Suka Hati Awaklah !!"Ko tak tengok AF kah ?? Rugilah ko tak tengok AF malam nie.. Kompom lelaki yang budak Tawau tu yang terkeluar malam nie.. Geram aku tengok perangainya bah !! Bagus lagi di kasi keluar.. Bikin malu Tawau jak lah, Sudahlah bodoh.. sombong plak tu! Kalau nak pancing undi pun rasanya, tak laku lagi lah sudah." kata Arif kepada Aini, dengan perasaan penuh dengan kegeraman yang dieram dengan kekeliruan.
"Tak !"
Tegas dan ringkas jawab Aini yang sememangnya menyampah dengan perangai si Arif yang selalu membuat kerja dengan selamdog milionaire sahaja , seraya berlalu pergi meninggalkan si Arif keseorangan tertanya tanya dimanakah silapnya soalan itu tadi? Pada 'geramnya' atau 'bodoh sombongnya'?? Menduga-dugalah dia keseorangan.
Tatkala Aini berlalu melangkah pergi menuju ke kereta Protonnya, di lubuk hati kecilnya berkata kepada dirinya sendiri."
"Elleh.. macam lah aku bodoh sangat nak diperbodohkan.. macamlah aku tau budak Tawau yang ikut AF tu perempuan, bukan lelaki. Huh! Menyampah!"
"Saja nak mengorat aku lah tu!?" Aini menduga didalam hati sambil berkira-kira untuk membeli kad prabayar talipon bimbitnya bagi mengundi budak perempuan Tawau tersebut agar tidak terkeluar malam nanti, dengan harapan jika si Arif menduganya lagi esok hari, pasti akan berlaku suatu transformasi yang ditunggu-tunggu selama ini.
15 minit yang lalu.
"Aini, ko mau tau kah budak perempuan Tawau yang masuk AF tu lah ex-girlfriend aku.." berkata Nazreyansyah kepada Aini yang mengiyakan dengan mengangukkan kepala namun jelas kelihatan perasaan cemburu menikam kalbunya.
Walhal, Nazreyansyah Bela tidak mempunyai HASTRO pun dirumahnya, apa yang dikatakannya itu hanyalah gurauan yang sekadar ingin menduga perasaan Aini kepada dirinya sahaja.
CINTA atau NAFSU ?? Semua itu dugaan...Kalau kail Panjangnya Sejengkal, Laut Yang Dalam Takkan Terduga...
Jadilah kita seorang penduga, selalu menduga biarpun cuma diduga..
Yang sampai bilapun menduga cuma, bila sampainya pun tak pernah terduga..
p/s:
Tidak ada seorang pun orang Tawau yang memasuki AF musim ini, apatah lagi yang bodoh dan yang sombong. Hanya seorang sahaja orang Sabah yang berjaya masuk musim ini iaitu Adam yang berasal dari Kota Belud kalau tak silap dugaan saya. Jangan lupa AFUNDI ADAM!!
I Miss U, Bodok!
oh sikap ini milik kebanyakan orang kita...termasuk la sy...hehe
Adry @ http://www.adrysabry.com