Yus Design 2008 Allright Reserved

Freedom Writers (2007)

Siapa yang rasa dirinya seorang penulis hebat atau kurang hebat di dalam blog, dalam diari, buku latihan, buku nota atau di sebarang jenis kertas, adalah harus menonton filem ini.

Siapa yang rajin membaca dan menganggap pembacaan itu sebuah medium untuk menambah ilmu dan mendapat pengalaman (bukan untuk mendapatkan gosip dan cerita sensasi) adalah juga diharuskan menonton filem ini.

Siapa yang rasa dirinya seorang guru, besar atau kecik, disandar atau bersandar,adalah diwajibkan menonton filem ini. Wajib maknanya rugi tak nonton. Mungkin ada yang kita tertinggal, terlupa atau tidak sedar tentang sesuatu yang terdapat dalam filem ini.

Siapa yang rasa dirinya bukan yang disebut diatas ditegah untuk menonton filem ini, kerana filem lebih 2 jam ini tidak ada aksi atau adegan seksi, gadis cantik atau mamat hensem di dalam filem ini. Yang ada hanya kata kata hikmah bercampur kesat yang indah dan cabul yang bisa mengguris hati para romantis.

Ini kisah benar, bukan rekaan. Bagaimana seorang guru perempuan yang baru menjadi guru berdepan murid yang nakal dan bermasalah di dalam dan luar sekolah ditambah dengan sifat perkauman yang tebal antara pelajar kulit hitam, kulit putih, latin, dan asia.

Lagi memburukkan keadaan bila dia menyedari yang sekolah itu memang tidak mempedulikan akan kepentingan pendidikan kepada pelajarnya dan bekerja setakat untuk menghabiskan masa dan mencukupkan syarat sahaja. Segala permintaannya untuk mendapatkan bahan pembelajaran ditolak dengan alasan yang tidak masuk akal.

Hari pertamanya sahaja sudah terjadi rusuhan antara kaum disekolah tersebut yang dicetuskan oleh murid kelasnya. Dia sedar sistem pembelajaran formal tidak akan membantu untuk mengajar mereka. Dengan mengeluarkan dana sendiri dia membelikan mereka setiap seorang buku diari. Diari itu harus ditulis setiap hari tentang apa sahaja yang mereka rasa ingin dituliskan. Tanpa paksaan dan siapa yang berminat cuma mengambilnya di meja dan siapa yang rasa mahu diari itu dibacakan hanya perlu meletakkannya di dalam almari kabinet yang dikunci ketika waktu pulang.

Malamnya dia terkejut apabila melihat almari tersebut penuh dengan buku diari dan apabila membaca satu persatu diari itu dia bertambah terkejutbila mengetahui akan masalah yang dihadapi dan membelenggu murid muridnya. Dia sanggup bekerja part-time untuk mendapatkan modal bagi membelikan muridnya sebuah novel tentang kehidupan Anne Frank. Lama kelamaan minat membaca mereka semua bertambah. Secara tidak langsung pretasi pembelajaran mereka bertambah baik.

Babak yang paling terharu apabila seorang muridnya membacakan diari untuk diperdengarkan kepada murid yang lain. Dari situlah mereka semua sedar. Dan merasakan mereka sebagai sebuah keluarga.

Tahun 1999 Buku The Freedom Writers Diaries telah diterbitkan. Buku ini berisi tentang kisah peribadi murid tersebut.

0 Comments:

Post a Comment



Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama