Yus Design 2008 Allright Reserved

Rest In Peace RIP.

A . R . I. P

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Setiap permulaan pasti ada pengakhirannya. Yang datang pasti akan pergi. Yang ada pasti akan tiada. Itulah adat kehidupan. Itulah juga ramuan dan rempah ratus yang wajib dijamah, dikunyah dan ditelan dalam resipi kehidupan setiap insan yang bergelar manusia di dalam dunia ini.

Samada ia tidak memenuhi citarasa mahupun selera anda, itu bukan alasan untuk mengelak dari menerima hidangan tersebut. Menangis, bersedih, dan berdukacita hanya akan merumitkan lagi penghadaman. Kunyahlah dengan senyuman. Telanlah dengan penuh ketenangan... bahawasanya Arif telah meninggalkan kamu dalam dunia kekusutan yang selama ini membelenggu jiwanya dan menghantui hidupnya. Semoga jiwanya sentiasa berada di dalam kedamaian dan berjaya menghadapi segala cabaran dan ujian peperiksaan di dunia barunya dengan tenang dan jayanya..

Jangan Menangisi Pemergianku .. - Arip

Selamat Jalan Arip @ Aripuddin @ Radipuddin @ Ardip @ Alex @ Messi dsb....
ke alam pembelajaran/persekolahan setelah menghabiskan praktikal/latihan industri di sini, di Alam Kusut !!

5 fakta tentang yang Arif :
  • Nama samarannya Arif Design, Arif Oi! (skinhead), marah dipanggil Aripudin.
  • Lelaki Teruna Berkaca Mata yang meminati Hans Isaac dan Sidi Oraza.
  • Pemalu tapi tak tahu malu. Serius tapi tak pernah serius. Penipu tetapi selalu tertipu.
  • Seorang pencinta wanita dan juga lelaki, tetapi selalunya wanita yang dicintanya tak mencintainya, manakala lelaki yang mencintainya tak pula dicintainya. "Not my taste... " katanya.
  • Peminat Manchester, Barcelona, Argentina dan bukan Liverpool. Kerana tidak mempunyai baju jersi Liverpool yang tertulis perkataan minuman keras 'Carlsberg' yang haram katanya. Ketiga-tiga pasukan tersebut diminati atas dasar memiliki jersi pasukan tersebut yang dibeli di pasar gantung.

1 Comment:

  1. arifDesign said...
    hahahahahhahaha
    tanks yus design @ photography......
    aku akn mengenang kmu time aku mengeluarkan barang hahhahahahah
    p jamban
    hahahahahha

Post a Comment



Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama