Yus Design 2008 Allright Reserved

Asal Ada Saja

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh ...

Semua orang pasti ada hasrat menjadi orang yang berada . Paling tidak pun berharap menjadi orang yang 'ada' di mata dan di hati orang lain . Diperasan akan keberadaanya. Malah jika dianggap sebagai orang yang cuma ada hati dan perasaan sahaja sudah cukup memadai dan bersyukurlah dengan menerima apa adanya.

Tetapi jika ada harta dan wang berjuta-juta pula, itu bonus hidup didunia semata. Janganlah dilupa yang tiada papa kedana. Leka terlupa adanya neraka. Buat baiklah berpada-pada agar akhirat berada di syurga, yang kekal abadi selamanya. Bukan mengada-ngada, cuma ada hati ingin jadi Penceramah: Forum Perdana... (Adaaaanya~)

Keberadaan merupakan suatu pengakuan yang tidak bertulis bahawa kita wujud dan bukti alibi yang kita pernah ada di dunia walaupun setelah jasad sudah tiada - selain dari sijil kelahiran atau mykad. Kelahiran kita ke dunia juga bukan bererti untuk menjadi tiada apalagi 'asal ada' - yang masih kira ok dari langsung tidak ada.

Menjadi 'ada' dimata orang lain itu satu kebanggaan buat diri sendiri. Makanya semua orang akan berusaha untuk menjadi 'ada' dengan berusaha melakukan apa apa yang ada dan apa apa yang sudah/belum/masih tiada untuk diadakan agar dapat memberi kesan untuk diingati dan dikenang oleh orang lain walau di mana sahaja berada dan apapun keadaanya - dalam doa, tidur atau jaga.

Malah yang sudah tiada juga berharap agar tidak dilupa. Kerana dilupa-kan sangat menyakitkan apalagi diterlupakan.. samalah seperti terlupa untuk dibangunkan bersahur kerana disangka tiada walhal sebenarnya ada sedang tidur di kaki lima- Pilu Memilukan.

Mengada - ngada bila terngadah.
Terhantuk-hantuk bila mengantuk.

2 Comments:

  1. deennasour said...
    dan moto ku sudah tiada.
    dicurik orang.
    Yus Design said...
    huh ~ sian dellow ..
    tapi x apa.. masih ada serpihan tersisa .. dan masih ada cinta ~

Post a Comment



Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama