Yus Design 2008 Allright Reserved

Billboard Bahasa

Billboard ialah sebuah majalah muzik mingguan Amerika yang memaparkan carta muzik berdasarkan populariti lagu (Billboard Hot 100) dan album (Billboard Hot 200) para pemuzik tanpa mengira jenis dan aliran muzik yang dibawakan. Samada ia Indie, Indie atau Indie.. jika dia bagus dan disukai ramai ia wajib tersenarai dalam Carta Billboard tanpa pilih kasih atau pilih bulu. Majalah ini sudah terbit sejak November 1894 lagi.














Majalah Billboard isu pertama dan ulangtahun ke 10. Sebelah kanan pula Isu Terbaru !! Dapatkan di kedai mamak berhampiran.. Haha :)

Dalam bidang pengiklanan (advertising), billboard merupakan medium berstruktur yang paling besar untuk iklan bercetak. Selalunya ia akan diletakkan dikawasan jalanraya yang sibuk dengan kenderaan beroda empat dan beroda dua, di kawasan lampu isyarat dan juga di kawasan lebuhraya highway. Sasaran utamanya ialah para pemandu jalanraya oleh itu teknik penggunaan warna dan typografi adalah sangat penting agar apa yang diiklankan dapat sampai kepada para pemandu dan tidak mengganggu kelancaran trafik seperti kejadian kecelakaan jalan raya misalnya, disebabkan terpegun dan terpesona dengan keunikan dan kecantikkan billboard tersebut.



Billboard diatas adalah sebuah iklan jenis kempen atau propaganda yang terletak dikawasan lampu isyarat dan merupakan sebuah jalan utama pengguna kenderaan ringan dan juga berat untuk menuju ke kawasan bandar. Penggunaan teks dan warna bolehlah dikatakan bersesuaian untuk dibaca oleh para pemandu dengan hanya sekali imbas, namun untuk memahami mesej yang disampaikan mungkin tidak berjaya walaupun setiap hari dan setiap jam melalui kawasan itu.


Mujurlah dengan kecekapan saya memandu, pada kelajuan 40km sejam, saya sempat menangkap gambar dengan menggunakan kecanggihan talipon bimbit yang berkamera tanpa disedari oleh bapak polis trafik, jika tidak saya pasti akan menggunapakai teks berwarna putih itu, dan secara sengaja mengendahkan, buat-buat lupa dan tidak tahu akan kewujudan teks berwarna hitam itu, untuk mengelak daripada menerima sepucuk surat derma jogathon yang wajib ditandatangani oleh saya sendiri dengan tidak sedikit pun merasa ikhlas.

Jika diperhatikan lalu diperincikan setiap objek dan simbol yang terkandung didalam billboard diatas, saya tidak dapat mengaitkan dan merumuskan mesej kedua dua pernyataan diatas untuk dinyatakan bagi menerima kenyataannya, walaupun kedua dua ayat diatas adalah jelas merupakan ayat penyata.

Kesantunan Berbahasa : bermaksud penggunaan bahasa Melayu yang sopan santun, lembut, mesra, seperti mengunakan kata kata yang penuh budi dan pekertinya tanpa berbunga-bunga atau berbelit-belit bagi menunjukkan rasa hormat kepada orang yang disasarkan pada situasi yang tepat dan bersesuaian untuk menunjukkan atau memperlihatkan nilai dan aspek yang baik-baik kepada orang lain. Penulisan dan pertuturan juga termasuk dalam aspek kesantunan berbahasa yang dinyatakan sebagai amalan yang mulia samada untuk memerangi rasuah dan mengelakkan rasuah atau menghulur dan menerima rasuahnya. Sungguh slapstik dan sarkastik sekali...

Kalau Orang Berbudi Kita Wajib Berbahasa, Kalau Orang dah Beri Kita Ambik sajalah..

Billboard dan signboard fungsinya adalah sama yakni menyampaikan mesej/pemberitahuan, namun kaedah dan faedahnya berbeza. Billboard adalah papan khas untuk iklan, manakala signboard adalah papan tanda yang bertanda dan boleh diletakkan di mana mana sahaja dan bila bila sahaja seperti papan tanda untuk kedai kopi, kedai handphone, kedai runcit, papan tanda berbentuk amaran, atau arahan ataupun papan tanda yang menunjukkan arah rumah orang kenduri kahwin agar pengunjungnya tidak tersesat ke tempat kenduri orang yang lain, ini boleh dilakukan tanpa perlu berunding, bertender dengan Pegawai penguatkuasa tempatan mahupun orang tengahnya, sedangkan billboard telah disediakan tapaknya kemudian perlu disewa dan akan mengeluarkan BIL pada setiap bulan untuk dibayar kepada kontraktor kelas F yang diberi tugas oleh Badan Penguatkuasa Tempatan masing masing, namun bil ini tidak ditakrif sebagai 'income tax' melainkan 'side income' sahaja.

Marilah Kita Bersama Memerangi Denggi & Kutu Sampah Sahaja...

Mungkin disebabkan itulah ia dinamakan Bill Board, bukannya Income Board, Tax Board, Dash Board mahupun Perabot.

Tahukah anda perkara paling sukar sekali untuk difahamkan di dalam dunia ini ialah 'income tax' dan bangunan Lembaga Hasil tidak perlu takut atau lari dari membayar cukai pintu dan cukai hasil (income tax)? Mungkin sebab itu jugalah bangunannya berkaca dimata, digelasnya berair.. dan perkara yang saya faham tetapi sukar bagi saya melakukannya ialah membayar road-tax, bukan tak ada duit, tetapi di jalanraya seringkali ada road-block yang sukar bagi saya untuk fahami kenapa saya tidak pernah lepas darinya...(??)

2 Comments:

  1. unkeldolaque said...
    uiii...jooo...
    cya kono aku ko pki gtu joo...
    mcm pak lah jgk ku tgk...
    wawawa...
    Yus Design said...
    Salah!! Salah!! Ini Gus Dur + BJ Habib + Susilo Bambang Yudhyono = mEGAWATI sUKARNOpUTRI

Post a Comment



Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama