Yus Design 2008 Allright Reserved

Berita Sedih

TAWAU: Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Husein berkata, mana-mana pelajar yang tidak memiliki sijil kelahiran tetapi salah seorang ibu bapanya warganegara Malaysia berhak untuk meneruskan pelajaran ke peringkat menengah.

Sambil mengarahkan peraturan itu dilaksanakan serta merta, Hishammuddin berkata tindakan menghalang pelajar meneruskan pelajaran ke peringkat menengah disebabkan masalah seperti itu boleh mengganggu proses pembelajaran kanak-kanak berkenaan.

Saya nak nyatakan di sini sekiranya ia merupakan satu dasar, hari ini juga saya tukarkan dasar itu,katanya kepada pemberita selepas melawat Sekolah Kebangsaan Balung dekat sini.

“Sebab itu, sebagai Menteri Pelajaran Malaysia, saya hari ini (ingin menyatakan) bahawa dasar itu bukan sesuatu yang saya setujui dan sekiranya dasar seperti itu wujud, kita tukar hari ini juga,” katanya.

.......................................................................................................................................................................

Dipungut dari TawauKini

Hu Hu Hu... Sedih... Mengapa tidak 10 tahun yang dulu? 5 tahun yang dulu? Mengapa baru sekarang? Bagaimana nasib si Marcus(bukan nama sebenar) yang bijak bistari tapi tak dapat sambung belajar sebab masalah sijil lahir? Si Bambang, Si Magdalena.. Si Bertha.. Si Matahari, Si Lawrencius.. Si Freddy.. Si Martinus.. Si Sabarman.. Si Sabariah (semuanya bukan nama sebenar).

Yang sudah bertungkus lumus belajar untuk SPM tidak dibenarkan pula mengambil SPM di saat akhir. Hal ini berlaku. Di depan mata aku. Di depan kita. Di tempat kita. Dasar apakah itu? Dasar brengsek? Emang dasar...

Dasar Pendidikan Kebangsaan disebut: Mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang dan mutu dengan mengagihkan peruntukan secara adil dan memberi perhatian khas kepada kumpulan yang kurang bernasib baik dan kawasan luar bandar atau pendalaman; Di mana Demokrasinya?

Dasar Pendidikan Kebangsaan yang telah di cabut:Menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang utama. Ha Ha Ha.. Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris tak kira.

Persoalannya: Mengapa baru sekarang? Mesyuarat Agung sudah dekat...



0 Comments:

Post a Comment



Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama