Yus Design 2008 Allright Reserved

Lawan Mukha Chantek

Ya ! Tuan tuan dan Puan Puan, Encik encik, , Bapak bapak, Ibu-ibu, Anak-anak, Baby-baby, Muchi-muchi, Bucuk bucuk dan semua yang berada di Tawau, samada di TawauClick, TawauBlog, TawauKini mahupun di Taman Tikus, dengan ini diblogkan bahawasanya :
Photobucket
MISS & MR EASTERN PLAZA BEAUTY CONTEST : 1.00pm, 3 May 2009, Sunday.
Maksudnya, satu pertandingan mencari cari Cik dan Enchik yang Chantek Kompleks Eastern Plaza, pada tanggal 3 May 2009, bersamaan dengan hari Ahad atau hari minggu ini, bermula pada 1 petang.

Buat yang kureng chantek, atau yang perasan chantek, yang ingin turut sama berlawan chantek adalah tidak digalakkan sama sekali. Bukan tidak layak mahupun melawan takdir. Tetapi sesi ujichantek telahpun tamat tempohnya, dan peserta akhir telahpun ditemukan dan mereka akan beradu kekuatan dan pengawalan (control) muka mereka pada hari yang telah ditetapkan bagi merebut gelaran :

PEREMPUAN PALING CHANTEK DI KAMPONGKU : TaWaU.

Disebabkan tidak pernah ada gadhis-gadhis chantek yang pernah menghiasi blog ini, dengan itu, jesteru itu, oleh yang demikian, maka diletakkanlah gadhis-gadhis itu disini bagi menghiasi muka kulit blog ini agar nampak berhias walau cuma sedikit.
Bukan kah juga wanita itu hiasan Dunia..

Photobucket

Untuk yang MISTER/ENCHIK pula, rasanya tak perlulah saya letakkan mereka disini, bukan kerana diskriminasi terhadap jantina sendiri, cuma tidak mahu nanti dikata pula saya ni 'perasan', belagak, atau menunjuk-nunjuk, namun hakikatnya, saya adalah peserta fevret untuk merangkul gelaran ini. Oleh itu, saya terpaksa menerima sahaja kenyataan ini dengan rasa rendah diri.

BERHIBURLAH , JANGAN MENGHAMBUR !!

Anjing Liar dan People Liar-Liar.

"Anjheng kamu! Banjingan! Bangsat!". Kata seorang anak muda kepada sekumpulan anak muda yang berpakaian ala-ala rock kapak tahun 90-an.

" Sialan! kamulah yang Anjheng, sudah berkurap ada panau lagi, Bodoh!". Balas ketua geng 'rock kapak' itu sambil anggotanya yang lain mengacungkan jari tengah kearah geng anak muda yang dress-up style tahun 70-an, entah retro atau indie. Kurang pasti juga, yang pasti mereka semua masih budak-budak.

Mau saja menitis air mataku mendengar kata kata makian anak-anak muda itu. Mau dibilang ketinggalan zaman tak jugak, ah ! lantaklah mereka.Tapi kalaulah bisa kukatakan pada mereka : "Hoi! Memang dasar manusia tak ada otak ! Kamu semua adalah manusia! Manusia yang berakal tapi bengap! Bukan Anjing!". Tapi aku tak bisa, siapalah aku, jadi pedulikanlah mereka menganjingkan diri mereka.

Aku berlalu pergi meninggalkan 'scene' itu, baru 4 langkah kakiku melangkah, "Pang!" bunyi botol kaca pecah, botol 'Eskul' barangkali bisik hatiku. Aku toleh belakang, anak muda yang tadinya berkelahi tentang 'aku', kini sedang bertumbuk terajang, sesama mereka. Ada yang tak pasal pasal menjerit memaki langsung menyebut 'namaku' lagi, tak kalah juga ramainya yang berlari-lari tak tentu pasal!

"Saya Chenta Seni Bela Diri!" tertulis pada baju anak muda yang berlari ketakutan kerana dikejar dengan pitik oleh anak muda yang diwajah bodohnya kelihatan takut-takut untuk melepaskan 'pitikan' itu, padahal jarak mereka cuma satu dua langkah saja, ,di bajunya tertulis besar sekali perkataan "Love Peace Not War!".

"Cis! Memang Ayam kampung ! Dasar otak udang patutlah bodoh macam lembu! Tapi anjing yang disalahkan!" Batin ku marah pada zahirnya. Tanpaku sedari, aku baru saja selesai membuang air kecil, satu kakiku masih lagi bertenggek ditayar kereta yang sedang parking. Mungkin terlalu memikirkan nasib ‘bangsaku’ yang selalu disumpah seranah oleh bibir manis manusia liar, yang suka menipu dirinya sendiri. Sehingga tak sedar sedang melepas hajat.

"Hrmm... pikirku kereta kancil, rupanya Mini Cooper.. Mujur tak ada tuannya, tapi tak apalah aku sudah tolong 'shining' kan tayarnya secara percuma!".


Gambar Dicuri dari blog Cik Maya.

Supaya tidak berlaku kecelaruan atau kucar kacir mahupun percakaran yang disebabkan oleh gosip-gosip liar. Sila layarkan diri anda di alam maya Cik Maya di sini untuk memahami lebih lanjut Al-kisah ini.

Jika FAHAM saya minta maaf pada yang membaca dan menghayati kisah ini, jika TIDAK FAHAM, juga saya akan maafkan ketidakfahaman anda, agar tidak ada berlaku SALAH FAHAM. Kerna kita semuanya adalah Manusia.

Saya Kedekut Ilmu ? Ciss.!!

Selain ilmu fardhu ain, mencari, mempelajari, dan menguasai ilmu fardhu kifayah itu wajib bagi manusia. Berbagi-bagi dan berkongsi-kongsi ilmu itu adalah sifat orang yang bijaksana sekali. Mempelajari ilmu orang lain buat pengetahuan itu tidak salah malah dialu-alukan lagi. Namun, adalah menjadi suatu kesalahan jika baru belajar pada tahap satu, sudah memandai mengajar orang yang lain pula. Sebab itulah barangkali ada orang yang pergi belajar itu menjadi kurang ajar.

Meninggikan martabat ilmu itu adalah suatu perbuatan yang sangat tersanjung lagi disanjung. Menghargai dan menilai ilmu orang lain dengan kesantunan dan rasa hormat itu adalah amalan yang mulia sekali. Menjaga dan memelihara ilmu itu daripada diperkotak-katikkan, disalahtafsirkan atau dirosakkan, merupakan tanggungjawab yang sangat wajib dipikul oleh orang-orang yang berilmu dan beriman. Orang yang cuba memusnahkan ilmu itu, wajiblah sangat ia di'pecat' menjadi orang atau manusia, menjadi lembu barangkali sesuai.

Ilmu itu penting bagi manusia kerana ilmulah yang membezakan kita dengan pokok, selipar, kereta ataupun lembu yang seperti disebutkan tadi. Tanpa ilmu, jiwa jadi kelam, hati jadi hitam maka gelaplah dunia, kerana: dengan meminjam seperti apa yang tertera di logo sekolah rendah saya, Ilmu Pelita Hidup. Begitulah rupanya. (maaf, jika saya silap faham tolong perbetulkan). 

Light up your life Pictures, Images and Photos

Betulkah kalau "Light up you life" di Bahasa Melayukan jadi : Ilmu Pelita Hidup?

Saya Kedekut Ilmu ? Ciss.!! Berani kamu berkata begitu kepada Saya! Saya bukan kedekut! Saya cuma 'takut' sahaja...

Mengapa saya takut ?? Ciss Bedebah !! Saya bukan rahakus macam awak! Saya bukan tahamak macam you!.. Menyanjung materi lebih tinggi tingkatnya dari 'ilmu' yang sebenarnya 'lubuk' datangnya materi itu. Pikir pendek : Ya?! Pikir panjang : Ya! Ampun... Tak Paham : Pikirlah Sendiri Joe!!

Forum Remaja



Pertandingan Forum Remaja Peringkat Daerah Tawau Anjuran SMK Tawau.
Tarikh : 28 April 2009 Tempat : Dataran Ilmu, SMK Tawau.
Untuk murid sekolah sahaja. Harap Maklum.
Ada berani bawa murid ??
1. Joeharie Edriyansyah Bin Syed Abdullah (5 Melor)
2. Aripudin Bin Radipudin (5 Cempaka)
3. Suria Anjani Bin Sutoyo ( 5 Kenanga)
4. Ha Mit Loong - ( 3 Melati) - pemain simpanan.

"Pembudayaan Ilmu dan Berketrampilan"

Bahasa Tali Kasut

Hidup ini punya sejuta warna, tak hanya hitam dan putih... begitulah adanya. Apa yang kamu yakini sebagai sebuah kebenaran, mungkin bukanlah sebuah kebenaran buat insan yang lainnya..Shine On..!! Lets make harmony for a better future..Buat harmoni untuk bumi ini, jadi lebih indah untuk anak kita... (Dewa19-Shine On)

Kasut tanpa tali kasut, umpama jasad tanpa nyawa, nyawa tanpa harga, harga tak bisa berdiri.. begitulah agaknya.. Sempurnanya sifat sebuah kasut disaat kedua hujung pangkalnya bertemu 'jodoh' setelah dimasukkan kepalanya ke dalam lubang lubang yang penuh liku liku hingga sampai kemuncak 'klimaksnya' lalu diikat dan disimpul dengan erat, untuk keselesaan si pemakai kasut. Proses ini dinamakan jalinan, dan jalinan inilah yang akan mewujudkan keharmonian.

Begitulah juga manusia, menciptakan keharmonian menghasilkan anak..
Dijalin dengan rasa kasih dan sayang, namun wajib diikat dengan ikatan yang digunakan untuk mengeratkan silaturrahim. Bukan untuk keselesaan sipemakai sahaja. Takut jadi macam Pampers, lepas pakai buang.

Prinsip Keharmonian ialah salah satu prinsip dalam ..... (???)

Yang baik itu adalah yang terbaik, yang bagus, yang ok, yang cantik, pokok pangkalnya semua yang baik itu positif. Yang tidak baik itu pula adalah yang tidak bagus, yang buruk, yang hina, yang keji, pokok dangkalnya semuanya negatif. Yah, negatif (-) tolak tepi, buang ke laut!! Inilah simptom pemikiran kita yang sudah menjadi wabak yang ditakuti akan menjadi penyakit yang bisa membunuh daya pemikiran kreatif yang produktif!!

Ketahuilah Hidup ini Indah penuh warna bukan hanya hitam dan putih saja..
ada merah, biru, ungu, hijau, cyan, magenta, merah jambu, biru marin, oren paprika, cokelat susu, hijau muda, biru tua...yang putih tak selalunya suci, yang hitam tak semestinya gelap, kadang kadang ada gaya, ada mutu, ada juga keunggulannya.

Simpulan Kusut Bahasa Kasut
BURUK KASUT TETAP PUNYA LAKU LAGILAH,
BURUK LAKU TAKKAN LAKU PUNYALAH !!

Kenapa ??

Be Cont.

Saya Bukan Kasut, yang dipijak untuk keselesaan mereka yang ingin merasa selesa. Umpama buah kepayang, dimakan terhuyung hayang, dibuang sayang.

Ada Apa Dengan KeKuSuTan ?

Asslamualaikum.

Kekusutan ialah sebuah penyelesaian, penyelesaian ialah sebuah kemenangan, kemenangan ialah sebuah pengorbanan, pengorbanan ialah sebuah kecenderungan, kecenderungan ialah sebuah keinginan, keinginan ialah sebuah pengharapan, pengharapan ialah sebuah kepercayaan, kepercayaan ialah sebuah ketidakpastian, ketidakpastian ialah sebuah ketidakpuashatian, ketidakpuashatian ialah disebabkan ketidakfahaman, ketidakfahaman ialah sebuah kegagalan, kegagalan ialah sebuah kecelakaan, kecelakaan ialah sebuah kemalangan, kemalangan ialah sebuah kerugian, kerugian ialah sebuah kesusahan, kesusahan ialah sebuah pengalaman, pengalaman ialah sebuah pembelajaran, pembelajaran ialah sebuah kebijaksanaan, kebijaksanaan ialah merupakan kepandaian menggunakan akal fikiran.
..

"Nothing comes from nothing… Nothing ever could…"

Akal fikiran itu ialah sebuah kekusutan..

Dimana keindahannya ?? Indah diamanakah engkau ??

Waalaikumusalam.

:: Upadate (1.35am| 21Apr09 | Diluarsana Hujan Lari-lari)::
Kekusutan seperti nyanyian dalam hatiku, yang memanggil rinduku pada-Nya.
Seperti udara yang ku hela.. ia selalu ada.. selalu ada..
Hanya Kekusutan Yang Bisa Buatku tenang, Tanpa kekusutan aku merasa hilang,
dan sepi... dan sepi lagi sendiri..

Ada Apa Dengan KeKuSuTan ?
Selalu ada.. Ya selalu ada.. Ada selalu.. Ya ada selalu..

Punyalah Dealove kau Yus...

Malas Baca Suka Dengar

Suka Hati Awaklah !!

"Ko tak tengok AF kah ?? Rugilah ko tak tengok AF malam nie.. Kompom lelaki yang budak Tawau tu yang terkeluar malam nie.. Geram aku tengok perangainya bah !! Bagus lagi di kasi keluar.. Bikin malu Tawau jak lah, Sudahlah bodoh.. sombong plak tu! Kalau nak pancing undi pun rasanya, tak laku lagi lah sudah." kata Arif kepada Aini, dengan perasaan penuh dengan kegeraman yang dieram dengan kekeliruan.

"Tak !"

Tegas dan ringkas jawab Aini yang sememangnya menyampah dengan perangai si Arif yang selalu membuat kerja dengan selamdog milionaire sahaja , seraya berlalu pergi meninggalkan si Arif keseorangan tertanya tanya dimanakah silapnya soalan itu tadi? Pada 'geramnya' atau 'bodoh sombongnya'?? Menduga-dugalah dia keseorangan.

Tatkala Aini berlalu melangkah pergi menuju ke kereta Protonnya, di lubuk hati kecilnya berkata kepada dirinya sendiri."

"Elleh.. macam lah aku bodoh sangat nak diperbodohkan.. macamlah aku tau budak Tawau yang ikut AF tu perempuan, bukan lelaki. Huh! Menyampah!"

"Saja nak mengorat aku lah tu!?" Aini menduga didalam hati sambil berkira-kira untuk membeli kad prabayar talipon bimbitnya bagi mengundi budak perempuan Tawau tersebut agar tidak terkeluar malam nanti, dengan harapan jika si Arif menduganya lagi esok hari, pasti akan berlaku suatu transformasi yang ditunggu-tunggu selama ini.

15 minit yang lalu.

"Aini, ko mau tau kah budak perempuan Tawau yang masuk AF tu lah ex-girlfriend aku.." berkata Nazreyansyah kepada Aini yang mengiyakan dengan mengangukkan kepala namun jelas kelihatan perasaan cemburu menikam kalbunya.

Walhal, Nazreyansyah Bela tidak mempunyai HASTRO pun dirumahnya, apa yang dikatakannya itu hanyalah gurauan yang sekadar ingin menduga perasaan Aini kepada dirinya sahaja.

CINTA atau NAFSU ?? Semua itu dugaan...


Kalau kail Panjangnya Sejengkal, Laut Yang Dalam Takkan Terduga...
Jadilah kita seorang penduga, selalu menduga biarpun cuma diduga..
Yang sampai bilapun menduga cuma, bila sampainya pun tak pernah terduga..

p/s: Tidak ada seorang pun orang Tawau yang memasuki AF musim ini, apatah lagi yang bodoh dan yang sombong. Hanya seorang sahaja orang Sabah yang berjaya masuk musim ini iaitu Adam yang berasal dari Kota Belud kalau tak silap dugaan saya. Jangan lupa AFUNDI ADAM!!

I Miss U, Bodok!

Bermain Sepak Bola

Becak dipijak meninggalkan jejak,
Terpijak 'lecak' wajiblah istinjak,
Memijak lopak takut pula kaki bersopak,

Sebelum dipijak,
Mahu terpijak,
Ingin memijak.

Berpijaklah dengan penuh bijak..

Agar tiada yang menyepak...
Supaya tiada yang disepak..
Kerana tiada yang tersepak..

Ole² Buat Temen

Artis : My Chemical Om atau nama sebenarnya MarCus Ombak.
Genre : Cinta Sedih Pilu Tahap Safel Indie.

1.
Mengapa kamu tidak cinta saya.. Seperti Kemarin kamu bilang cinta sama saya ?? English Version : Why You Dont Love Me.. Like You Love Me Yesterday ??
2.
Sayang, cermin ini tidak tidak cukup besar buat kita berdua. English Version : Honey, This Mirror Isn't Big Enough For The Two Of Us.
3.
Setan ini tidak pernah ingin melukai hatimu English Version : Vampires Will Never Hurt You.
4.
Aku tak pernah bilang padamu tentang hidupku yang penuh pancaroba English Version : I Never Told You What I Do For A Living.
5.
Hanya kamu bisa buat aku kembali kepangkal jalan. English Version : My Way Home Is Through You.
6.
Hari Natal Saya Hanya mahu Kamu English Version : All I Want For Christmas Is You.
7.
Main Senyap Senyap English Version : Shut Up and Play
8. Bunuh Semua Temanmu English Version : Kill All Your Friend's.
9. Kata terakhirku Famous Amos!! English Version : Famous Last Words.

Dan Berberapa Lagu Lagi.. Album ini diterbitkan dalam 2 versi bagi menembusi pasaran antarabangsa. Menurut empunya album, album ini dirilis bagi membuktikan bahawa kumpulan MCR telah menciplak hasil ciptaannya, serta imejnya sekali tanpa sedikit pun diberikan royalti apatah lagi penghargaan. Pantaslah beliau sangat pilu lagi sedih.. Huhuk :(

Pesanan MCO kepada temen temen di dalam kulit albumnya :
Iya Om Ombak.. Mbaknya cepat benar berubah, cepat benar luntur hatinya.. senang banget mengalah, tidak mahu berjuang.. Cuma mahu dijuangkan..tak mahu mencari, mahu saja dicari, tak dicari dia mencari lari. Ya iya lho.. ternyata cintanya mbak tak sekuat lagi sehebat cintanya si Anjani kepada si Radith..
"Anjheng Lho Semua !! Bangsat !!" Kata si Radit kepada teman² band nya yang memainkan lagu Radja : 'Takkan Melupakanmu' ketika sesi jamming. sedangkan band itu band punk rock sejati.. akibatnya si Radith dipecat dari band tersebut padahal dialah pengasasnya dan ketua band konyol itu !! Kesian dellow.. Sampai di rumah si Radith takut kalau si Anjani tahu dia akan ditinggalkan kerna gak punya kerjaan, hidup mereka pasti lagi derita, tapi saat si Anjani ketahuan.. dia gak bilang 1,2 3.. dia cuma bilangin :
"Tanpa mereka kamu juga bisa ujudi mimpi kamu, Aku yakin hidup kita pasti akan lebih baik.."

Sekian, Selamat Mendengar dan Berhibur..

Chop n Peace!!

Enchik Kusut Bin Masai
Saya Bercuti Ke Luar Negara Buat Beberapa Hari.. Merehatkan Fizikal Dan Mental.. Rohani dan Jasmani.. Zahir dan Batin..
Mengambil yang hak membuang yang batil.. Melerai yang kusut, Mencari lagi kusut..
Saya ingin bermunajat, beristighfar, dan beristiqamah.. Saya Mau Berenang, Berendam, dan Menyelam..
"Cepatlah kemas !! Esok jalan awal!!" kata pemandu khas saya dengan nada keras, mungkin sudah boring dia melihat porno dari jam 8 malam tadi.. Sekarang sudah jam 12.53pagi.
Selesai Semua Kerja!!
Selamat Bercuti dan Beristirahat ... Chop n Peace!! Chiow!!

Kalaulah Bukan Kalau..

Alang Alang Menyeluk Pekasam Biar Sampai Ke Pangkal Ketiak..
Tapi kalau alang cuma kepalang baiklah jika dihalang biak..
Kerna hilang wanginya, jika datang si Malang yang berbau ketiak..

Kalau kail Panjangnya Sejengkal, Laut Yang Dalam Takkan Terduga...
Jadilah kita seorang penduga, selalu menduga biarpun cuma diduga..
Yang sampai bilapun menduga cuma, bila sampainya pun tak pernah terduga..

Kalau ingin berdiri tinggi, Jangan pikir akan jatuh sakitnya.... Itu Kata Orang,
Jika pikir sakit jatuhnya, Jangan duduk ingin tinggi... Itu pula Orang Kata,
Orang cuma kata jangan, Jangan cuma kata orang...

Jangan pernah turut kata hati, jika takut kalau mati,
Kerna jangankan cuma mati, hati pun tak pernah punyai hati,
Tapi kalau ada hati, jangan cuma makan hati, sentiasalah Berhati-hati...

Biar pecah jatuh berderai, kalau mangkuk kaca yang dibuai,
Pecah mangkuk tajam menikam, kaca serpih sangat disegan,
Jika dibuai diayun cuma, mangkuk ayun percumalah yang terbuai..

Ayun ayun Mangkuk, Jangan jadi Mangkuk Ayun...

Photobucket

Jikalaulah semua ini di perlakukan sedemikian rupa, Maka beginilah cover untuk keluaran edisi bulan Mac, itu sudah pastilah dan terang lagi cuma hanyalah jika dan kalau sahaja...

Jika Kalau Cuma, Kalau Cuma Jika, Cuma Jika Kalau..
Tapi Kalaulah Bukan Cuma Kalau...

- "Kalaulah Aku Sebatang Pensel" -
Diraut - raut Wajahku... Dikikis kepala ku..
Di penyet-penyet bontotku.. Bila kontot dibuang cuma..

Billboard Bahasa

Billboard ialah sebuah majalah muzik mingguan Amerika yang memaparkan carta muzik berdasarkan populariti lagu (Billboard Hot 100) dan album (Billboard Hot 200) para pemuzik tanpa mengira jenis dan aliran muzik yang dibawakan. Samada ia Indie, Indie atau Indie.. jika dia bagus dan disukai ramai ia wajib tersenarai dalam Carta Billboard tanpa pilih kasih atau pilih bulu. Majalah ini sudah terbit sejak November 1894 lagi.














Majalah Billboard isu pertama dan ulangtahun ke 10. Sebelah kanan pula Isu Terbaru !! Dapatkan di kedai mamak berhampiran.. Haha :)

Dalam bidang pengiklanan (advertising), billboard merupakan medium berstruktur yang paling besar untuk iklan bercetak. Selalunya ia akan diletakkan dikawasan jalanraya yang sibuk dengan kenderaan beroda empat dan beroda dua, di kawasan lampu isyarat dan juga di kawasan lebuhraya highway. Sasaran utamanya ialah para pemandu jalanraya oleh itu teknik penggunaan warna dan typografi adalah sangat penting agar apa yang diiklankan dapat sampai kepada para pemandu dan tidak mengganggu kelancaran trafik seperti kejadian kecelakaan jalan raya misalnya, disebabkan terpegun dan terpesona dengan keunikan dan kecantikkan billboard tersebut.



Billboard diatas adalah sebuah iklan jenis kempen atau propaganda yang terletak dikawasan lampu isyarat dan merupakan sebuah jalan utama pengguna kenderaan ringan dan juga berat untuk menuju ke kawasan bandar. Penggunaan teks dan warna bolehlah dikatakan bersesuaian untuk dibaca oleh para pemandu dengan hanya sekali imbas, namun untuk memahami mesej yang disampaikan mungkin tidak berjaya walaupun setiap hari dan setiap jam melalui kawasan itu.


Mujurlah dengan kecekapan saya memandu, pada kelajuan 40km sejam, saya sempat menangkap gambar dengan menggunakan kecanggihan talipon bimbit yang berkamera tanpa disedari oleh bapak polis trafik, jika tidak saya pasti akan menggunapakai teks berwarna putih itu, dan secara sengaja mengendahkan, buat-buat lupa dan tidak tahu akan kewujudan teks berwarna hitam itu, untuk mengelak daripada menerima sepucuk surat derma jogathon yang wajib ditandatangani oleh saya sendiri dengan tidak sedikit pun merasa ikhlas.

Jika diperhatikan lalu diperincikan setiap objek dan simbol yang terkandung didalam billboard diatas, saya tidak dapat mengaitkan dan merumuskan mesej kedua dua pernyataan diatas untuk dinyatakan bagi menerima kenyataannya, walaupun kedua dua ayat diatas adalah jelas merupakan ayat penyata.

Kesantunan Berbahasa : bermaksud penggunaan bahasa Melayu yang sopan santun, lembut, mesra, seperti mengunakan kata kata yang penuh budi dan pekertinya tanpa berbunga-bunga atau berbelit-belit bagi menunjukkan rasa hormat kepada orang yang disasarkan pada situasi yang tepat dan bersesuaian untuk menunjukkan atau memperlihatkan nilai dan aspek yang baik-baik kepada orang lain. Penulisan dan pertuturan juga termasuk dalam aspek kesantunan berbahasa yang dinyatakan sebagai amalan yang mulia samada untuk memerangi rasuah dan mengelakkan rasuah atau menghulur dan menerima rasuahnya. Sungguh slapstik dan sarkastik sekali...

Kalau Orang Berbudi Kita Wajib Berbahasa, Kalau Orang dah Beri Kita Ambik sajalah..

Billboard dan signboard fungsinya adalah sama yakni menyampaikan mesej/pemberitahuan, namun kaedah dan faedahnya berbeza. Billboard adalah papan khas untuk iklan, manakala signboard adalah papan tanda yang bertanda dan boleh diletakkan di mana mana sahaja dan bila bila sahaja seperti papan tanda untuk kedai kopi, kedai handphone, kedai runcit, papan tanda berbentuk amaran, atau arahan ataupun papan tanda yang menunjukkan arah rumah orang kenduri kahwin agar pengunjungnya tidak tersesat ke tempat kenduri orang yang lain, ini boleh dilakukan tanpa perlu berunding, bertender dengan Pegawai penguatkuasa tempatan mahupun orang tengahnya, sedangkan billboard telah disediakan tapaknya kemudian perlu disewa dan akan mengeluarkan BIL pada setiap bulan untuk dibayar kepada kontraktor kelas F yang diberi tugas oleh Badan Penguatkuasa Tempatan masing masing, namun bil ini tidak ditakrif sebagai 'income tax' melainkan 'side income' sahaja.

Marilah Kita Bersama Memerangi Denggi & Kutu Sampah Sahaja...

Mungkin disebabkan itulah ia dinamakan Bill Board, bukannya Income Board, Tax Board, Dash Board mahupun Perabot.

Tahukah anda perkara paling sukar sekali untuk difahamkan di dalam dunia ini ialah 'income tax' dan bangunan Lembaga Hasil tidak perlu takut atau lari dari membayar cukai pintu dan cukai hasil (income tax)? Mungkin sebab itu jugalah bangunannya berkaca dimata, digelasnya berair.. dan perkara yang saya faham tetapi sukar bagi saya melakukannya ialah membayar road-tax, bukan tak ada duit, tetapi di jalanraya seringkali ada road-block yang sukar bagi saya untuk fahami kenapa saya tidak pernah lepas darinya...(??)

Owh! Indie..

Sebagai seorang pemerhati bebas yakni seorang permerhati 'indie' yang hanya mampu berkata-kata sahaja, hanya bisa berkata: Owh.. Indie!! Samada indie itu adalah jenisan bunyian, genre, sub-budaya, golongan/kelompok pemuzik, underground, mainstream, arus perdana, arus waja, atau industri samada industri hiburan atau industri kecil sederahana (IKS) dan pelbagai lagi istilah yang saya dengar dan baca.. Bagi saya pula, sebagai seorang pemerhati 'indie'(bebas), indie itu hanyalah cop atau label yang deperakukan, diperuntukkan, dikontrakkan, ditenderkan kepada mereka yang chenta, yang suka, yang berminat, yang mahukan cop itu atau label itu daripada pihak tertentu atau tidak tentu seperti 'sindri juga mau kasi'. Ia samalah juga seperti ubat gigi, walaupun ia Darlie, Fresh and White, Sensodyne, kita tetap memanggilnya Maggi.. Opss! Silap Colgate. Tiada siapa yang marah, orang Darlie tak pernah marah dengan orang Colgate janji kekalkan gaya mutu dan keunggulan agar tetap disukai ramai kerna hanya pengguna yang berhak menentukannya samada berminat atau tidak minat. Ini strategi.. strategi perniagaan. Harus difahami..

Jika anda seorang yang memerhatikan perkembangan muzik dengan tidak hanya menggunakan telinga tetapi juga mata hati samada didalam atau diluar sana, perkataan ini telah lama wujud (DIY) mengalir dalam dunia muzik namun arusnya saat ini terlalu deras disebabkan kecanggihan teknologi (internet, software, download, upload.. blogspot..). Ini juga strategi.. strategi perniagaan. Perniagaan itu sebuah perusahaan. Perusahaan itu memerlukan industri. Industri apa? Industri Muzik yang dikategorikan sebagai Industri Hiburan. Fear Factornya: duit X-Factornya: kantung keuntungan. No money, No talk!! Wajib difahami..


Ini sebuah kisah, sebuah band yang menggelarkan diri mereka 'local indie band' ingin bermain diatas pentas yang sama dengan 'top indie band', tetapi malangnya tidak dibenarkan kerana sistem tidak dapat membantu walhal penganjur sudah berusaha sedaya upaya membantu. Dengan rasa keciwa terdengar suara salah seorang dari mereka:
"Kami bukan artis, kami cuma orang Tawau yang ingin menghiburkan orang Tawau..."
Saya cuma bisa berkata dalam hati : "Owh.. Indie!!" Lihat dan dengarkan mereka disini. Usaha ada itu bagus sekali, tapi sampai mana mereka boleh pergi dengan 'pemahaman' ini..? Mungkin juga 'suara' ini..? :"Gua support lu olang jangan lisau!" Pelangiku kau lah inspirasiku...

Apa beza budak indie dengan budak shuffle (safel) pula? Tiada beza! Dua dua pun budak budak.. suka bising bising, suka marah marah, suka gaduh gaduh, suka tunjuk jari tengah, suka suka hati, seperti saya Budak Kusut, suka kutuk sana sini, suka bersuka-suka. Budaklah katakan..

Yang diacungkan jari tengah..

Selain dari perkataan : hebat, best, gegar, mantap, rock habis, paling indie dll yang digunapakai untuk mengistilahkan konsert ini, (lihat disini dan disini), saya cuba mencari istilah songsang untuk mendifinasikan perjalanan sebelum dan selepas konsert tersebut. Ini rasanya sesuai..

Optimisme: optimistik dan pesimistik!

Optimisme ialah sebuah doktrin atau kepercayaan yang semuanya adalah cantik belaka termasuklah yang buruk, yang paling tidak baik itu adalah yang terbaik , dan yang betul itu adalah tidak betul. Manusia yang bersikap optimis pula ialah manusia yang selalu meletakkan harapan yang tinggi dalam setiap perkara yang dilakukan(rujuk: optimisme). Pesimis pula ialah manusia yang tidak pernah meletakkan harapan yang tinggi dalam setiap perkara yang dikerjakan kerana terlalu mudah putus asa dan cepat benar kechiwa.(rujuk lagi:optimisme)
.

Buat mereka yang mencetak rompak tiket tersebut, saya tahu kamu budak indie yang mengenali dan bijak menggunakan teknologi... ke'indie'an anda telah membuatkan 'orang dalam' yang mulanya optimis menjadi seorang yang pesimis sekali. Akibat kepeseimisan itu saya juga menjadi yang tersangka.. Kechiwa.. Owh! Indie!!

Nota Indie : no siri master copy tiket klon : 2089, lalu diputar dipusing sehingga 900 keping.. Fuh!! Bayangkan kalau dijual RM10 sekeping jumlah bersih RM9000 satu malam!! Malam itu aku dapat cuma 16 keping, 900 keping itu aku tahu keesokan harinya oleh 'orang dalam..'Fuck Off! Swhit!!

Coret

3 jam sebelum...

Sebelum..

Semasa : 2 zat tanpa lemak tapi berkrim dan disukai ramai..

Semasa :
Hujan Setlist Empayarmu, Ahmoi Chantek. Jiwa Kelajuan, Aku Skandal, Bila Aku Sudah Tiada, Dugaanya..

Semasa: MUH

Semasa 3 saat ambil 'site' sebelum melakukan aksi terjun kearah crowd. Mujur disambut..

Bertugas menjaga dan mengontrol ensem. Sepeti brader peluk tubuh ujung sana: krew merangkap tukang pukul (bouncer).

Selepas..???

Backdrop Sure Geger ..


Stage Backdrop (32'X16')
"Setuju? Ya.. Setuju! Kamu Setuju? Ya Setuju! Semua Setuju?? Ya.. Semua Setuju!! Ok.. Proceed!!" - Kalaulah begini.. Alangkah Bagusnya.. Senang keja aku..
Hoho!!

Yang Ini Jadinya..

Kemudian Disuatu tempat...
Satu Lagi Tempat...
Di Sudut Lain Pula...
Ahakss!! Ada kesempitan di dalam kesempatan itu.. Huhu!!
Pada suatu masa di sudut yang lain pula..

(Sound Check: 9.30pm-12.00am lebih masa polis datang!!)

Disuatu sudut didalam hati yang merasa pula merasakan...
Akhirnya...
12.20 am - 04April09.
Beginilah kejadiannya.. Co-Organizer yang asal berada dibawah dipindah kiri dan kanan sebab ada lighting 14 kaki tinggi menghadang lalu takut tak terpandang..
Gegat tak Gegar.. Tunggu Esok Malam!!

Kesimpulan Bersama Lagu Selingan..
Bila aku sudah tiada .. Simpan semua designku jangan ditangis selalu..
Mungkin itu sementara.. Bila jumpa penggantiku..
Jangan dilupakan aku.. Hoho..

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama