Yus Design 2008 Allright Reserved

Madai Menanti

MADAI MENANTI (13 Episod) sudah siap 80 % dijangka selesai 20 Jun 2009 ...

Adeh ! Maganda paree... pinakamahusay!!

Pembikinan drama bersiri "Madai Menanti" kini berada di daerah Lahad Datu untuk sesi penggambaran setelah selesai adegan-adegan di sekitar Kunak, seterusnya ke Lahad Datu yang melibatkan beberapa lokasi yang ada hubungkait dengan cerita lagenda ini yang datangnya dari masyarakat Idaan.

Dalam usaha untuk menjadikan 'Madai Menanti" sebagai sebuah drama bersiri Tv yang terbaik , Pengarahnya Malek Rahman, Penolong Pengarah Arena AlBakri, Pengarah bersama Ebby Yus, Jurukamera Suhaimi @ Gawai, Penerbitnya Norsahar Ahmad, krew serta para pelakonnya berharap dan berdoa agar episod 13 bersiri ini akan menjadi satu lagi kemenangan terutama sekali kepada penulis skripnya Zabidi Mohammed.

Para pelakon senior dan junior yang telah berkecimpung dalam bidang teater tanah air ,tari, seni suara dan penulisan seperti Penerbitnya, Norsahar Ahmad, Rashideman, Mohamad Haji Salleh @ Mat Kongo, Hasnah Ibrahim, Nandra Hitong, Awang Karim Kadir, Mohd Noor Makbul, Arbaya Suni, Masti Inongan, Asmawan Adol, Evelynn Stephen Minkong, Arman Marasal , Umai, Datu Halun Datu Karim, Jifrun Baidullah, Razali Haji Tatan, Rosle Yunos, Adik Azhari Azizi, Marlin Malalin dan komposer Jamil Aziz serta tiga pelakon utama dua daripadanya yang dilahirkan melalui progam realiti Tv Akademi Fantasia 4 & 5 iaitu Ebi Kornelis @ Mohd Firdaus Yaimal (AF5), Leez Rosli (AF4) dan penyanyi Naufarah Yassin turut memperjuangkan drama MADAI MENANTI sehingga terpaparnya di kaca TV melalui saluran RTM pada bulan September ini untuk tontonan para peminat seni tanah air samada di Semenanjung, Sarawak dan Sabah.




Kerja keras yang dilakukan oleh Pengarah Malek Rahman dan Penolong pengarah Arena Albakri serta Pengarah bersama Ebby Yus yang berwibawa cukup memberangsangkan. Komitmen kerja sesama mereka dan semua yang terbabit cukup memberi erti demi kejayaan drama bersiri 13 episod ini.

Antara lokasi-lokasi penggamabaran adalah Gua Madai, Jambatan Gantung, Lapangan terbang, Pejabat Daerah, Rumah Haji Kassim (dalam drama), Restoran, Balai Polis, Jeti, sekitar Pekan Lahad Datu, Perkampungan Binuang, Perkebunan sayur Silam, Perumahan Pewaris di Sepagaya dan Mahkamah Anak Negeri.

Antara kata-kata Haji Osman (lakonan Mat Kongo) selaku Ketua Adat masyarakat itu '' Nenek Apoi...orang yang pertama menemukan Gua Madai mengikut lagendanya telah hilang di dalam Gua Madai. Tapi selepas itu kaum Idaan 'mula meneroka Gua Madai. Sehingga kehari ini, Kerajaan Negeri Sabah mengiktiraf Gua Madai adalah hak perwarisan kaum Idaan. Ingat!....Masyarakat Idaan diberi rezeki oleh Allah SWT dengan Sarang burung Layang-Layang. Kit a kena bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan. Rezeki ini kita kena amanh,bersyukur, jang an bertelagah. Cuma pesan saya, jaga pantang la rang antaranya, jangan kutip Sarang Burung pada hari Jumaat, juga jangan mencuri hak oran g lain!..." kata-kata ini terbit apabila Mastor (lakonan Marlin Malalin) broker haram Sarang Burung bersama konco-konconya Tukik (lakonan Mohd Noor Makbul), Beladang(lakonan Jifrun Baidullah) dan Kasmat (lakonan Asmawan Adol) yang ingin cepat kaya untuk memikat Hamidah (lakonan Naufarah Yassin) kekasih Nordin (lakonon Ebi AF5) seorang Penolong Pegawai Daerah.

Sambung Hj Kassim (lakonan Rashideman) selaku perwaris tertua Gua Madai dan Sarang Burung itu "Kerana sifat tamak itulah yang membuat manusia menjadi rakus dalam mengejar harta dunia. Sarang Burung di Gua Madai adalah rezeki, amanah dan beban kepada kaum Idaan. Kita kena banyak bersyukur dengan rezeki Allah. " Haji Kassim merupakan manusia yang sentiasa tenang, sesekali menjadi bersifat tegang apabila adiknya Damang (lakonan Nandra Hitong) bertindak melampaui batas dengan sifat panas barannya, terutama sekali bila muncul Talib adik tirinya (lakonan Awang Karim Kadir) tiba-tiba muncul untuk menuntut 'Hak Waris' yang ditinggalkan oleh arwah bapa mereka.

Pergolakkan, krisis dikalangan keluarga Haji Kassim menjadi lebih hangat dan kritikal sehingga menjadi satu perbalahan diantara mereka sehingga dibawa kepada Ketua Adat dan Mahkamah Anak Negeri untuk penyelesaian. Tuntutan Talib tidak berhasil kerana di dalam surat wasiat ayah mereka seperti yang di baca oleh hakim " Surat Wasiat yang kamu bawa adalah sah dan betul. Tetapi surat wasiat ini hanya menyatakan bahawa kamu adalah berhak menuntut segala wang simpanan dan tanah yang tersimpan di dalam akaun arwah. Tetapi tidak pula menyatakan Sarang Burung yang terdapat di Gua Madai. Dengan ini tuntutan kamu keatas Sarang Burung di Gua Madai adalah ditolak! ". Itu lah keputusan yang diberikan terhadap tuntutan Talib. Bagaimanakah nasib Talib yang telah berjanji untuk menyelesaikan hutang-hutangnya pada samseng-samseng dari Sandakan (lakonan Jamil Aziz dan Omarsyah Hamzah).

Senario kehidupan ini berakhir dengan satu kedamaian apabila Pak Utoh (lakonan Datu Halun Datu Karim) ayah kepada Hamidah seorang insan yang dibenci dan dimusuhi oleh Damang bertindak secara ikhlas dan jujur untuk mendermakan darahnya jenis 'O' kepada Damang yang sedang dalam keadaan kritikal akibat kecederaan yang menimpanya semasa cuba di samun dan memerlukkan darah untuk menyelamatkan nyawanya. Talib yang tidak disenangi oleh Damang juga telah berjasa kepada Damang kerana telah menyelamatkan wang Damang dari dirompak dan menghantarnya segera ke Hospital.

Perdamaian keluarga ini telah menyatukan Nordin anak kepada Hj Kassim dengan Hamidah anak Pak Utoh yang sebelum ini tidak di restui oleh Damang. Norsiah (lakonan Leez AF 4) pelajar kolej yang membuat kajian tentang Gua Madai tetap segar sebagai sahabat dan adik kepada Nordin dan Hamidah yang sebelum ini kehadirannya di daerah tersebut telah menerbitkan bunga-bunga cemburu dalam percintaan mereka. Pada mereka , biarlah Gua Madai terus menjadi saksi buat segala-galanya.




0 Comments:

Post a Comment



Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama