Yus Design 2008 Allright Reserved

Wanita : Pencinta & Pecantik.

Pencinta wanita & pencantik wanita. Apa cerita ?


Pencinta Wanita
Pencinta wanita yang normal ialah laki laki yang memaksa dirinya dengan rela hati untuk mengarahkan perasaannya menyukai, meminati lalu mencintai seorang wanita untuk menjadi buah hati, kekasih hati, girlfriend atau cinta mati. Jika pencinta wanita itu ialah seorang wanita, adalah tabiat yang tidak normal dan sememangnya ada berlaku. Seperti dalam lirik lagunya : "Aku memang pencinta wanita, namun aku bukan buaya, yang setia pada seribu gadis, aku hanya mencintai dia.." Oleh itu laki laki yang mencintai dan setia kepada lebih daripada 1 gadis dalam satu masa, secara auto ia akan mendapat gelaran buaya... buaya darat.

Pencantik Wanita
Pencantik wanita adalah wanita yang memaksa dirinya untuk menjadi cantik di mata orang yang memandangnya, bukan dengan kerelaan orang yang memandang melainkan secara paksaan kerana wanita sebegini perasan dirinya cantik namun pada hakikatnya, tiada sedikit pun kecantikan yang boleh dibanggakan pada dirinya dari luaran mahupun dalaman. Seperti Pen yang cantik jika si pemakaianya memang tak pandai menulis apalagi mengenal huruf dan abjad apa yang ditulis tetap akan kelihatan buruk. Tetapi jika si pemakainya orang yang mahir lagi bijaksana walau menggunakan pen yang buruk tulisannya tetap akan kelihatan cantik.

Ingat! Wanita adalah hiasan, hiasan adalah suatu keindahan. Keindahan itu tak perlulah dihias dengan make-up atau lipstick sahaja. Hiasilah ia dengan ... argh!! sendiri pikirlah, saya bukan wanita yang ingin di mengerti...

0 Comments:

Post a Comment



Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama