Mencemar Duli
0 Orang Telah Mengusutkan Lagi Keadaan Hai ! Nama Awak Siapa? Nama Saya Yus Design Yang Sangat Kusut Pada 7/31/2009 02:11:00 PTGMohon segala keampunan buat beribu-ribu pengampunan.. Sembah ampun harap diampunkan semoga para pengampun juga akan diampuni segala kesalahannya oleh Yang Maha Pengampun. Janganlah kita menjadi para pengampu yang selalunya kempunan kerana terlalu banyak makan ampun...
GoBlog
10 Orang Telah Mengusutkan Lagi Keadaan Hai ! Nama Awak Siapa? Nama Saya Yus Design Yang Sangat Kusut Pada 7/19/2009 08:20:00 PTGSebuah mesej baru datang darimu, Bertanya khabar tentang diriku..
Apa khabar kambingku, Aku baik baik saja rumputku..
Alahai.. kasihku, Aduhai.. pujaanku..
Rindu padamu, I love u.. Cinta padamu, I miss u..
Jadi bila ? Bila bila boleh jadi..
Sampai bila ? Sampai bila bila..
Apa kes ? Tiba tiba plak ..
Lama Tak Ngoblog..
Forever & One...
2 Orang Telah Mengusutkan Lagi Keadaan Hai ! Nama Awak Siapa? Nama Saya Yus Design Yang Sangat Kusut Pada 7/14/2009 07:39:00 PTGPemergiannya ke alam baru menyebabkan seluruh dunia merasa sedih. Dimana mana dikisahkan tentang hidupnya, di suratkhabar, radio, TV sehinggalah di kedai runcit. Akibatnya sunyi sekejap perkara berkaitan Politik dan Ahli-ahlinya, kecuali perkara mengumpat yang kekal hangat - lumrah alam - MJ juga tidak terlepas menjadi bahannya...
Apapun pengaruh MJ cukup besar ( dalam industri muzik ) terutamanya pada era 80an dan 90an, siapa tak kenal besar kemungkinan lahir pada hujung 90an. Raja Pop gelaran agung yang melekat dengannya. Soal mengapa atau kenapa MJ melakukan transformasi, hitam atau putih (black or white) tak usahlah dipersoalkan - diperlekehkan - lagi. Kalau patah bisa tumbuh, yang hilang mungkin berganti, tapi yang pergi tak akan kembali lagi. Kerana pemergiannya untuk bertemu dengan Yang Satu.. Kekal ! Selamanya..
Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama, karan mati (blackout) meninggalkan... ?? Caci dan maki makian..
Yang Berkaitan Tentang Grafiti Montana, Muzik, Vector Art, Warna
Sibuk ??
4 Orang Telah Mengusutkan Lagi Keadaan Hai ! Nama Awak Siapa? Nama Saya Yus Design Yang Sangat Kusut Pada 7/11/2009 03:13:00 PG

Dengan Slash dan ramai lagi ... Mendiang Cobain dan Arwah Michael Jackson pun ada..
Percaya tak ? Percayalah !!
1 tin RM 5 hingga RM 8 sahaja mengikut jenama dan berapa banyak peratus metil benzena yang digunakan.. Ada Pylox, TOA, dan Krystal.. Anchor tak ada.. Jenama Krystal murah, tapi bodoh bila di minum..
Ada Apa Dengan Paul Smith ?
3 Orang Telah Mengusutkan Lagi Keadaan Hai ! Nama Awak Siapa? Nama Saya Yus Design Yang Sangat Kusut Pada 7/07/2009 04:18:00 PTG


Dulu... kudus dan naif.

Hakikatnya, beliau bukanlah seorang pengusaha ataupun tukang jahit apalagi untuk mengimpikan dirinya menjadi seorang pereka fesyen. Beliau adalah seorang pelumba basikal yang bercita cita untuk menjadi juara seperti dalam acara Le tour de Langkawi, tetapi kemalangan yang menimpanya telah merubah nasibnya.
Berasal dari Nottingham England, berada dalam dunia fesyen sejak 3 dekad lalu hanya mendapat gelaran pingat kebesaran daripada Queen Elizabeth II tahun 2000, yang membenarkan beliau menggunakan gelaran Sir pada namanya.
Jalur ini dihasilkan ketika awal kariernya sebagai pereka, ketika penghujung tahun 60-an setelah beberapa tahun membuka perniagaan menjual baju siap. Mulanya jalur ini hanyalah sebagai sebuah edisi semusim yang terhad, tetapi tak disangka jalur keriangan ini menjadi tarikan pengguna untuk dimiliki. Sehinggakan menjadi logo dan trademark untuk setiap produk komersial keluaran beliau hingga kini, baik dari pakaian hinggalah ke pelbagai koleksi serta aksesori yang lain, baik produk untuk lelaki mahupun wanita, sehinggalah ke Mini Cooper, pasti akan ditemui jalur yang meriah ini. Wajib! Jika tidak itu mungkin dari Paul McCartney (Beatles) atau Paula Abdul barangkali, bukan Paul Smith.
Ketika itu zaman rock and roll, demam The Beatles sudah menjangkiti seluruh England. Elvis Presley dengan tarian twist seperti ala-ala lagu 'Bila Larut Malam' sudah dianggap klasik dan ketinggalan zaman. Baju kolar polos putih dengan belang biru atau coklat burgundy juga dianggap lapok. Namun kerana kekurangan dana, hanya baju seperti itu yang mampu untuk diborong dan diletakkan sebagai barangan jualan di dalam kedai bajunya.
Bayangkan setiap hari hanya melihat baju baju klasik yang berbelang warna yang malap dan pudar sahaja tersusun di dalam kedai anda. Bosan ? Boring ? Tak Laku ... Dengan bantuan teman wanitanya (kini isterinya) seorang pelajar kursus fesyen dan jahitan di Sekolah terkemuka di England beliau belajar sedikit cara menjahit dan menyulam dengan sendirinya.
Dari situlah bermulanya tercetus idea untuk menghasilkan sendiri produk baju beliau dengan konsep menggabungkan ciri ciri klasik yang pudar dan malap dengan irama twist yang berunsurkan keriangan dan bersifat keceriaan.
Sedih yang ditutupi kebahagiaan dan kegembiraan untuk dikomersialkan semula walau telah dianggap lapok. Berjaya ! Sehingga menjadi ikon lagi... Malah jalur gemilang yang terhasil dari konsep ini banyak di jadikan panduan merangkap rujukan dalam rekaan samada dalam bidang penerbitan mahupun percetakan.
My Paul Smith Jeans, Shoes & Socks...
Paul Smith Fish Eye Camera & Hashbury Boat Shoe
RETRO ? Yah ! Memang retro pun !!
Ada Apa Dengan Kosong ?
0 Orang Telah Mengusutkan Lagi Keadaan Hai ! Nama Awak Siapa? Nama Saya Yus Design Yang Sangat Kusut Pada 7/07/2009 01:30:00 PGTidak ada tapi ada. Ada tapi tidak ada. Ada dan tiada yang bukan diada-adakan apalagi untuk mengada-adakan yang tiada.
Kosong Bukan Angka.
Dalam ilmu kira kira atau matematik kita selalu memberi makna simbol angka '0' itu sebagai kosong, yakni tidak ada sedangkan seperti yang dinyatakan diatas ianya ada. Oleh itu kita seringkali keliru diantara sifar dan kosong. Simbol angka '0' itu sifar yang ada nilai. Bukannya kosong yang tidak ada nilai. Sifar dan Kosong tidak sama. Sifar tetap sifar dengan simbol angka '0' yang genap. Kosong tetap kosong dan tidak ada simbol khas untuknya, tidak ganjil tidak juga genap.
Buktinya, tambahlah sifar dengan sifar atau darablah sifar itu dengan beberapa banyak angka sekalipun, ia tetap akan menghasilkan nilai sifar. 0 + 0 x 0 = 0. Nilai '0' akan bernilai bila sifar itu diletakkan disebelah kanan atau kiri angka yang lainnya. Contohnya 001 atau 100. Manakala kosong tidak mempunyai sifat sebagai angka berdigit apalagi bilangan.
Kecualilah seperti kes sebegini " Siapa yang bilang kosong ?"
Kosong Itu Hasil Yang Bernilai.
Dalam kertas peperiksaan ujian, sekiranya kamu tidak dapat menjawab satupun soalan dengan betul kamu akan melihat angka '0' tertulis di atas kertas ujian itu sebagai mewakili markah ujian. Disinilah selalunya kekeliruan akan berlaku, angka '0' tidak disebut sebagai sifar melainkan kosong, markah kosong per seratus (0/100) contohnya.
Ini tidak salah dari segi undang-undang perangkaan, kerana kertas ujian itu telah berhasil diselesaikan namun tidak ada satupun yang betul oleh itu ianya tidak ada nilai. Sebab itu ianya tidak dinamakan sifar yang masih ada nilai. Tetapi kosong yang tidak ada nilai namun masih bernilai bagi menilai kamu sebagai seorang yang Bodoh ataupun Bengap kerana hasil yang mendukacitakan itu.
Kosong itu Hampa dan Kechiwa.
Kurang pandai kerana otak kosong, dipanggil si Bodoh. Kurang kasih sayang kerana hati kosong dipanggil si Sombong. Bodoh Sombong jiwa kosong poket lagi kosong. Siapa mau tolong ??
"Saya bukan Along, Saya cuma mau tolong...".
Argh.. jangan percaya!! itu semua omong kosong. Siapa mau tolong kalau tidak ada sorong-sorong (baca: sorong wang). Semua orang tolong orang tipu orang. Tipu oranglah kalau tolong orang tanpa mau wang. Lagi lagi yang bodoh sombong suka cakap kosong siap cerita keliling satu kampong tentang harapan yang kosong. Sampai bilapun, pulang hanya dengan tangan kosong..
........................................................................
Kosong Bukan Tamat. Belum Habis daa......
Harapan Kosong ! Hampa ? Kechiwa ? Sia-sia...
Biar perut kosong asal jangan cakap kosong !
Siapa Sokong ??
Radit dan Jani cepat-cepat angkat tangan !!
Yang Berkaitan Tentang Feeble Minded, Jiwa Rosak
Rest In Peace RIP.
1 Orang Telah Mengusutkan Lagi Keadaan Hai ! Nama Awak Siapa? Nama Saya Yus Design Yang Sangat Kusut Pada 7/06/2009 11:26:00 PTGSamada ia tidak memenuhi citarasa mahupun selera anda, itu bukan alasan untuk mengelak dari menerima hidangan tersebut. Menangis, bersedih, dan berdukacita hanya akan merumitkan lagi penghadaman. Kunyahlah dengan senyuman. Telanlah dengan penuh ketenangan... bahawasanya Arif telah meninggalkan kamu dalam dunia kekusutan yang selama ini membelenggu jiwanya dan menghantui hidupnya. Semoga jiwanya sentiasa berada di dalam kedamaian dan berjaya menghadapi segala cabaran dan ujian peperiksaan di dunia barunya dengan tenang dan jayanya..

Selamat Jalan Arip @ Aripuddin @ Radipuddin @ Ardip @ Alex @ Messi dsb....
ke alam pembelajaran/persekolahan setelah menghabiskan praktikal/latihan industri di sini, di Alam Kusut !!
5 fakta tentang yang Arif :
- Nama samarannya Arif Design, Arif Oi! (skinhead), marah dipanggil Aripudin.
- Lelaki Teruna Berkaca Mata yang meminati Hans Isaac dan Sidi Oraza.
- Pemalu tapi tak tahu malu. Serius tapi tak pernah serius. Penipu tetapi selalu tertipu.
- Seorang pencinta wanita dan juga lelaki, tetapi selalunya wanita yang dicintanya tak mencintainya, manakala lelaki yang mencintainya tak pula dicintainya. "Not my taste... " katanya.
- Peminat Manchester, Barcelona, Argentina dan bukan Liverpool. Kerana tidak mempunyai baju jersi Liverpool yang tertulis perkataan minuman keras 'Carlsberg' yang haram katanya. Ketiga-tiga pasukan tersebut diminati atas dasar memiliki jersi pasukan tersebut yang dibeli di pasar gantung.
Yang Berkaitan Tentang Drama Swasta, Selamat Tinggal, Tawau
Lempeng & Keju
0 Orang Telah Mengusutkan Lagi Keadaan Hai ! Nama Awak Siapa? Nama Saya Yus Design Yang Sangat Kusut Pada 7/05/2009 01:11:00 PTGSelera kita.. Terlalu jauh berbeda..
Kereta mu dari Paris, Skuter mu dari Italy..
Kau bilang one, two three, Semua serba luar negeri..
Manakah mungkin mengikuti caramu..
Yang penuh pura-pura..
Aku suka milo, kau suka disko..
Aku suka lempeng, kau suka keju..
Aku dambakan seorang gadis yang sederhana..
Aku ini hanya anak Malaysia...
p/s: gambar diatas sekadar perhiasan.
Lari
0 Orang Telah Mengusutkan Lagi Keadaan Hai ! Nama Awak Siapa? Nama Saya Yus Design Yang Sangat Kusut Pada 7/03/2009 04:28:00 PTGLori lori itu terasa cepat berlalu.
Lori itu tidak berlari, tidak juga berjalan, namun ia tetap pergi.
Bergerak, meluncur laju, menuju ke destinasi yang dituju.
Hanya meninggalkan debu dan asap kelabu.
Aku membisu walau terhidu.
Lalu tersipu sipu malu.
Kerna duduk disini bukannya disitu.
Diatas lori itu.
Menjadi pemandu lori sampah yang laju.
Kenapa plak ko blur ??
Yang Berkaitan Tentang Radit Dan Jani
Tawau Steel Heart Rock !!
0 Orang Telah Mengusutkan Lagi Keadaan Hai ! Nama Awak Siapa? Nama Saya Yus Design Yang Sangat Kusut Pada 7/01/2009 04:52:00 PG
She's gone, Out of my life. I was wrong, I'm to blame, I was so untrue. I can't live without her love...
In my life, There's just an empty space. All my dreams are lost, I'm wasting away. Forgive me, girl...
Lady, won't you save me? My heart belongs to you.
Lady, can you forgive me? For all I've done to you. Lady, oh, lady.
She's gone,Out of my life. Oh, she's gone.I find it so hard to go on. I really miss that girl, my love.
Come back into my arms. I'm so alone, I'm begging you, I'm down on my knees. Forgive me, girl.
Rock ??? Ini Rock Kapak ... Kalau She's Gone ??

Argh ! Lawak Bodow .. Bukan ini yang sebenarnya yang dimaksudkan dengan Tawau Steel Heart Rock !! ...
Adalagi paling Rock ..

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama