Yus Design 2008 Allright Reserved

JTK - Hari Penempatan Pekerjaan

PERHATIAN BUAT PENCARI KERJA SEKITAR TAWAU DAN YANG SAMA WAKTU DENGANNYA !!!

Photobucket

Ini Iklan Terbaru yang sudah di Up To Date : Sila Ambil Perhatian kepada para pencari kerja. (Yang di bawah ni).

Untuk Pegawai JTK sahaja. : Muat Turun atau Download File Diatas dari Ziddu
Klik Sini
ikut arahan yang diberikan.

Tempat sudah berubah dari perkarangan Persekutuan ke Tingkat2, Wisma Persekutuan Tawau. Banyak peluang pekerjaan menanti anda.. Kerja yang macamana ?? Datanglah kalau mau tahu lebih lanjut!!!

Oh Baru perasan!! Wisma Persekutuan ada 7 tingkat kesemuanya.

Bertemu Pacik Husin Dalam Hujan Sedang Sapel

Photobucket

Poster yang sedang menunggu confirmation dari organizer.


"Tiada bintang dapat menerangkan hati yang telah di bla bla..Bagaiku lumpuh tak mampu berdiri aku.. Tetapa begini..."
Pergh..Memang layan beb... pastu yang ni plak..
"Bila aku sudah tiada.. Simpan semua design ku jangan di tangis selalu.. Mungkin hanya sementara.. bla bla bla.."
Pergh.. 'Indie' beb !! "Indie' nie!! Wajib ni pegi Tak pegi tak indie!!..

Tapi ni yang paling tak boleh tahan nie...

"Harusnya takkan ku biarkan kau pergi,Membuat ku terpuruk rasa ingin mati,
Derita yang mendera kapan akan berakhir, Hanya engkau yang mampu taklukkan hatiku.."

Pergh !! Syahdu Beb.. Lagi syahdu bila dengar dari belakang bangunan MARA.. takpun belakang Dewan Datuk Lau Sekolah Sin Hwa tu, dekat skit dengan stage... Sure syahdu dengar lagu tu sayup sayup terkeluar dari Dewan Masyarakat bertemankan nyamuk di bawah sinar rembulan.

Bulan depan memang sure gegar gegar poket.. ansuran kereta tangguh lagi bulan depan.. ala.. rilek ah!! Baru 2 bulan tak bayar.. Tiga bulan gantung baru R/O keluar.. Tak 'indie' lah kalo kereta tak kena cari oleh tukang tarik kereta! Betul tak??

Kalo tabung sehari seringgit dapat lagi tiket kelas C nie.. Tapi apa barang? Orang mau Special VIP Pass.. RM150 beb. Ni yang rasa nak daftar jadi ahli pasukan RELA nie.. Sempat lagi tak dapat pangkat kopral ni? .. boleh 'jaga' depan dan belakang stage sambil pegang belantan.!! Amacam ada bran isi borang??

Taja (Meet.U.H) SMS tadi: Apa kes Pacik Husin besapel dalam hujan nie ???


Komuniti Alumni Malaysia

Photobucket


Malaysian School Alumni Community
Malaysian's Schoolmate Comunity... Ok tak ?? Ke Sekolah Ku Rumah Ke-2 ku?? Ada nampak mcm korporat kah??

Sebuah/Sejenis? laman web untuk .. erm.. supaya .. erm .. agar dapat mencetus.. ermm.. Cetus ??


Photobucket
Contoh Logo

Untuk mengetahui lebih lanjut pasal laman web ini klik sini atau sini dan sini.
Jika anda pernah belajar di sekolah dalam negara Malaysia (kecuali sekolah mengaji KAFA) berdaftarlah dalam laman web ini. Anda boleh dikenakan tindakan disiplin oleh Guru Disiplin Sekolah anda sekiranya tidak mendaftar.

Siapa tahu anda boleh bertemu dengan rakan kelas anda, amoi yang duduk depan meja guru anda, acai sebelah tempat duduk anda, si Karim yang hebat bermain bola sepak di sekolah anda, brader yang ajar kawat pengakap sekolah anda, Cikgu Maria Yee yang mengajar matematik, Cikgu Osman yang mengajar Pendidikan Jasmani, atau Guru Besar anda masa sekolah rendah atau mungkin juga jika bernasib baik atau ditakdirkan Tuhan anda mungkin bertemu jodoh anda dalam laman web ini.

Pendaftaran adalah percuma. Tiada yuran bulanan atau surat rasmi meminta derma untuk tabung PIBG akan dihantar dan dikenakan. Ujian lisan seperti membaca doa qunut depan ustaz atau pemilihan secara rambang membaca sifir 8 masa perhimpunan tidak ada termaktub dalam laman web ini. Jadi apa tunggu lagi.
Tanpa Cengkeram Tanpa Penjamin Daftarlah Beb!!


Untuk melihat pelajar paling cemerlang SMK Kuhara yang berdaftar dalam laman web ini klik sini
dan sini.
Untuk melihat atau berkenalan dengan jejaka paling jambu dalam laman web ini klik sini.

Hahaha :))

Amacam ??
Ok tak iklan nie... Bleh masuk Astro Awani tak?? Iklan ini ditaja oleh sanggar peppek D'Zakwan (bawah tangga panggung wayang)
p/s :Huhu .. sori par lu lambat pick-up jadik gua publish sini. Jangam Marah..

Daftar Isi : sini: link ke laman web yang dinyatakan.

Ada Bran Komen ?? Silakan...





Gua taknak 'tools' itu melemahkan semangat gua yang bekobar kobar. Harapan untuk ke KL masih besar walau badan gua time tu masih kecil. Dengan title Juara Melukis SRK Holy Trinity yang gua pegang gua melangkah masuk dewan, Semangat gua ditambah dengan kehadiran pacik pacik gua yang rock kapak dengan rambut panjang ala ala Amy Search mengiringi perjalanan gua masuk ke dalam Dewan. Cayalah lu pakcik lu orang memang Rock.

Sampai kat meja pendaftaran yang teletak di pintu masuk dewan gua bagi tunjuk surat yang cikgu gua bagi. Lepas daftar nama gua di bagi sebuah buku kertas lukisan dan dibenarkan masuk. Tapi pacik gua yang rock tak dibenarkan masuk. Mungkin terlalu ganas. Masuk dalam dewan bukan sedikit orang yang ada... Macam konsert battle of the band versi budak sekolah rendah pun ada. Tapi yang gua perasan semua peserta bangsa Cina. Tepi cina, belakang cina, depan cina yang kat atas pentas pun cina jugak. Kulit semua putih putih yang hitam pun ada tapi orang India. Mana melayu? Takkan melayu dah hilang dari dunia??

Gua di suruh duduk oleh brader di kawasan tempat duduk yang simen dalam dewan tu. Brader tu pun cina jugak. Kat bawah tu gua rasa kategori lain sebab badan diorang semua besar besar. Kat tempat gua semua size macam gua. Sebelum start MC kat pentas berucap dalam bahasa Cina cin cong cin cong pastu dalam Bahasa Inggeris. Pastu terus start. Lah... nak lukis apa?? Gua bukan paham apa yang di cakap. Nasib masa daftar tadi ada di selit kertas tentang syarat dan tema pertandingan tu.

Mak gua baca kertas tu dan bagitau tema dia : Halaman Rumah Saya dan syarat syaratnya. Kepala gua dah blur bila tengok orang kat sebelah gua guna warna kegemaran gua; warna luna yang kat sebelah lagik warna lilin Buncho yang kat depan pulak guna warna Luna yang kotak dia versi aluminium 50 batang. Gua apalagi tapok tapok tools gua dibalik kertas lukisan. Lagi terharu bila diorang semua kena support bukan saja oleh mak bapak diorang, ada yang satu femili datang hantar anak dia.

Rasanya nak tulis nama pun gua amik masa 5 minit konon nak pikir idea apa nak lukis padahal pikiran dah melayang teringatkan KL yang dah jauh menghilang. Belum pun abis gua tulis nama mak gua bagi idea yang paling...

" Ko lukis jak muka mu situ kasi makan ayam di belakang rumah.. pastu ko buatlah ada gambar ular di semak mo makan ayam tu..."

...yang paling kreatif sekali gua pernah dengar dari mak gua. Huhuhu. Pastu mak gua keluar tinggalkan gua sorang dalam dewan. Gua lagi bengang bila dapat tahu pacik pacik gua yang rock tu datang bukan nak support gua tapi nak amik mak gua tolong amik talam dan periuk periuk buat kenduri rumah macik gua. Tak rock langsung!!

Setengah jam berlalu. Kertas lukisan gua masih kosong lagik. Bukan takda idea tapi macamana gua nak cover kertas lukisan size A3 tu dengan tools yang ada. Pensel gua pakai tekan berabis pun tak keluar pastu patah raut sampai kontot pun tak bleh. Tukar warna pun sama jugak. Last sekali gua guna warna lilin 60sen. Pun sama jugak.. rasanya kalo buat lilin pun tak boleh pakai. Lukis ayam dah tak macam ayam, lukis rumah tak macam rumah, lukis burung yang kejauhan timbul dari celah bukit jak yang ada macam burung sikit.

Gua amik keputusan muhasabah diri.. dalam kebisingan bunyi lagu lagu cina. Gua perhatikan keliling gua. Gua tengok backdrop pentas yang warna warni bertulisan Cina yang gua paham cuma lambang colgate dengan milo jak serta nomor 92. Mungkin sempena tahun 1992. Gua tengok acai spek mata sebelah gua yang datang satu femili, bukan dia yang buat mak dia lukis, bapak dia yang warna. Yang amoi belakang gua yang guna Luna versi cover aluminium 50 batang pulak buat lukisan macam .... 50 batang pensel warna yang dia gunakan 5 batang jak. Chit.. kalo bagi aku kompom KL dekat dekat jak dirasa. Rasa nak curi warna dia pun ada.

Sebelum mak gua datang baik gua hantar lukisan gua. Masa dia datang dia tanya mana kertas lukisan gua, gua cakap dah hantar. Mak gua tanya lagi "Boleh menang kah?" gua tunduk geleng kepala. Pastu mak gua suruh pulang kenduri nak start. Tanpa membantah gua kemas barang gua. Sambil melangkah keluar dewan gua sempat jeling jeling warna Luna versi aluminium 50 batang yang amoi belakang gua guna sambil berkata dalam hati "Ni mesti dia beli di KL nie..."

Masa dalam van pacik pacik gua yang rock bertanya tentang pertandingan tu tapi gua takda mood nak layan, gua anguk anguk geleng geleng jak. Mak gua pun diam jak, mungkin dia paham perasaan gua. Gua duduk tepi tingkap dan gua dapat rasa macamana perasaan Rashid Sidek bila orang bilang dia "Jaguh Kampung."

Pengalaman ni memang gua tak pernah story pada mak gua dan budak budak kelas gua. Bila budak kelas gua tanya gua cakap gua tak pegi pun pertandingan tu! Ada kenduri macik gua!

Fakta : Orang cina kat Malaysia ni lebih menghargai seni daripada orang melayu. Orang cina juga mengajar anak mereka dengan melukis sejak dari kecil untuk mengembangkan daya kreatif, diorang percaya cara ni berkesan kasi kembang otak anak mereka,dan menggalakkan anak mereka untuk belajar seni. Tidak seperti orang melayu yang mengajar anak mereka dengan sifir. Buktinya tak perlu pegi jauh tengok keliling korang sapa yang control 'bidang' nie. Takpun tengok dinding rumah mereka apa yang tergantung dengan dinding rumah kita.


Pertandingan Melukis Peringkat Sekolah 92.

Masa sekolah rendah dulu gua paling minat bab pendidikan seni selain daripada pendidikan jasmani, rehat dan loceng pulangan. Bila tau jak cikgu PS yang masuk kelas, gua punya senyum memang sampai telinga.

Bakat gua memang tak dapat dibendung dalam bab lukis lukis ni di peringkat sekolah gua. Tiap kali ada pertandingan melukis memang gua yang menang punya. Selalunya pemenang diumum masa perhimpunan. Belum pun diumum murid murid memang tinguk gua punya. Kekadang ada jugak suara dengki yang cakap "Budak ni lagi yang menang nie.." Rasa macam nak tumbuk tapi gua control, tunduk konon gua tak amik port apa yang cikgu kat depan cakap. Bila di umum gua pura pura tekejut. Dengan bangga gua keluar melangkah barisan, amik hadiah gua, yang kesekian kali.

Tak percaya tanya budak kelas gua.. Tu pun kalo dorang amik port. Sampai ustaz yang ajar alip ba ta dengung dengung pon kalo nampak gua melukis kompom duduk sebelah gua tengok gua lukis.
Tapi bab yang gua paling tak puas hati dia punya hadiah kulit bungkusan jak gempak. Tapi isi ya ampun buku nota, warna kayu cibai, paling grand pun kotak pensel yang dua tingkat. Nak dapat jam power rangers atau game watch yang koboi tembak tembak kat bar tu memang kempunan lah. Sebelum sampai rumah gua memang bukak dulu hadiah tu takut nanti sampai rumah mak gua tanya gua jawab menang melukis kompom mak gua marah. Aktiviti melukis 'underground' gua bakal dipantau lagik. (Mak gua marah gua melukis).

Orang cakap kat sekolah tu memang takda celen lah! Sampai lah satu ketika.. gua dapat surat rasmi siap tanda tangan guru besar dari cikgu yang gua terpilih ke pertandingan melukis peringkat sekolah tahun 92 anjuran Colgate dengan Milo. Masa tu gua derjah 3 Ungu. Surat pun gua dapat by hand dari cikgu gua. Gua tak baca pun surat tu tapi cikgu gua cakap surat tu untuk makluman ibubapa. Lah gua jadi lemah kompom tak kena bagi, tapi bila cikgu gua cakap kalo gua mennag gua kena hantar pulak pi KL. KL ?? Wow... gua cuma terbayang Mahathir ngan Foo Kok Keong dan iklan Kepsi kat TV.

Sampai kat rumah gua tak banyak fikir, gua bagi mak gua surat tu. Yang pertama gua cakap kalo menang gua pi KL. Masa tu dengan prestasi gua melukis gua memang yakin gua boleh menang. Mak gua dengan muka yang tiada reaksi sedikit pun setuju, mungkin sebab semangat bekobar gua yang yakin akan menang punya. Gua cakap kat mak gua tools gua tak cukup mak gua cakap nanti dia belikan. Hat gua riang sampai tak boleh nak makan nasik.

Esok masa hari pertandingan tu, malamnya memang gua tak boleh nak tidur asyik terpikirkan KL, KL KL... macamanalah KL tu yah? Nak pegi naik bas atau naik teksi. Gua nak jumpa badut McD yang macam iklan TV tu, orang cakap dia tinggal kat KL jak. Huhuhu..

Hari pertandingan tu kena hari Sabtu, gua bangun awal sebenarnya gua tak lena nak tidur malam tu, tak sabar menunggu nak melukis dan hari tu juga macik gua ada buat kenduri jadi clash lah dengan acara gua. Mak gua pun macam berat jak nak hantar gua pegi Dewan Masyarakat. Gua datang pakai baju sekolah gua bersama surat yang cikgu bagi dengan harapan mak gua belikan gua tools yang baru: warna kayu Luna 12 batang panjang idaman gua, warna lilin jenama Buncho yang kulit dia warna hitam dengan pensel 2B jenama stabilo beserta pemadam yang tak keluar dia punya habuk kalau diguna.

Sampai kat kedai alat tulis tak silap gua Ko Ming lama. Mak gua turun belikan tools yang gua maksudkan, tapi gua tak dibenarkan turun, duduk dalam kereta jak. Harapan gua terbarai bila apa yang gua impikan tak dapat. Yang ada cuma warna kayu yang jenama bodoh harga mungkin seringgit jak, warna lilin yang 60sen, sebatang pensel yang ada itik itik kat batang dia peraut harga 30sen dan pemadam yang keras, kalau guna kompom dengan kertas kertas sekali koyak.

Chit...

Nanti Gua sambung...




Berita Sedih

TAWAU: Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Husein berkata, mana-mana pelajar yang tidak memiliki sijil kelahiran tetapi salah seorang ibu bapanya warganegara Malaysia berhak untuk meneruskan pelajaran ke peringkat menengah.

Sambil mengarahkan peraturan itu dilaksanakan serta merta, Hishammuddin berkata tindakan menghalang pelajar meneruskan pelajaran ke peringkat menengah disebabkan masalah seperti itu boleh mengganggu proses pembelajaran kanak-kanak berkenaan.

Saya nak nyatakan di sini sekiranya ia merupakan satu dasar, hari ini juga saya tukarkan dasar itu,katanya kepada pemberita selepas melawat Sekolah Kebangsaan Balung dekat sini.

“Sebab itu, sebagai Menteri Pelajaran Malaysia, saya hari ini (ingin menyatakan) bahawa dasar itu bukan sesuatu yang saya setujui dan sekiranya dasar seperti itu wujud, kita tukar hari ini juga,” katanya.

.......................................................................................................................................................................

Dipungut dari TawauKini

Hu Hu Hu... Sedih... Mengapa tidak 10 tahun yang dulu? 5 tahun yang dulu? Mengapa baru sekarang? Bagaimana nasib si Marcus(bukan nama sebenar) yang bijak bistari tapi tak dapat sambung belajar sebab masalah sijil lahir? Si Bambang, Si Magdalena.. Si Bertha.. Si Matahari, Si Lawrencius.. Si Freddy.. Si Martinus.. Si Sabarman.. Si Sabariah (semuanya bukan nama sebenar).

Yang sudah bertungkus lumus belajar untuk SPM tidak dibenarkan pula mengambil SPM di saat akhir. Hal ini berlaku. Di depan mata aku. Di depan kita. Di tempat kita. Dasar apakah itu? Dasar brengsek? Emang dasar...

Dasar Pendidikan Kebangsaan disebut: Mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang dan mutu dengan mengagihkan peruntukan secara adil dan memberi perhatian khas kepada kumpulan yang kurang bernasib baik dan kawasan luar bandar atau pendalaman; Di mana Demokrasinya?

Dasar Pendidikan Kebangsaan yang telah di cabut:Menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang utama. Ha Ha Ha.. Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris tak kira.

Persoalannya: Mengapa baru sekarang? Mesyuarat Agung sudah dekat...



Musa Datang Lagi.

Photobucket


Panglima Datang Membawa Perutusan Memanda Negeri untuk disampaikan kepada Hulubalang serta Rakyat Jelata di Tanah Ini berkaitan Kisah Rakyat Durhaka Kepada Sultan yang berlaku di Negeri Seberang Laut Cina Selatan. Maka disambutlah Panglima oleh Hulubalang di Tanah ini sambil menjunjung Keris.


Tawau School Of Logo !!! 2009 Release...

Nanti ... Nanti... Sabar...

Tunggu Mr. Khoo Sut Lee kasi approve lesen dulu...

JTK KALENDAR 2009


JABATAN TENAGA KERJA - KALENDAR 2009.
Download Big Size - 5.57mb
(Klik Save As)

Freedom Writers (2007)

Siapa yang rasa dirinya seorang penulis hebat atau kurang hebat di dalam blog, dalam diari, buku latihan, buku nota atau di sebarang jenis kertas, adalah harus menonton filem ini.

Siapa yang rajin membaca dan menganggap pembacaan itu sebuah medium untuk menambah ilmu dan mendapat pengalaman (bukan untuk mendapatkan gosip dan cerita sensasi) adalah juga diharuskan menonton filem ini.

Siapa yang rasa dirinya seorang guru, besar atau kecik, disandar atau bersandar,adalah diwajibkan menonton filem ini. Wajib maknanya rugi tak nonton. Mungkin ada yang kita tertinggal, terlupa atau tidak sedar tentang sesuatu yang terdapat dalam filem ini.

Siapa yang rasa dirinya bukan yang disebut diatas ditegah untuk menonton filem ini, kerana filem lebih 2 jam ini tidak ada aksi atau adegan seksi, gadis cantik atau mamat hensem di dalam filem ini. Yang ada hanya kata kata hikmah bercampur kesat yang indah dan cabul yang bisa mengguris hati para romantis.

Ini kisah benar, bukan rekaan. Bagaimana seorang guru perempuan yang baru menjadi guru berdepan murid yang nakal dan bermasalah di dalam dan luar sekolah ditambah dengan sifat perkauman yang tebal antara pelajar kulit hitam, kulit putih, latin, dan asia.

Lagi memburukkan keadaan bila dia menyedari yang sekolah itu memang tidak mempedulikan akan kepentingan pendidikan kepada pelajarnya dan bekerja setakat untuk menghabiskan masa dan mencukupkan syarat sahaja. Segala permintaannya untuk mendapatkan bahan pembelajaran ditolak dengan alasan yang tidak masuk akal.

Hari pertamanya sahaja sudah terjadi rusuhan antara kaum disekolah tersebut yang dicetuskan oleh murid kelasnya. Dia sedar sistem pembelajaran formal tidak akan membantu untuk mengajar mereka. Dengan mengeluarkan dana sendiri dia membelikan mereka setiap seorang buku diari. Diari itu harus ditulis setiap hari tentang apa sahaja yang mereka rasa ingin dituliskan. Tanpa paksaan dan siapa yang berminat cuma mengambilnya di meja dan siapa yang rasa mahu diari itu dibacakan hanya perlu meletakkannya di dalam almari kabinet yang dikunci ketika waktu pulang.

Malamnya dia terkejut apabila melihat almari tersebut penuh dengan buku diari dan apabila membaca satu persatu diari itu dia bertambah terkejutbila mengetahui akan masalah yang dihadapi dan membelenggu murid muridnya. Dia sanggup bekerja part-time untuk mendapatkan modal bagi membelikan muridnya sebuah novel tentang kehidupan Anne Frank. Lama kelamaan minat membaca mereka semua bertambah. Secara tidak langsung pretasi pembelajaran mereka bertambah baik.

Babak yang paling terharu apabila seorang muridnya membacakan diari untuk diperdengarkan kepada murid yang lain. Dari situlah mereka semua sedar. Dan merasakan mereka sebagai sebuah keluarga.

Tahun 1999 Buku The Freedom Writers Diaries telah diterbitkan. Buku ini berisi tentang kisah peribadi murid tersebut.

ISA Satu Penganiayaan !!?

Dengan takzimnya menjemput .. Ke "Majlis" Bicara Tokoh : Adakah ISA SATU PENGANIAYAAN ? Isnin 7.oo malam..
The Patriot ??? Hahahah .... Patriotik ? Patriotisme ?? Siapa nie? Dari mana nie ?? US ?? UK ?? Mcm nama pilem Steaven Seagal pun ada..
Tawaukini.. Hahaha.. Anak Malaysiakini ka nie?? Ya.. Cetus jangan tak cetus.. !! Minda orang Tawau ingin dicetus.. Supaya tidak tercetus apa yang tidak patut tercetus... Cetus dengan apa??
Kehadiran perlu disahkan dahulu...?? Hahaha.. Ini pasti 'party grand'!! Untuk Datuk/Datin/Tuan/Puan dan Pemimpin² Masyarakat.. Sekadar mendengar tokoh tokoh berbicara..

Kanak Kanak tidak dibenarkan masuk..
Opss.. Apa itu ISA ???



Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama