Yus Design 2008 Allright Reserved

Paul Smith dan Jalur Gemilangnya.


Dulu-Dulu

Dulu kalau melihat stripe/belang/jalur dan apa pun namanya seperti di atas, secara langsung saya akan mengaitkannya dengan filem seberang yang suatu ketika dulu pernah menjadi virus kepada anak muda di Malaysia, yang cowok perasan dirinya Rangga, yang cewek perasan dirinya si Chenta. Ada Apa Dengan Cinta? Oleh itu, saya lebih perasan untuk menjadi Si Kribo yang berambut afro, juga ada kaca mata Ray Ban. Kribo, afro dan Ray Ban: Retro.

Kesimpulannya, jalur diatas, sangat sinonim dengan AADC dan Retro.
Dulu... kudus dan naif.

Kini

Tahukah kamu bahawa jalur ini mulanya tercipta bukan direka daripada lukisan dan warna mahupun daripada komputer ? Sebaliknya ia dicipta berdasarkan imaginasi yang dihasilkan melalui sulaman benang dengan 28 jenis warna (kini hanya 14) oleh seorang peniaga kedai baju merangkap tukang jahit yang kini bergelar pereka fesyen paling dikenali di seluruh dunia malah diiktiraf sebagai seorang ikon fesyen pengeluar pakaian lelaki, Enchik Sir Paul Smith.

Hakikatnya, beliau bukanlah seorang pengusaha ataupun tukang jahit apalagi untuk mengimpikan dirinya menjadi seorang pereka fesyen. Beliau adalah seorang yang pelumba basikal yang bercita cita untuk menjadi juara seperti dalam acara Le tour de Langkawi, tetapi kemalangan yang menimpanya telah merubah nasibnya.

Berasal dari Nottingham England, berada dalam dunia fesyen sejak 3 dekad lalu hanya mendapat gelaran pingat kebesaran daripada Queen Elizabeth II tahun 2000, yang membenarkan beliau menggunakan gelaran Sir pada namanya.

Jalur ini dihasilkan ketika awal kariernya sebagai pereka, ketika penghujung tahun 60-an setelah beberapa tahun membuka perniagaan menjual baju siap. Mulanya jalur ini hanyalah sebagai sebuah edisi semusim yang terhad, tetapi tak disangka jalur keriangan ini menjadi tarikan pengguna untuk dimiliki. Sehinggakan menjadi logo dan trademark untuk setiap produk komersial keluaran beliau hingga kini, baik dari pakaian hinggalah ke pelbagai koleksi serta aksesori yang lain, baik produk untuk lelaki mahupun wanita, sehinggalah ke Mini Cooper, pasti akan ditemui jalur yang meriah ini. Wajib! Jika tidak itu mungkin dari Paul McCartney (Beatles) atau Paula Abdul barangkali, bukan Paul Smith.

Ketika itu zaman rock and roll, demam The Beatles sudah menjangkiti seluruh England. Elvis Presley dengan tarian twist seperti ala-ala lagu 'Bila Larut Malam' sudah dianggap klasik dan ketinggalan zaman. Baju kolar polos putih dengan belang biru atau coklat burgundy juga dianggap lapok. Namun kerana kekurangan dana, hanya baju seperti itu yang mampu untuk diborong dan diletakkan sebagai barangan jualan di dalam kedai bajunya.

Bayangkan setiap hari hanya melihat baju baju klasik yang berwarna malap dan pudar sahaja tersusun di dalam kedai anda. Dengan bantuan teman wanitanya (kini isterinya) seorang pelajar kursus fesyen dan jahitan di Sekolah terkemuka di England beliau belajar sedikit cara menjahit dan menyulam dengan sendirinya.

Dari situlah tercetus idea untuk menghasilkan sendiri produk baju beliau dengan konsep menggabungkan ciri ciri klasik yang pudar dan malap dengan irama twist yang berunsurkan keriangan dan bersifat keceriaan.

Sedih yang ditutupi kebahagiaan dengan kegembiraan untuk dikomersialkan semula walau telah dianggap lapok. Berjaya ! Sehingga menjadi ikon lagi... Malah jalur gemilang yang terhasil dari konsep ini banyak di jadikan sebagai panduan merangkap rujukan dalam rekaan samada dalam bidang penerbitan mahupun percetakan.

RETRO ? Yah ! Memang retro pun !!

0 Comments:

Post a Comment



Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama