Yus Design 2008 Allright Reserved

Forever & One...

Michael Jackson hanya ada satu (seorang) di dalam dunia.. Walaupun ramai yang cuba meniru gayanya dari segi tarian dan berpakaian - bukan dengan melakukan pembedahan plastik- namun agak mustahil sekali untuk menjadi sepertinya apalagi menggantikannya. Mustahil. Impossible, seperti kata orang putih.

Pemergiannya ke alam baru menyebabkan seluruh dunia merasa sedih. Dimana mana dikisahkan tentang hidupnya, di suratkhabar, radio, TV sehinggalah di kedai runcit. Akibatnya sunyi sekejap perkara berkaitan Politik dan Ahli-ahlinya, kecuali perkara mengumpat yang kekal hangat - lumrah alam - MJ juga tidak terlepas menjadi bahannya...

Apapun pengaruh MJ cukup besar ( dalam industri muzik ) terutamanya pada era 80an dan 90an, siapa tak kenal besar kemungkinan lahir pada hujung 90an. Raja Pop gelaran agung yang melekat dengannya. Soal mengapa atau kenapa MJ melakukan transformasi, hitam atau putih (black or white) tak usahlah dipersoalkan - diperlekehkan - lagi. Kalau patah bisa tumbuh, yang hilang mungkin berganti, tapi yang pergi tak akan kembali lagi. Kerana pemergiannya untuk bertemu dengan Yang Satu.. Kekal ! Selamanya..

Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama, karan mati (blackout) meninggalkan... ?? Caci dan maki makian..

Music Never Die !!

2 Comments:

  1. deennasour said...
    jagung mati meninggalkan??
    tongkolnya~
    Yus Design said...
    dinosour mati meninggalkan ...???
    fossilnya ... juga filemnya Jurassic Park... huhu

Post a Comment



Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama