutan kepada Kamu yang tak faham.....
Arghh! Saya Kusut!! Ya! Kamu juga kusut.. Siapa suruh tanya nama saya.. Lain kali tanyalah.. Saya dah makan kah belum ?

Saya tersenyum simpul sambil mencari kesimpulan yang telahpun tersimpul rapi dengan ikatan mati. Kamu pula bengang dan timbul rasa penyesalan kerana bertanya kepada Saya, siapa namanya, bukan nama bapaknya.. Tak tahulah apa jadi kalau Kamu tanya nama bapak Saya.. (Nama Bapak Saya Siapa... ?)

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama