Yus Design 2008 Allright Reserved

Ada Apa Dengan Kosong ?

Ada Tapi Kosong ?
Kosong ialah kekosongan yang bukan kosong melainkan kosong yang bukan kekosongan. Kosong yang hanya dapat di rasa tapi tak boleh di sentuh. Dapat dilihat walau tak kelihatan. Kerana ia hanya terasa dihati dan hanya tinggal di dalam hati. Seperti iklan jawatan kosong, jawatan itu ada tapi kekosongan. Seperti tempat atau ruang kosong. Tempat atau ruang itu wujud tapi kosong kerana ada sesuatu yang tidak ada untuk mengisi, menghuni, atau mendiaminya. Seperti air kosong mahupun rumah kosong. Seperti cakap kosong, percakapan atau perbicaraan itu berlaku tetapi kerana merapunya dan tidak ada makna dan nilai percakapan tersebut jadilah ia cakap kosong. Seperti juga air kosong dan jiwa kosong dan perut kosong.

Tidak ada tapi ada. Ada tapi tidak ada. Ada dan tiada yang bukan diada-adakan apalagi untuk mengada-adakan yang tiada.

Kosong Bukan Angka.
Dalam ilmu kira kira atau matematik kita selalu memberi makna simbol angka '0' itu sebagai kosong, yakni tidak ada sedangkan seperti yang dinyatakan diatas ianya ada. Oleh itu kita seringkali keliru diantara sifar dan kosong. Simbol angka '0' itu sifar yang ada nilai. Bukannya kosong yang tidak ada nilai. Sifar dan Kosong tidak sama. Sifar tetap sifar dengan simbol angka '0' yang genap. Kosong tetap kosong dan tidak ada simbol khas untuknya, tidak ganjil tidak juga genap.

Buktinya, tambahlah sifar dengan sifar atau darablah sifar itu dengan beberapa banyak angka sekalipun, ia tetap akan menghasilkan nilai sifar. 0 + 0 x 0 = 0. Nilai '0' akan bernilai bila sifar itu diletakkan disebelah kanan atau kiri angka yang lainnya. Contohnya 001 atau 100. Manakala kosong tidak mempunyai sifat sebagai angka berdigit apalagi bilangan.

Kecualilah seperti kes sebegini " Siapa yang bilang kosong ?"


Kosong Itu Hasil Yang Bernilai.
Dalam kertas peperiksaan ujian, sekiranya kamu tidak dapat menjawab satupun soalan dengan betul kamu akan melihat angka '0' tertulis di atas kertas ujian itu sebagai mewakili markah ujian. Disinilah selalunya kekeliruan akan berlaku, angka '0' tidak disebut sebagai sifar melainkan kosong, markah kosong per seratus (0/100) contohnya.

Ini tidak salah dari segi undang-undang perangkaan, kerana kertas ujian itu telah berhasil diselesaikan namun tidak ada satupun yang betul oleh itu ianya tidak ada nilai. Sebab itu ianya tidak dinamakan sifar yang masih ada nilai. Tetapi kosong yang tidak ada nilai namun masih bernilai bagi menilai kamu sebagai seorang yang Bodoh ataupun Bengap kerana hasil yang mendukacitakan itu.

Kosong itu Hampa dan Kechiwa.
Kurang pandai kerana otak kosong, dipanggil si Bodoh. Kurang kasih sayang kerana hati kosong dipanggil si Sombong. Bodoh Sombong jiwa kosong poket lagi kosong. Siapa mau tolong ??

"Saya bukan Along, Saya cuma mau tolong...".

Argh.. jangan percaya!! itu semua omong kosong. Siapa mau tolong kalau tidak ada sorong-sorong (baca: sorong wang). Semua orang tolong orang tipu orang. Tipu oranglah kalau tolong orang tanpa mau wang. Lagi lagi yang bodoh sombong suka cakap kosong siap cerita keliling satu kampong tentang harapan yang kosong. Sampai bilapun, pulang hanya dengan tangan kosong..







































































........................................................................
Kosong Bukan Tamat. Belum Habis daa......

Harapan Kosong ! Hampa ? Kechiwa ? Sia-sia...


Biar perut kosong asal jangan cakap kosong !

Siapa Sokong ??
Radit dan Jani cepat-cepat angkat tangan !!

0 Comments:

Post a Comment



Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama