Yus Design 2008 Allright Reserved

Siapa Peduli Dengan Mu?

Aku tidak pasti aku berasal dari mana. Ada orang kata aku dari Pilipina, ada pula berkata aku dari Indonesia, tapi di passportku tertulis aku dari British, dahulu dari USA, pelik tapi benar. Apapun perkataan atau tulisannya, yang aku tahu dan nyata sekali, aku adalah mangsa dunia korupsi, yang melabelkan aku haram tapi dihalalkan, tidak sah tapi di sahkan, merbahaya tapi tetap juga aku berada disini, di merata tempat dimana manapun. Jadi, pedulikanlah dari mana asalku. Bukan itu yang mustahak untuk dipersoalkan ? Iyakan ..?

Di jalanan dan di kaki lima bandar, aku dikuasai oleh 'kerajaan' indie, bukan golongan indie apalagi indie band, tapi Kerajaan Indie, yang rakyatnya survive memperjuangkan aku di jalanan dan di kaki lima dengan 'bebas' sekali, bebas dari segala akta, akta cukai, akta hasil, akta buruh, akta pekerja, akta penduduk, dan pelbagai akta lagi yang telah difatwakan oleh kerajaan kamu. Jadi nilai ku tidak naik menjunam atau jatuh merudum selepas dasar Belanjawan di bentang tiap tiap tahun. Malahan nilai ku semakin tidak dihiraukan lagi, standard atau tidak, mahal atau murah, sedap atau tidak, best atau tidak, aku tetap bernilai! Tetap ingin dimiliki, oleh golongan elit mahupun yang tersepit. Jadi, peduli apa 'Kerajaan Indie' ku dengan dasar Kerajaan kamu !!

Disebabkan dasar itu jugalah aku tetap survive, bila aku survive rakyat yang memperjuangkan aku juga survive, apalagi yang sudah jatuh cinta dengan ketampanan si Niko dan keseksiannya si Tina, yang sememangnya aset paling bernilai dan berharga yang memaruahkan dan memartabatkanku. Dapat juga mereka melepas rindu dan memuaskan nafsu dengan adanya aku untuk dimiliki.

Kerana nilai dan nafsu ini, aku tidak hanya berada di kawasan bandar sahaja malah di kawasan kampung atau perumahan, hingga di celah celah kawasan yang boleh untuk aku dicelahkan, jadi aku senang untuk ditemui dan dimiliki di mana mana pun tanpa keraguan ditahan untuk dihukum pihak berkuasa kerana memiliki aku yang berstatus haram kerana tidak sah disisi undang undang. Nilai wang ringgit menjadi sebab utama sehingga nilai kemanusiaan sudah tidak menjadi keutamaan lagi.

Peduli apa dengan nilai wang ringgit ! Peduli apa juga dengan nilai kemanusiaan ! Yang penting semua asyik, semua khayal dengan kemampatan kerasnya pukulan batangku...

Belum Tamat .
Terpaksa ditamatkan bagi mengelakkan prasangka buruk .

Namaku Premium Bin Rokok Seludup...

Faham ??

0 Comments:

Post a Comment



Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama